Saturday, February 5, 2011

Thank YOU! Yes, YOU! :)

Assalamualaikum,

Hari ini, entah kuasa apela yang menyampok aku.. Gatal-gatal tangan tukar layout blog. Hamik yang blogger punya je, nak buat sendiri tak reti-reti and malas gila nak study eheh. Kang tersilap html codes, naye!! Nak buat yang ni pon dah merangkak-rangkak. Nantila, bila ada kuasa yang lebih hebat menyampok, aku tukar la header tuh. Wat design sendiri ke. Huh, tah bile hihihi...

Ape-apepun, aku suka yang simple mimple pimple macam ni. Aku suka background putih. Suci dan murni gitu. Pastu ada biru-biru sket. Wah wah bagaikan berada di awan tau! Atau mungkin laut? Laut dengan aku tak boleh dipisahkan ngeeeeee (gedik gedik)..

Kalau layout baru ni, korang tak suka, just let me know k. Mana la tahu font kecik sangat sampai sakit mata ke, silau ke ape ke.. just buzz me. Kenala tau citarasa pembaca jugak kan? Tapi, ada ke yang baca blog tah hape hape aku nih? ehehe...

Aku blogger biasa-biasa saja. Ada orang, blog ni dah jadi tempat jana pendapatan. Aku? Jana kuasa elektrik pun tak mampu! (Sape-sape pun tak mampu, TNB je mampu heh...). Iklan Nuffnang ada and alhamdulillah, ada jugakla pendapatan walaupun bukan jutaan lemon. UV pun err takdela cecah ratus-ratus sehari. Puluh-puluh pun tak sampai. Sa sa je kot muahaha.. Apa-apapun, terima kasih Nuffnang kerana mempercayai blog saya. Saaayang Nuffnang!! (eh eh bodek kah? ehehe)..

Blog aku ni banyak berkisarkan kisah hidup aku yang tak seberapa ni. Biasa-biasa saje, tapi mungkin ada cerita yang aku boleh kongsikan dengan semua dan jadi info yang berguna juga nanti kan? Orang kata sharing is caring. Moga-moga dalam merapu aku tu ada jugakla something yang korang boleh ambik buat pedoman (bajet bagus lak huhu).. Kalau takde pon takpelah, baca saja cerita yang ada, skadar mengisi masa lapang (macamla cerita-cerita ko bes --ah shadaplah kamu monolog diri!!)..

Apa-apa pun thanks to YOU yang sudi menjenguk blog ni. 




:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...