Thursday, December 31, 2015

Beriadah di Padang Astaka Pekan Tuaran

Assalamualaikum,

Kat area rumah aku ni takde padang ke ape untuk beriadah. Makanya kena la ke Tuaran sana. Husband tu la bersemangat nak jogging. Risau perut dah makin maju ke depan hahaha.. Abang Shaheem kan suka ikut abah ke mana je abah pergi. So mama pun kena la ikut. Aku tak jogging pun. Sibuk pantau anak anak je huhu.. Tu pun dah cukup buat aku berpeluh ok. No need to jog ah hehe..


Husband selalu lari lari naik turun tangga kat astaka ni. Shaheem tu sibuk nak ikut naik tangga jugak tapi aku tak bagi. Haishhh gerun la. Risau dia jatuh. Aku suruh dia lari kat bawah je. 

Kat keliling padang ada trek untuk jogging. Kat situla biasanya orang ramai jogging. Rajin betul dorang ni. Setiap petang memang ramai orang kat situ. Ada yang solo, ada yang berdua, ada yang sekeluarga lari. 

Ambik gambar kenangan sekeping. 

Adik keras kejung bila letak atas tanah hahaha.. Dia takut nak bergerak sebab takut jatuh.

Bosan tunggu abah jogging haha

Sembang apa dua beradik ni

Kat padang tu ada banyak kemuncup. Ni Shaheem main laga kemuncup dengan abah ehehe..


Setakat ni dah 2,3 kali jugak kami ke padang ni petang petang. Nanti nak cari sport shoes jugakla. Boleh jogging sekali. Perut iols pun dah kedepan jugak dah ni hahahha..

Monday, December 21, 2015

Bingka Pandan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Harap sihat sihat jela ehh. Aku baik baik saja. Lama menyepi sebab terlalu sibuk. Sibuk buat ape pun tak tau lah hehe.. Ada je halangan bila nak update blog. Ceritanya macam macam. Tapi tu lah.. Sibukkk hehe..

Anyway, mehla iols share resepi buat bingka pandan aka kuih bakar ni.. Alkisahnye yang memula buat tu akak ipar aku. Dia ada periuk Noxxa tu. Sokmola dok buat kat kampung nun. Haihhh... meleleh air liur orang jauh ni tauu huhu.. Aku pun mintakla resepi dari dia. Dalam masa yang sama, search kat Facebook "resepi bingka pandan pemanggang ajaib." Jumpalaaa.. Memang senang sekarang kan. Taip je ape nak hehe..

Terima kasih banyak banyak kepada owner resepi ni. Mohon halal ye saya guna resepi ni..


Alohh.. Senang sangat cara pembuatannya kan. 3 cawan santan tu, 2 cawan santan dan 1 cawan air. Santan guna santan kotak je senang. Kalau takde daun pandan, no worries, beli je perisa pandan dalam botol kecik macam esen vanila tu. Nanti titikla dalam air secawan. Jadila air pandan ihhihi.. Blend je semua bahan. Dah siap masukkan je dalam pemanggang ajaib.. Tabur bijan banyak banyak kat atas.



Bahan bahannya ye puan puan...




Gambar kiri sebelum masak, kanan selepas masak. 


Bakar guna pemanggang ni kena hati hati, api jangan besar sangat. Sekejap je dia masak tu.. Aku buat mula mula haritu hangit rentung kakakaka.. Kesnya api besar kot pastu aku kat depan nyusukan Shafina. Adik manis tu pulak kalo dah nyusu payah nak lepas. Haihhh... Dari luar aku dah bau hangus. Sekali bukak pemanggang memang rentung lerrrr kiki.. Yang atas ni second trial. So dah tau la api nak besar mana dan berapa lama masak.. 




Ni haa yang hangit haritu hihi.. Tapi rasa maintain sedap.

Korang cubala buat ye. Senang sangat!


Wednesday, December 2, 2015

Selesema Untuk Kali Ke Pat Ratus Juta

Assalamualaikum,

Ya Allah... aku tak tahula kenapa dengan aku tahun 2015 ni. Kuat betul selesema! Aku ni pulak jenis kalau dah start bersin tu memang terukla jadinye. Mata berair, hidung sah sah berair. Tekak perit. Kepala berat. Aduii... Tensen jugak kalau dah banyak kali ni..

Tak cukup vitamin C ke badan aku ni? Bila post kat FB ada je kawan kawan yang suggest suruh makan Vitamin C produk S la.. T la U la... Aku ni sebenarnya bab nak makan vitamin vitamin ni payoh skek. Huhu.. Payoh nak istiqamah. Beli memahal last last terbiar camtu je kat kabinet sampai expired. Dah ada dah satu botol Alfalfa produk S terbiar tu hahaha.. Hampeh betul aku ni. Masa beli kemainnn beria nak makan konsisten la ape la.. Hmmm.. Sebab tu aku malas nak beli vits mahal mahal ni huhu...

Husband pulak busy kaw kaw minggu ni. Rasa macam tak cukup 24 jam bertentang mata dengan dia. Takdok sokmo huhu.. Pastu Shafina kuat meragam sekarang. Gigi geraham bahagian bawah, kiri kanan nak keluar. Bengkak gusi dia. Kelmarin paling teruk. Menjerit jerit dia sambil tepuk pipi kiri kanan huhu.. Imagine lah macamana keadaan mama nih. Abah takde. Shafina nangis nangis. Abang Shaheem pulak nak tu nak ni.. Pastu hidung mama pulak srott srott keluar air. Arghhhh seteresssss wuwuwuwu...

What to do?

Saturday, November 28, 2015

A Short Trip to Kundasang

Assalamualaikum,

Ahad lepas kitorang jalan jalan kat Kundasang. My favourite place! Aku suka tempat sejuk. Tak suka pegi pantai ke pulau ke. Sebab nanti muka aku hitam hahaha.. Dahla memang sedia ada hitam. Pergi tempat panas laaaagi bertambah hitam. Uhukhuk tak tau nape, kulit muka aku memang mudah sunburn. So tempat sejuklah jadi pilihan hati kalau nak melancong hehehe..

Last minute planning sebenarnya tu. Sepatutnya hari Ahad husband keje tapi dapat off sebab Sabtu dah settle semua keje. Alhamdulillah. Ingat pun nak golek golek kat rumah je. Tapi tak tau seru apa yang datang menyeru encik husband itu (hahaha) pukul 11 lebih ajak pegi Kundasang. "Jommmm naik gunung. Kita gi ssejuk tubuh.." katanyaaaa... Aku tanya balik, "betul ke ni?" Bukan leh caya encik husband ni sebab aku sokmo ajak sebelum ni tapi dia buat taktau hahah.. Dia jawab, "betullaa.. Siap cepat. Pegi kejap je, pukul 5 kita balikla..." Haaaa, sepantas lipas kudung acik siapkan diri dan anak anak haritu hahaha.. Mujur Shaheem bangun awal. Kalau tak, harapan jelaa..  Mujur jugak lunch dah siap masak. Makanya, makan dulu siap siap kat rumah pastu baru gerak. Jadi sampai sana takdela kebulur huhu... Husband tolong goreng keropok buat bekal. Nak gi jalan sekejap je kan jadinye tak perlu bekal banyak banyak.

Dalam pukul 1 tengahari gitu kami gerak. Mujurla nak gi Kundasang ni tak jauh sangat dari rumah. Dalam sejam je perjalanannya. Jalan naik tu bengkang bengkok. Aku dok seat belakang. Ya Allah, loyanya Tuhan je tahu haha.. Serius nak muntah je. Kalau dok seat depan takde pulak rasa macam tu... Sekarang mama dah turun taraf, kena duduk belakang. Abang Shaheem pulak jadi co pilot. Eh Shaheem haritu pun nak muntah tau. Dia main game dalam kereta. Aku dah cakap dengan dia, jangan main. Nanti Shaheem pening. Biasala kan, takmo dengar kata. Dok kejap, dia tekup mulut dia, "nak muntah!" dia jerit. Aku panik cepat cepat cari plastik. Tapi dia tak muntah, telan balik kot? haha... Dah tak jadi muntah tu dengan eksyennya dia cakap, "Shaheem tak muntah pun ma. Shaheem tipu jerr..." Ekk elehh tipu konon. Muka pucat lesi tu nak sorok mana? haha..

Kitorang sampai kat pekan Kundasang tu dalam pukul 2 lebih. Sedihnya sampai sampai tu hujan pulakkk.. Lebat jugakla huhu.. Husband parking kat tepi pastu kitorang lepak je dalam kereta. Plannya nak gi Desa Dairy Farm tu tapi dah hujan lebat macamanala nak masuk situ. Dahla jalan situ tak berturap. Confirm jalan tu lecak, becak! Aku dah frust dah mula mula tu. Sebab niat di hati nak makan aiskrim kat situ huhuhuhu...

Oh ye, masa dok lepak dalam kereta tu, ada la heli parking kat padang tepi jalan tu. Husband ngan Shaheem memang suka la tengok. Kebetulan pulak pilotnye pun ada tengah buat ape ntah dalam hujan masa tu. Husband pun bawakla Shaheem pergi. Nak bergambar katanya. Pilot tu pun sporting. Siap tolong amikkan gambar hehe. Husband kata dia ingat nak masuk dalam jugak, nak pakai headphone ke ape namanya tu. Tapi Shaheem pulak tak nak bagi hahaha.. Shaheem dengki..


Suka gambar ni sebab Shaheem comel sangat dia senyum hiihihih.. Helikopyer ni katanya private heli utk bawak orang naik ke Laban Rata. Sewanya ialah RM6000 SEJAM. Hohohoho. Sewa amik gambar, takde. Free saje hehehe.. 

Gambar sekeluarga dalam kereta. Sokmo wefie dalam kereta je sebab senang nak snap hehe.. Shafina tu siap tunjuk tunjuk lagi. Teruja tengok muka sendiri dalam henpon.



Alhamdulillah, dalam pukul 3 lebih camtu hujan pun berhenti. Kami naik jugakla ke Desa Dairy Farm. Bayaran masuk RM5 kalau tak silap.

Kat sana just amik gambar je. Ada jugak pergi tempat kandang anak kambing ngan lembu tu tapi takde ape pun hehehe.. Nak bagi makan dan susu kat dorang pun boleh tapi bayarla. Kitorang just tengok je. Pastu ku kempunan nak makan eskrim hukhuk.. Elok beratur, sampai turn aku, staff dia cakap, "maaf kak, aiskrim habis sudah. Esok ada.." Huahuahua.. kalaulah Desa Dairy Farm tu sekangkang kera je dari rumahku, bolehla ku beli aiskrim tu esok. Ye dak? huhuhu.. Takde rezeki. So, aku beli susu jela. Beli yang 1 liter 2 kotak (harga dalam RM5.60 kalau tak silap, sekotak) dan yang 500ml 2 kotak untuk minum kat situ.





Dah puas amik gambar, dalam pukul 5 camtu kitorang pegi beli sayur kejap. Tak beli banyak pun. Memandangkan dorang jual 3 jenis sayur RM10, aku amik 3 jenis jela. Kailan, broccoli+caulilflower dan carrot. Pastu aku amik kulat, RM8 sebungkus. Sekilo rasanya sebungkus tu. Ada banyak sayur lain, memang boleh rambang mata melihatnya hehe.. Tapi sebab yang nak makannya aku dan husband saja jadi beli sikit dahla.. Beli pun yang biasa makan.

Then, kitorang ke Masjid Kundasang. Solat asar pastu zasssss segera pulang ke rumah.

On the way balik tu gunung nampak clear sangat. Kitorang excited sampai sanggup berhenti tepi jalan sebab nak amik gambar hehe.. Excitedla sebab dari sampai tu hujan, gunung berkabus so tak nampak ape. Ni gunung jelas. siap kaler merah lagi, kena cahaya matahari yang dah nak terbenam masa tu. Subhanallah. Cantik sangat kan? So magnificent! Putih putih kat gunung tu kesan runtuhan masa gempa bumi haritu. Sedih tengok huhu..


Korang kalau datang melancong ke Sabah wajib pegi Kundasang tauu :)

Sunday, November 15, 2015

Suri Shafina 1 Year Old

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, anak perempuan kesayangan dah genap setahun dah semalam, 14 Nov 2015. Ya Allah, serius rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je beranakkan dia, baru je mengharung air banjir (genap 40 hari masa tu), baru je ikut husband balik Sabah. Alih alih dah setahun dah dia huhu... 



Teringat ingat lagi detik nak melahirkan dia tu. Bermula dengan masuk wad sebab dia kurang bergerak dalam perut, pastu doc bukakan jalan sebab nak suruh beranak before due date (sebab mama ada kencing manis semasa hamil), menahan contraction dari pagi sampai ke tengah malam. Masa nak beranakkan dia pulak hujanselebat lebatnya. Maklumla musim tengkujuh masa tu. Mama masuk LR HUSM pukul 3 pagi, pukul 4.30 pagi, alhamdulillah Shafina selamat dilahirkan. Lahir lahir je doktor letak Shafina atas dada mama. Perasaan masa tu Allah je yang tahu.. Boleh baca kisah penuh kelahiran Shafina kat sini.

Lepas siap dibersihkan, nurse bagi kat mama untuk menyusu. Di HUSM ni selagi baby tak menyusu selagi tu tak boleh keluar dari LR. First time mama susukan Shafina, mama dalam posisi berbaring. Nurse letak kat tepi mama.. Alhamdulillah Shafina menyusu dengan baik sekali. Both sides. Pandai anak mama. Huhuhu nak keluar air mata. Cos I never had that experience with abang Shaheem... Since Shafina dalam perut lagi, mama dah niat, mama nak susukan Shafina dengan susu mama. Mama akan cuba sedaya mungkin. Mama berdoa Allah murahkan rezeki susu untuk Shafina. Alhamdulillah, hingga sekarang, Shafina masih breastfeeding. Susu mama takdela meriah sangat tapi mama tahu ia cukup untuk Shafina.



4 hari selepas dilahirkan, kita struggle dengan jaundis pulak. Mama stress, susah hati sangat sebab jaundis Shafina lambat sembuh. Siap masuk wad lagi. Mama sedih sangat bila Shafina kena duduk bawah lampu tu. Bila Shafina nangis, mama tak boleh angkat. Shafina menangis sampai suara pun serak. Stress sebab nurse cakap susu mama sikit, Shafina tak puas menyusu jadi dia terpaksa bagi formula walaupun mama dah rooming in dengan Shafina kat wad. Mama sedih masa dia amik Shafina bawak pegi nursery untuk bagi susu formula tu. Mama nangis sorang diri. Abah ada masa tu,. Tapi mama tak berani nak luahkan rasa sedih pada abah sebab takut abah marah. Bila masuk bilik menunggu tengok mommy lain susukan anak dorang dan Shafina dalam nursery diberi susu formula, hati mama ni bagai disiat siat huhu.... Tapi takpelah sayang. It is not a sin for u to drink formula milk. If it is for the best, then takpelah. Mama redha. Mama serah semuanya kepada Allah dan alhamdulillah, Allah bantu kita. Shafina tak confuse nipple. Botol boleh, susu mama pun boleh. Terima kasih Allah. Terima kasih sayang :') Boleh baca kisah jaundis kat sini.




Then, kita survive bah kuning. Banjir terbesar, banjir terburuk pernah mama hadapi selama 30thn mama hidup! Masa tu Shafina baru genap 40 hari. Mama punya kalut tu macam kucing hilang anak ahaha...  Yela, risau sangat sebab air makin naik. Kalau lambat lambat bertindak nanti sape susah? Pukul  5pagi, kita redah hujan, mengharung air banjir yang sejukkkk sangat sangat, paras peha dah masa tu. Mujurla ada asrama Muwara Tok Ayah tu. Dapat jugak berlindung kat situ. 2 malam kita tido kat situ. Alhamdulillah, Shafina behave sangat. Tak meragam. Tido je. Sampai orang kampung yang tumpang duduk situ pun terkejut tengok ada baby. Dia kata dia tak dengar suara menangis pun. Good girl sangat anak mama. Then kita naik bot bomba pergi ke pusat pemindahan. Tapi mujurla keluarga Mak Tua (mak mentua ku) datang amik bawa balik ke Besut. Tak perlula kita bersesak sesak kat pusat pemindahan. Haihh bila ingat balik, memang nak menitis air mata ni. Harap tahun ni dah tak banjir besar macam tu lagila. 

Ok ok cukup cukupla tu throwback. Dah panjang berjela dah ni hehe. Lets talk about now now now!

Now Shafina dah boleh jalan dah. Masa umur 10 bulan lebih haritu dah start bertatih. Cepat macam abang Shaheem jugakla dia boleh berjalan tu. Sekarang dah laju dah. Tapi still ada jatuh jatuh. Tak balance. Badan berat kot hahaha.. Kuat makan ini budak. Alhamdulillah, dari start makan masa umur 6 bulan sampaila sekarang berselera je dia,.Semoga maintain la selera makan tu. Janganla jadi macam abang Shaheem huhu. Cukupla mama risau kat abang Shaheem sorang je. Last sekali timbang berat bulan lepas, 8.6kg. Nanti minggu depan ke kita gi klinik untuk checkup 1 year, kita timbang lagi sekali. 

Nampak gigi Shafina tu? hehe

Gigi dah ada 8 batang. 4 atas, 4 bawah. Dah besar besar dah. Haritu ada peel menggigit mama sekejap. Sekarang takde dah. Huh lega. Sakit oiii dia gigit. Esp masa menyusu tu. Aduiiii.... Ku tak pernah lagila terpukul atau tercubit dia bila dia gigit tu. Selalunya aku jerit kuat kuat dan cepat cepat keluarkan dari mulut dia. Mama ni kemain menjerit sakit, dia tersengih sengih buat muka tak bersalah huhu..

Suka bubuh apeeee sajeee dalam mulut. Urghhhhh... Jumpa makanan atas lantai, kutip, masuk mulut. Jumpa sampah, masuk mulut. Jumpa mainan abang yang kecik kecik, masuk mulut. Aduiiii... Aku boleh cam kalau ada benda dalam mulut dia. Pipi kembung semacam. Pastu dia pandai pulak tengok kat aku. Bila aku suruh bukak mulut, dia senyum senyum. Eeeeeee geram. Macam semalam, aku kat dapur tengah basuh pinggan. Tiba tiba dia datang. Pipi kembung. Air liur meleleh leleh. Kat tangan sebelah pegang lego abang yang halus mulus saiznye tu. Dia senyum senyum tengok aku. Haaa ni confirm ada barang. Aku suruh dia bukak mulut. Aku selalu ajar "aaaaa ngangaaa.." sambil aku nganga sekali.. Kalau takde apa dalam mulut memang dia akan nganga. Ni tak nganga memang sah laaa ada benda! Huuu, tangan aku pulak berminyak, cepat cepat panggil husband suruh korek. Shafina ni kalau kita korek, dia gigit jari kita. Tapi semalam tak gigit sebab lego tu penuh dalam mulut dia. Husband kata dah kebelakang dah lego tu masa dia korek huhuhu.. Mujurla tak jadi pape. Shafina ni kannnnnnnnnnn... Sokmo buat mama sakit jantung huhu.. Terus bebel kat abang Shaheem, "Shaheemmmmm.. kan mamaa kata yang kecik kecik simpan kat tempat tinggi. Nanti adik amik.." Memang kena selalu check la atas lantai tu. Takleh ada barang hatta sezarah habuk pun.



Perangai pun comel sekarang. Suka buat buat nangis. Manja kededek sangat. Tak boleh hilang mama walaupun sekejap. Kalau mama masuk bilik air, dia punya menangis, macam sakit sakit. Bila mama keluar, automatik senyap. 



Suka masuk dapur.. Adoiii ni aku paling stress. Kadang kadang tengah tengah malam tak tido lagi tu pun dia pergi masuk dapur. Main periuk ketung ketang. Aiiii.. penat mama nak angkut dia balik ke depan. Tapi lepas tu dia pegi lagi. Kecik kecik suka masuk dapur. Besar esok tak nak masuk dapur siaplaaaaa... Mama dah order safety gate kat lazada. Tunggu Aunty Eamy bawak balik KK bulan 12 nanti. Tq Aunty Eamy tumpangkan barang huhu..... 




Waktu tidur Shafina pulak biasanya dalam pukul 11 ke atas. Lewat sebab dia kadang kadang tak tido siang tapi selalu tido time Maghrib. Pukul  6ptg tido, dalam pukul 8 malam camtu bangun. Sebab tu nak tido semula tu payah. Tapi kalau dah tido memang sampai ke pagi. Ada la in between terjaga nak susu. Senang breastfeeding ni. Selak sajo hahaha.. Kalau abang Shaheem dulu, adoi malas gila mama nak bangun buat susu. Tapi bangun jugakla walaupun terpaksa heret kaki hehehe.. 

Anywayyyy... sempena birthday semalam, mama takde buat apa apa special pun. Makan tengahari mama goreng ikan dengan sup sayur je kat Shafina haha.. Mama ada la buat kek seketul. Yang overjoy makan opkos abang Shaheem. Shafina pun makan jugak. Mek tu semua makan. And then malamnya abah bawak makan Pizza yang sebenarnya abah yang nak makan tu haha..Pizza ni memang fave husband and abang Shaheem. Aku takdela suka sangat tapi makan jelaaaa.. Shafina makan jugak. Again, dia semua pun makan huhu... Tapi semalam, Ya Allah, takleh duduk diam budak kecik ni. Dok dalam baby chair tu punggung tak lekat. Kejap berdiri, Kejap nak capai pinggan atas meja. Kejap nak keluar dari baby chair. Aduii.. Mulut pun bising. Tak tau apa yang dia bebelkan. 

Ni asalnye kek minyak kukus yang aku share resepi tu. Aku tambah sunquick oren dan choc chips. Pastu bubuh colour oren sikit. Siapppp ekekeke.. Okla tu kan. Nanti nak try buat cheese cake versi kukus tu. Aiii kuat btul makan kek!






Suri Shafina, sayang mama... Alhamdulillah, dah cukup setahun dah umur kamu sayangku. Mama doakan Shafina sihat selalu, happy selalu. Semoga Allah sentiasa jaga anak mama ni. Mama sayang Shafina. Mama akan didik Shafina sebaiknya. I may not be the best mother but I will give my all for u to have the best in your life. Insyaallah.. 

Friday, November 13, 2015

NO TV!

Assalamualaikum..

Rumahku sunyi dah dari bunyi lagu "Ceriaaaaaaaaa...." Hahahaha.. Abahnye sudah mengamuk! Hari Selasa kot, lupa dah aku. Dia angkut tv tu, buh dalam kotak, simpan dalam bilik. Katanya pada Shaheem, "TV rosak! Rosak sebab Shaheem asyik tengok Ceria je.. Pastu Shaheem tido lambat. Lama sangat TV tu terpasang.. Rosak dahlaa..." Shaheem cebik sedih. Awal awal tu dok ulangla mengadu kat aku, "mama... sian tv takdok..."



Memang wajar pun husband simpan tv tu. Korang tau, hari Isnin kot eh, lupa laagi, Shaheem tido pukul 4 pagi! Buat ape lagi? Melayan kartunlaaa huhu... Aku dah tido dah tak sedar ape. Dia kejutkan abah dia pukul 4 pagi tu. Nak makan tu, makan ni. Nak minum milo la.. Macam macam. Bengangla abahnye. Tu mengamuk tu huhu..

Mek ni pun minat jugak tengok Ceria ni


Shaheem semenjak asyik sangat dok melayan Ceria ni, jadual tido dia dah kelaut. Selalu tido lewat malam pastu siang liat nak bangun. Kalau nak keluar pergi mana mana mesti susah. Macam macam alasan dia bagi sebab tak nak bangun. Selalunya pukul 1 tengahari baru bangun. Itupun bangun je terus mengadap Ceria. Haihhh seteresssss aku. Bila larang meraung pulak. Dahla dok rumah flat ni. Malu kat jiran huhu..

Nah sekarang takde tv, setakat 3 hari ni aku notice, malam malam pukul 10, 11 dah tido. Bangun awal pagi dalam pukul 7 atau 8 pagi. Okla kan gituuu.. Bila bangun pagi macam macam boleh buat. Aku cuba jugakla plan aktiviti untuk dia. Colouring, sorting items ikut colour, menyanyi eh macam macamla. Untuk hilangkan rasa boring dia tu. Kadang kadang datang jugak rasa kesian kat dia, takleh tengok Tobot tu. Tapi takpelaahhhh... Mama lagi suka macam ni.. Rumah pun bersepah macam tongkang pecahla bila dah takleh tengok tv ni hahah.. Balas dendam ekkkk... Takpe. Rumah bersepah takpe. Mama boleh kemas. Jangan mata asyik dok melekat kat tv je dahla...

Semalam. Around 10.30pm dah tido dua dua.. 

Takleh tengok tv, kita makan jelaa haha.. Tengok kat belakang tu, kotaknye, plastik pampersnye. Tak tengok dalam bilik lagi. Nak berjalan pun tak boleh haha

Lepak kat beranda

Tido petang! Ini adalah sangat sangat jarang berlaku kalau ada TV. 


Husband kata nak simpan tv tu seminggu. After seminggu tak tau la macamana.. Dia dok cakap kat Shaheem nanti tv dah ok, Ceria takde tau. Dah rosak. Haihh tak taula macamana penerimaan dia nanti. Rasanya lepas ni kena ada jadual la. Time mana boleh tengok tv dan time tak boleh. Aku dengan husband pun kena take part jugakla. Jangan time tu dia tak boleh tengok tv tapi kita sesedap je tengok. Not fair la kan. Kesian dia.. Nantilah bincang lagi dengan husband. 

Anyway aku lebih suka keadaan sekarang. Free from TV. Sebab aku nampak bila takde tv ni dia lebih rapat dengan adik. Sebelum ni asyik nak bercakar je. Sekarang pun ada jugak bergaduh cuma ada time dia boleh duduk rapat dan bergurau dengan adik. Sebelum ni takleh langsung tauu. Agaknye sebab boring sangat kot sebab tu dia layan jelaaa adik tu haha.. 

Ujian anak dah besar. Macam macam peel! Moga kami sabar dalam mendidik mereka. Amin....

Thursday, November 12, 2015

Kek Minyak Kukus

Assalamualaikum






Sekarang ni rajin betul buat kek. Sebabnya abang Shaheem suka makan. Hantu kek tu. Dia mana makan nasik. Hari² request nak kek huhu.. Memandangkan aku takde oven so aku mampu buat kek kukus jela.

Dua kek kat atas ni ialah kek minyak kukus. Resepi Google saje. Aku suka kek ni sebab dia lembut, gebu, lembap je. Ala lebih kurang kek coklat kukus tu cuma yang ni tak bubuh coklat.




Kalau ikut resepi ni dia guna tepung naik sendiri. Aku takde tepung ni so aku guna tepung gandum biasa dan tambah 1 sudu teh soda bikarbonat. Susu cair pun aku tak bubuh sebab takde. Aku ganti dengan air biasa je. Kalau bubuh susu ni mungkin rasa dia lebih lemak kot. Next time kalau ada stok kat rumah, aku try bubuh. Tengok macamana pulak rasanya.

Itu jelah caranya. Nak buat layer² colour tu korang asingkanla adunan kat bekas berlainan, titis colour, kacau sebati, pastu masukkan dalam loyang secara selang seli. Nak cantik buatla corak² guna lidi.

Selamat mencuba!

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 10, 2015

9 Nov 2015 ~ Cik Bibab Is Free From Maybank!!

Assalamualaikum,

Harini hari bersejarah. Kena catat dalam blog. Alhamdulillah, kereta aku aka Cik Bibab dah habis bayar dah. Aku pegi bank buat full settlement. Sepatutnya Januari 2016 habis bayar. Tapi aku discuss dengan husband better aku settle jela terus. Sementara ada rezeki lebih ni. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Cik Bibab, aku beli pada tahun 2009. Beli sebab masa tu aku baru dapat keje. Keje pulak kena pegi pukul  5 pagi. Takkanla aku nak suruh kakak aku hantar kan. So, dengan gaji pertama aku, aku bayar down payment dan buat loan dengan Maybank selama 7 tahun. Mak yang suruh buat loan 7 tahun je sebab dia tak nak aku berhutang lama lama. Setiap bulan bayar RM564. Sehinggalah aku berhenti kerja pada tahun 2011 sebab ikut husband berpindah ke Sabah. Ayah aku sambung bayar. Kereta tinggal kat kampung. 

Aku mula mula rasa macam serba tak kena jugak nak berhenti kerja, nak biar ayah yang bayar. Tapi mak aku pulak insist suruh aku berhenti dan ikut husband. Dia kata tempat isteri di sisi suami. Dia tak suka tengok kami tak tinggal bersama. Mak jugak yang cakap takpe, mak ayah boleh sambung bayar. Guna duit pencen, duit sewa kedai, duit sewa rumah tamu.. Huuu.. aku sedih. Kadang kadang timbul rasa kecewa dengan diri sendiri sebab dari kecik sampai ke tua dok menyusahkan mak ayah. Allah... anak jenis apa aku ni? Memang kadang kadang timbul rasa menyesal berhenti kerja. Aku sedih sangat. Macam macam perasaan ada. 

3 tahun ayah yang tanggung hutang aku. Aku tahu ayah pun perit nak membayarnya lebih lebih lagi selepas dia pun beli kereta baru. Bertambah bayaran yang dia kena buat. Kadang kadang dia tak dapat bayar penuh sebab tak dan duit katanya. Aku sedih sangat. Bukan sedih sebab duit nak bayar tak cukup tapi sedih sebab aku dah menyusahkan dia. Dia pulak yang minta maaf sebab duit tak cukup. Allah... Wani mintak maaf mak, ayah..... 

Hujung tahun 2014, kampung kami dilanda banjir. Bah kuning. Cik Bibab pun tenggelam sekali. Allah.. sedih sangat rasa. Besar ujian Allah bagi. Dahla masa tu aku tengah pantang Shafina. Lepas banjir dah surut, kami hantar ke bengkel Perodua. Kos baiki berjumlah RM2000. Itupun tak dibaiki sepenuhnya. Dia just baiki untuk hidupkan enjin je. Lepas tu tambah lagi kos cuci buang lumpur, baiki lampu belakang tak menyala, dan banyak lagi lah. Almost RM3k jugak kot total total semua. Again, mak ayah yang tanggung kos baiki. Husband aku pun ada bagi sikit duit. Sedih lagi sebab banyaknya dugaan huhu... Malu sangat kat mak ayah, kat husband.. 

Cik Bibab sekarang adik aku yang guna. Bawak pergi keje. Aku serah kat dia jela untuk jaga. Baru baru ni dia tinted cermin Cik Bibab tu. Hihi umur  6 tahun lebih baru nak tinted. Haritu ada jugak dia cakap nak bagi duit sikit. Tapi aku cakap dengan dia tengok gaji lah. kalau rasa cukup bagi lah sikit untuk kurangkan beban ayah. Tapi ni memandangkan aku dah bayar habis so takpelah. Cukuplah dia guna, isi minyak, tolong basuh 2 minggu sekali ke hehehe.. Aku selalu pesan kat adik aku, cari keje elok elok. Doa dapat permanent job. Dapat keje kerajaan lagi bagus. Lebih secure dari segi pendapatan. Aku pesan kat dia, jangan jadi macam aku. Nak kawin ke ape, tunggula stabil dulu. Cukupla aku sorang yang susahkan mak ayah. 

Alhamdulillah. Aku lega sangat bila dah settle semua bayaran. Mak ayah dah tak perlu bayar bulan bulan lagi dah. Terima kasih mak, ayah atas pertolongan ni. Banyak sangat jasa mak ayah. Banyak dah duit yang habis. Aku tak mampu nak bayar dengan wang ringgit.. Wani hanya mampu doakan mak dan ayah dari kejauhan. Semoga Allah sentiasa lindungi mak dan ayah, murahkan rezeki, panjang umur, sihat selalu... 






Monday, November 9, 2015

Astro Ceria 24/7

Assalamualaikum,

Urghhh geram betul. Sekarang ni Shaheem conquer tv. Tak boleh tukar channel langsung. Tukar sekejap dia punya meraung macam kena pukul. Sebab malas nak dengar dia jerit jerit tu kitorang bagi jela dia tengok. Sedih. Lama dah tak tengok cerita lain selain kartun kat Ceria tu. I miss watching Law & Order SVU! Huhuhu.. Nak tengok Polis Evo kat Astro First pun tak dapat. Habis pujuk dah. Shaheem ni pulak every night tido lambat. Pukul 2, 3 pagi baru tido. Pukul 1 tengahari baru bangun. So masa tu la baru aku dapat tengok tv. Itupun pasang volume paling slow sebab tak nak dia dengar. Kalau dia terjaga dan tengok channel lain selain Ceria haaaa meraung la TT

Paling dia suka, Tobot. Pengaruh cite tu kuat betul. Setiap masa berlakon jadi robot. Ultraman pun minat jugak. Dah mama abah kena jadi raksasa.

Adui tak tau ape nak jadi.

Lepas ni, kena strict la. By 10pm, tutup tv, Tido.

Cakap macam senang, nak melaksanakan payah huhu. Susahnya sebab kami tido depan TV. Sebab tu susah nak tutup. Kecuali tutup dan sorok remote. Pernah abah dia angkut tv tu, Tapi kena dengar Shaheem meraung dulu la.

Next year nak sekolah dah. Huhuhu tak taula macamana. Fenin mama ni haa.. Nervous!

Sunday, November 8, 2015

Hidup Berjiran

Assalamualaikum.

Ermm.. Pagi tadi something happen. And I am not really happy about it actually.

Orang kat rumah atas ni suka menumbuk. Dan dia selalu tak alas. Kot. Sebab memang kuatla bunyi keletung keletang tu. Jiran atas ni jiran baru. Baru masuk tahun lepas masa aku kat kampung tu. Husband cakap memang selalula bunyi kuat. Dia ngadu kat aku. Aku kat kampung masa tu so tak amik pot sangat. Bila dah datang, dengar sendiri barula tahu. Aku selalu buat donno je. Yang selalu panas husband haha. Banyak kali jugak kami bincang macamana nak buat. Macamana nak bagitau orang tu. Nak pergi rumah dia tego direct rasa macam tak best sebab tak kenal. Lagipun husband dah pernah ada bad experience tego direct ni. So last² kami buat tak tahu jela.

Sehinggala minggu lepas kot, orang tu menumbuk pukul 5 pagi. Subuh² tu. Hangin gakla lakiku itu. Bukan apa, takut anak² terjaga. Esp Shafina yang telinga lintah tu.. Bising sikit terjaga.. Husb geram dia panjat kusi, ketuk balik siling dengan lesung. Tapi orang tu tak dengar kot. Aku cakap dengan husband biar jelah.

Hari² lepas tu ada lagi dia menumbuk. Ada time bunyi slow, alas elok. Ada time memang kuat huhu..

Then... Pagi tadi dalam pukul 6 lebih. Haa dia menumbuk. Nak goreng nasi utk breakfast kot. Husb tengah siap² nak pegi meniaga. Nampak dah air muka dia berubah bila dengar tu. Sekali lagi dia panjat kerusi dan ketuk siling. Aku cakap dengan dia x payahla. Kalau orang tu dengar dari haritu lagi dia tak buat. Dah tu husb bengang, dia jerit kat balkoni dapur, "alaslaaa menumbuk tuuuu.." Huahuahuahuahua.. Aku kt ruang tamu menikus je...... Dan orang tu pun serta merta berhenti menumbuk.

Ye, husband saya ni memang seorang yang mudah marah. Kalau dia takleh tahan, takleh sabar, memang macam tu lah jadinye. Kena pulak pagi². Emosi tak stabil huhu.. Tak kata kat husb, aku rasa orang lain pun mcm tu kot kalau dah lama sangat dok sabar dan pendam. Ye, aku akui, silap jugakla jerit macam tu sebab tak pasal² orang lain pun boleh dengar. Jatuh aib la kan. Kalau jadi kat aku pun aku malu. Tapi tu lah...

Lepas tu, husband keluar... Dalam pukul 7 lebih camtu ada orang ketuk pintu rumah. Aku dah agak dah, ni mesti orang atas. Aku bukak. Dia tanya husb ada tak. Aku jawab takde. Dia tanya tadi ada dengar orang menumbuk ke? Aku cakap ada. Pastu dia cakapla, maafla kalau bunyi kuat. Kami dok atas tak tahu orang kat bawah dengar macamana. Tapi janganla jerit² macam tu. Datang ke rumah bagitau. Saya ok je kalau datang ketuk pintu rumah.
Aku pun minta maaf jugakla dengan dia sebab jerit tu. Biasala pagi² mood tak elok. Lagipun dah selalu bersabar. Kali ni tak tahan.. Dia cakap lagi dia keje, orang rumah telefon bagitau jadi macam ni, terpaksa balik. Tak best la..

Huhuuu..

Aku dah bagitau husb dah, nanti balik pegila jumpa orang tu. Cakap elok².. Kasi settle elok². Agar tak timbul rasa tak suka ke ape.

Apa pengajaran daripada kisah iols ni? Aku tak suka sebenarnya bila jadi macam ni. Sebab tu aku rela buat tak tau je dia nak menumbuk ada alas ke tak. Kan tak pasal² dah ada aura² negatif. Sebelum ni kalau selisih bahu senyum², lepas ni agak² dia nak senyum lagi tak? Yang isteri tu la. Kalau lelaki aku tak tau. Perempuan ada kemungkinan dia simpan dalam hati.

Kisah ni juga boleh jadi pengajaranla untuk aku. Nak buat apa² kena pikir dan hormat orang lain juga. Nak menumbuk kena alas. Nak tarik kerusi kena slow². Aih biasala rumah bertingkek² macam ni. Macam²la boleh dengar. Lagi satu.. Nak meluah perasaan tak puas hati pun kena ada cara. Kena sabar banyak² la kan. Kami belajar dari kesilapan kami..

Aihhhh.. Tak pasal² aku pun dah takut nak menumbuk huahuahua..

posted from Bloggeroid

Thursday, November 5, 2015

Tantrum in Public

Assalamualaikum,

Hmmmm.. ini cerita Sabtu lepas. Baru ada kekuatan nak bercerita haha..

Sabtu lepas abahnye bawak jalan jalan. Ingat nak lepak tepi pantai Likas tu tapi nak hujanla pulak. Langit gelap semacam. At first ingat nak straight ke KK. Pergi Suria ke, CP ke.. Tapi aku cakap dengan husband malasla pulak nak pegi jauh. Better gi 1B jelaa.. Sokmo sokmo pun pegi 1B je. So, off to 1B lah kami. 

Masuk dalam 1B mula mula ingat nak cari Kidzoona tu. Tapi tak jumpa. Kami pun tak cari beria. Aku malas sebenarnya nak bawak Shaheem masuk situ. Sebab takut dia tak nak balik haha.. So kitorang just jalan jalan window shopping. Masa tu dah maghrib dah malam dah pun. Ingat nak dinner kat sana sekali la. Makan pizza ke sebab tu fave Shaheem. 

Shaheem biasala kan. mesti ajak pegi kedai mainan. Asal jumpa booth jual mainan mesti berhenti. Nak tengok dulu. Lastly, kitorang masuk Toys'r'us. Eh ke cemane ejanya? Haaa tempat berhantu ni. Tobattt dah aku takmo masuk dah lepas ni! huhuhu... 

Shaheem bila masuk Toys'r'us ni memang biasala usha usha toys. Selalunya dia usha je la. Takdela sampai nak membeli. Kalau nak beli pun kami berjaya pujuk dia beli kat kedai lain yang lebih murah. Ok, mama dengan abah memang kedekut haha.. Bukan kedekut, cuma rasa, untuk mainan ni tak perlu la nak keluarkan duit sampai ratus ratus. Especially kalau mainan tu boleh dapat kat kedai lain dengan harga yang lebih murah. Mama dengan abah bukan orang ada ada.. Bukanla tak nak beli untuk anak cuma kita berbelanja lah ikut kemampuan. Kalau mampu, then no problem.. 

Alkisahnye haritu dia berkenan dengan set mainan bomba ke ape ntah. Harga RM150++. Husband aku cakap macam tak berbaloi je nak beli dengan harga tu sebab trak bomba tu buat dengan plastik je pun. Sekali pijak hancur terus. Kalau die cast metal tahanla sikit. Shaheem ni bukan pandai jaga mainan dia. Kadang kadang dibalingnya, disepaknya.. Jangka hayat mainan tu biasanya tak lama la lebih lebih lagi yang buat dari plastik ni. Abahnye pujukla beli mainan lain kat Giant. Dia tak nak. Dalam Toys'R'Us tu dia dah jerit jerit dah. Abah dia pujuk lagi naik troli yang ada stering macam kereta tu. Tetap tak nak. Aku cepat cepat ajak keluar dari kedai tu. Dia jerit lagi. Aduiii..

Shaheem kalau dia mengamuk memang dia akan menjerit dan meraung. Haa kalau kat rumah ni, sehari tak menejerit memang tak sah. Jerit tu pulak macam nak keluar anak tekak. Haritu memang dia buat mengamuk macam kat rumah. Allahuu.,, Habis semua orang pandang. Aku rasa bingit satu floor tu dengan suara dia je. Sampai depan Giant lagi kuat dia menjerit sebab tak nak masuk dalam tu. Aku dah tak tahan dah. Orang tengok semacam je. Malu hoiii.. Aku ajak husb balik. Mood memang dah spoil habis. Kitorang masuk lif. Dalam lif lagi kuat dia menjerit. Sampai kat parking laaaagi kuat. Dahla tempat tu tertutup macam tu. Bergema suara dia menjerit tu. Ada la satu family ni baru parking. Keluar dari kete diorang tengok je. Tak berganjak dok menonton drama anak aku ni. Aku dah rasa macam, alaaa blah jela.. Janganla tengok tengok huhu.. 

Shaheem masa tu memang jerit jerit je. Aku dengan husband takleh nak cakap apa. Sebab bila kitorang buka mulut lagi dia menjerit. Nak pergi kat kereta dia tak nak bergerak. Pening kepala aku. Abahnye muka dah stress habis. Dia siap cakap, "abah tak nak bawak dah Shaheem jalan jalan lepas ni. Abah serik dah..." Shaheem bukan paham. Laaaagi kuat dia meraung huhu.. Family yang aku cakap dok tengok tadi tu masih setia menonton. Siap dorang tegur lagi tanya kenapa. Shaheem kalau dah orang tanya tanya lagila nak meraung. Haihhhhh.. 

Kami pujuk pujuk lagi. Ajak dia masuk balik, pegi makan pizza. Masuk Giant beli Hot Wheels. Beli Robocar Poli. Tetappppp tak nak! Last last husband give up. Dia cakap, "ok jom masuk beli trak bomba. Tapi lepas ni abah tak beli dah mainan untuk Shaheem.." Kebetulan pulak masa tu ada guard lalu. Dia buat sign suruh senyap tu.. Terus Shaheem diam dari menjerit dan peluk abahnye. Adoiii, kenapala tak terserempak dengan guard awal awal?? Shaheem sambil menangis teresak esak cakap kat abah dia, "ok jom naik troli kete.. beli robocar poli.." Pulakkkk.. dah lupa dah kat trak bomba huhu.. Sebelum dia tukar fikiran cepat cepat kitorang masuk balik dan pergi Giant.

Dan Shaheem act like nothing happened...........

Aduii... berpeluh mama abah ni tau tak. First time dia mengamuk kat public macam ni. Adoiiii.. Serius rasa serik nak bawak dia keluar. Especially pegi mall macam ni. Lepas ni dah takleh pergi dah. Serikkk serikkk serikkkkk.. Memang tak sangka la dia akan mengamuk macam tu sebab biasanya dia very well behaved kalau kat luar. Haihh, dah nak masuk 4 tahun ni macam macam pulak perangai dia. Aku tak taula. Apa yang menyebabkan dia suka menjerit kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau dia nangis takpe lagi. Ini dia menjerit. Bingit telinga tau! Uhukhuk.. sedihnya rasa... 

Terjumpa link ni. Good tips for handling temper tantrum in public.

Saturday, October 17, 2015

Morning Updates

Assalamualaikum.

Selamat hari Sabtu! Husband keje lagi harini. Dan esok. Sigh. Takpe takpe, Isnin ni habisla keje dia tu. Phewww, btul btul bekerja kuat ni! hehe..

Anak anak masih bergelimpangan tido. Jadi mama bolehla mengadap laptop sekejap pagi ni sebelum start daily routine. Daily routine, normally pagi pagi aku lipat kain. Tengok kerajinan hehe.. Pastu masuk dapur,. Kemas apa yang patut. Pikir nak masak ape. Hahah hari hari jadi masalah nak masak apa. Harini plan nak buat puding roti. Semalam Umie Puan Pinguu share kat facebook. Eh eh terliur pulak rasanya. Resepi pun mudah. Insyaallah akan cuba buat.

Pagi ni goreng nasi je kot. Shaheem suka. Adiknya semua pun makan. Sup kentang+telur balance dinner semalam pun ada lagi. So lunch makan yang tu jela. Petang sikit baru pikir nak masak apa untuk dinner. Selalunya macam tu laaa..

Ermm apa cite lagi ek?

Oh ya.. Semalam anak buah husband dah pegi amik kunci dah dengan orang yang sewa rumah tu. Anak buah sampai je tengok dia tinggalkan kunci kat luar. Saje la tuu tak nak jumpa. Tapi anak buah cakap nak jumpa jugak. So dia datang dan tak banyak cakap pun. Alhamdulillah rumah dia tinggalkan dalam keadaan baik. Barang yang sedia ada sume okay kecuali tilam dia dah bukak plastik. Maknanya dia guna lah tu.. Bab duit nak bayar sewa ke ape memang tak sebut langsung. Husband pun cakap dengan anak buah tak payah mintak,. Kenapa tak mintak? Sebab husband malas nak panjang cerita. Dapat agak yang akak tu sebenarnya ada masalah kewangan. Kalau dia nak bayar, dah laaaaama dia bayar kan. Husband malasla, kalau dia mintak nanti, bertangguh tangguh lagi. Nanti mesti lagi sakit hati. Kalau bayar terus semua takpela. So takpela bab duit sewa tu. Takde rezeki kami. Dan akak tu.. jawabla sendiri esok esok huhu..

Husband dah open balik rumah tu untuk disewa. Tapi prefer students jela lepas ni.. Serik dengan family ni huhu...

Ala Shafina dah bangun. Stop dulu lah. Tata!


Thursday, October 15, 2015

Jalan Jalan Tamparuli

Assalamualaikum.

Ini cerita Sabtu lepas.

Jarak nak ke Tamparuli dari rumah aku ni tak jauh pun. Dekat je. Korang biasa dengar tak Tamparuli ni? Marsha pernah nyanyi lagu Jambatan Tamparuli masa AF dulu.. Kat Tamparuli ni juga ada Rumah Terbalik. Agak famous jugala di kalangan pelancong. Tapi aku tak pernah pegi walaupun hanya sekangkang kera je dari rumah aku hehe..

Hari Sabtu tu husb keje. Dalam pukul 4 lebih dia balik terus ajak pegi jalan-jalan. Dia rasa bersalahla tu sebab sepatutnya weekend adalah hari untuk bersama keluarga. Tapi nak buat macamana, dah tugas kan? Dapat bawak anak (dan bini) keluar jalan kejap pun jadi laaa.. Mula-mula ingat nak gi pantai. Tapi jalan nak ke pantai tu jem pulak. So husb pusing pegi Tamparuli jelah. Kat pekan Tamparuli tu ada satu jambatan gantung tinggi. Jambatan tu la kot yang Marsha nyanyi tu.. 


Sebelum naik, kita bergambar dulu..

Abang Shaheem tu eksyenn.. Masa mula-mula nak naik dia tanya abah dia, "abah takut ke? Jangan takut bah.." Ececece pandai je cakap abah. Ko tengok dia tu. Pegang baju abah kemain kuat..


Haa ni kat atas dah ni. Gayat ooo.. Dahla kat bawah tu sungai. Ada jambatan kecik untuk kereta lalu. Nampak tak motor kat bawah tu? Jambatan tu lah yang kitorang lalu untuk ke pekan Tamparuli. Ada jambatan baru yang lebih besar tapi jauh sikit. Shaheem dah peluk mama kuat-kuat dah masa ni haha..

Satu gambar abang Shaheem je tengok kamera. Satu lagi adik je yang tengok. Mama abah maintain senyum haha.. Abah nampak peloles laa dalam gambar ni kehkehkeh.. 



Pemandangan dari atas jambatan


Kitorang plan nak jalan sampai ke hujung jambatan. Sebab kat hujung belah sana ada tugu jambatan ni. Boleh amik gambar kat situ. Tapi Shaheem takut pulak huhu..


Abah terpaksa dukung dia sebab dia tak nak jalan. Tapi tak sampai hujung husb pusing balik. Dia kata dia pun gayat haha.. Dia gerun sebab dukung Shaheem kat belakang rasa macam tak stabil. Jambatan tu dahla bergoyang-goyang sebab ramai orang naik. Angin pun kuat.


So, tak dan sampai hujung jambatan kami pun patah balik.. Eh tapi tak balik rumah lagi. Husband bawak naik bukit. Kat atas bukit tu ada sungai yang biasa orang main water rafting. Sungai Kiulu. Ce korang google. Famous jugak sungai ni. Tapi kitorang tak naik sampai atas pun sebab masa tu dah pukul 5 lebih..



Bahaya betul budak 2 orang ni. Mujur tak hanyut. Air dahla deras. Pelampung pulak lagi besar dari tuan. Terkial kial jugak dorang nak ke tepi sungai. Haihhhh sabor jela. Berdebar aku tengok..



Lepas pegi sungai tu kami terus balik. Abang Shaheem tidur dalam kereta. Tapi terjaga masa sampai kat parking rumah. Mengamuk pulak, tak puas berjalan. Mama pun ajakla pegi playground kat belakang blok. 


Biar dia main puas puas sampai nak dekat Maghrib. Pastu balik rumah mengamuk tak nak mandi. Grrrrrrr.... 


The end...

Salam Maal Hijrah 1437H

Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru Islam kawan-kawan. Alhamdulillah, tahun 1436H semuanya baik-baik. Semoga tahun ini juga semuanya baik untuk kita. Sihat selalu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan, insyaallah. 

Harini Sabah pun cuti., Aku ingat tak cuti hehe.. Tapi sedihnya, encik suami kerja huhu.. Dia sekarang tengah busy handle kapal tengah work up ke ape ntah istilah dia. Ikut jadual 2 minggu programnya. Semalam husb kata harini cuti. Tapi sekali bangun pagi ni dapat info kerja pulak. Aduii frust frust,, Start keje pukul 4 petang tapi husb terpaksa pergi awal pagi sebelum Shaheem bangun. Saif Shaheem ni still peel nak ngikut abah dia. Kalau husb nak keluar memang susah sangat sekarang. Kena tunggu dia tido. Tapi masalahnya dia siang hari tak tido. Malam pulak pukul 1 pagi baru tido. Agaknya Shaheem ni masih ada rasa takut abah tinggal kot. Yelah, setahun abah tinggal dia kat kampung. Bila balik kejap kena hantar balik gi airport. Dia trauma lagila kot. Huhu susah anak manja dengan abah ni. 

Dalam pukul 9 lebih husb siap-siap nak gi keje. Shaheem tidur lagi masa tu. Kesian suamiku huhu.. Masa dia peluk, kiss Shafina & me, keluar air mata dia.. Sedih katanya sebab dah set in mind nak bersama keluarga je hari ni. Dia mintak maaf dengan aku sebab tak dapat spend time bersama. Dah seminggu lebih dia asyik keje. Weekend lepas pun keje jugak. Dia nangis, opkosle aku nangis jugak. Aku kan hati tisu huhu.. Aku cakap dengan dia takpe, nak buat macamana. Dah tugas. Settle semua ni nanti okla... Aku faham keje dia. Aku dan anak-anak akan sentiasa ada di sisi dia. Dia sedih sebab Shaheem la, selalu nangis rindu dia, nak ikut dia.. Huhu takpela bang. Anggap tu pengorbanan kita sekeluarga pada tahun baru ni.. 

Dah memandangkan ketua keluarga bekerja makanya kami 3 beranak (me, Saif & Suri) duduk terperap dalam rumah jela. Tengok Astro Ceria dari cerah sampai gelap hehe.. 

Harini aku masak nasi ayam. Special untuk anak bujang yang susahhhhh sangat nak makan huhu.. Masak simple je. Sebab yang nak makannya kami 3 orang je. Alhamdulillah Shaheem makan baaanyak! Senang hati aku. Suri Shafina tu toksah cakapla. Yang tu memang kuat makan haha.. Dia la yang setia dok depan aku, siap nganga mulut tunggu aku suap hehe,,



Shaheem tu tak berenti tanya, bila abah nak balik ni mama? Lambatnya abah balik. Abah balik malam ke? Bila aku cakap abah balik esok, meraung pulak dia. Sabarrr jela.. Nak bagi dia happy sikit aku bagi dia makan aiskrim. Semalam pegi Daiso kat 1B tu, belila bekas buat aiskrim tu haa..  Tu first time aku masuk Daiso sebenarnya. Heran, kenapa laaaa dorang ni tak letak tag harga kat barang. Hangin betul, Nasib baik tak sempat tanya pekerja dia dah nampak sign, semua berharga RM5.30. Hahahaha buat maluuuuu je..

Mama buat aiskrim milo je ponggg hehe..

Oh ni gambar semalam la ni. Kami pergi 1B, amik henpon aku yang lama betul baiki. Nantila aku cerita pasal tu. Ni tengah makan donut kat Big Apple. Saif Shaheem berjaya mengepau abah. Beli train pulak. Selalunya pau Hot Wheels tapi semalam kitorang tak masuk Giant. Dia nampak train ni kat Daiso. Beli 3 bijik RM15.90 la totalnya. Harini dok berzikir, lambatnya abah balik. Nak pegi beli jalan ketapi ni dengan stesyen dia... Huhu macam macam..

Untuk adik mama beli sandal. Yeayyy.. Since adik dah boleh jalan sikit sikit mama belila sandal muroh ni hehe.. Jadila ekk.. 

Kat Parksons 1B tu tengah buat sale. Aku belila sepasang baju ni untuk Shaheem. Lama dah tak beli baju baru untuk dia, walaupun dia sebenarnya tak pakai baju pun kalau kat rumah hehe.. RM21 sepasang. Oklaa tuu...

Aku kalau keluar je mesti akan cari barang untuk anak. Apa apa mesti anak comes first. Dah jadi mak ni memang macam tu la kot. Dah lama tak beli barang untuk diri sendiri. Plan nak beli purse baru sebab yang ada sekarang tu dah tanggal dah kulit dia. Huu lama dah purse tu, 3 tahun dah umur.. Memang wajib tukar baru dah. Tengokla nanti..

Dok rumah seharian ni memang mengadap anak jela. Kalau ada husb dia boleh tolong tolong jugak esp handle abang tu. Abang suka buat adik. Sepak la.. pukul la. Aduii.. Tak tau macamana nak buat. Aku marah dia merajukla. Tak nak kawan mama.. Tak nak cakap dengan mama.. Tapi pastu datang balik kat aku. Suruh tengok dia. Dia buat muka sedih. Minta maaf mama. Shaheem rindu mama.. Tu la yang dia selalu cakap bila nak pujuk aku huhu.. Terpadamla sikit api kemarahan mama tadi. Tapi tak lama lepas tu dia buat lagi. Haihhh..

Macam tadi, dia buat adik. Aku marah. Dia jeritjerit. Tak nak kawan mama! Mama, jangan tanya Shaheem. Shaheem malas dah nak jawab mama. You know what, tu sebijik ayat yang aku selalu cakap kat dia kalau aku marah huhu.. Selalunya kalau dia mengamuk aku memang buat derkk je sampaila dia datang minta maaf. Tapi tadi, aku tengok dia dah tido dah. Sobbssss sedihla pulak rasa sebab dia tido dalam keadaan tengah sedih. Tengah marahkan aku.. 

Shaheem, mama minta maaf tau. Mama marah sebab mama sayang. Mama nak Shaheem jadi abang yang baik untuk adik. Mama nak Shaheem kawan dengan adik. Sayang adik. Mama tahu mama selalu marah Shaheem. Garang garang dengan Shaheem. Mama minta maaf ye sayang. I guess, in this new year, mama kena berubahla. I have to control my temper. Bila jadi macam ni, Shaheem tido sebelum mama minta maaf, mama rasa sedih sangat. Rasa macam something is not right. Something is not done. Sorry ye sayang........

Being a mother, a parent, memang tak mudah. Banyak sangat benda yang perlu dipelajari. Especially bab nak mendidik anak. Semoga Allah berikanku kekuatan. 


By the way, 14th Oct 15, genaplah umur Shafina 11 bulan. Allah.. cepatnya masa berlalu! Next month cukup setahun dah. Alhamdulillah dia sihat. Demam jarang jarang. Dah boleh jalan tapi masih jatuh jatuh lagi. Bambam sangat kot dik, sampai tak balance haha..  Masih breastfeeding, alhamdulillah. Makan banyak! Mulut tu memang nak mengunyah je. Dah ada  6 batang gigi dan baru tadi aku perasan ada 2 batang lagi nak tumbuh kat bawah. So total 8 batang dah la. Heee mama kena rajin gosok gigi dia. Mama doakan adik sihat selalu. Sentiasa dilindungi Allah SWT. Mama loves u Shafina!

Buah hati pengarang jantung. My Suri :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...