Monday, February 28, 2011

What's Up With My February Planning?

Assalamualaikum,

Esok dah 1 Mac. Dah 3 bulan dah tahun 2011 ni! Pantas kan masa berlalu?

Awal bulan Februari haritu aku senaraikan planning aku untuk bulan ni. Tercapai atau tidak plan tersebut?


  1. 3rd to 6th Feb - Chinese New Year hols plus weekend. Erm tak sure lagi ape nak buat. Most probably lepak kat rumah je or maybe keluar with my sis n family. Normally pergi Alamanda atau Jusco Equine je. D'oh boring! Or maybe ajak colleagues pegi PKNS Shah Alam. Jalan-jalan cari baju glemer for my brother's wedding and my ..... day! :P - Okay, saya duduk rumah aje. Boring!
  2. 9th to 13th Feb - Balik kampung!! Yayy, after so long tak balik. Kalau tak silap last balik was during Raya Puasa last year. Balik sempena kenduri menyambut menantu abg aku. Semoga segalanya berjalan dengan lancar :) - Alhamdulillah, majlis menyambut menantu abang aku berjalan dengan lancar. Tho penat gile okay! Aku siap terlentok lagi tido kat ruang tamu. Letih punye pasal. Alhamdulillah juga majlis merisik aku berjalan lancar. First time jumpa keluarga my pumpkin. Berdebar tau ihihi... Part 1 dah selesai. Next part pulak akan menyusul nanti. Insyaallah.. doa-doakan ye :) 
  3. 19th Feb - Servis Cik Bibab. Kali ni biarlah jadi. Janganla postpone lagi. Kesian Cik Bibab! - Dah selesai juga. Melayang RM250! huhu..Takpela, yang penting kereta tu berada dalam keadaan baik. Barula confident nak drive kan. 
  4. 26th & 27th Feb - Insyaallah akan menghadiri kursus pra perkahwinan di Putrajaya :) - Settle juga. Awal-awal dulu aku nak pergi kursus kat JAKIM Putrajaya. Tapi, entahla..layanan staf tak berapa baik dari awal lagi. So, aku tukar pergi kursus kahwin dekat Precint 9 ni. Layanan baik, siap ada makan minum lagi time kursus. Sedap lak tuh hehe.. Paling penting dekat dengan rumah aku. 

Alhamdulillah, semua perancangan berjalan dengan baik. 

Mac ape cite pulak?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...