Tuesday, March 31, 2009

Totally Exhausted!!

--- rasa macam nak tido tertonggeng camni lah ---


Tuesday oh Tuesday... Sangatlah memenatkan.

Hari Selasa inila yang buat aku rasa nak give up..buat aku rasa nak quit!

Uhuhh, badan dah rasa sakit2 ni. Tiba-tiba juga hari ni aku terbatuk2 kecil pulak. Mungkinkah berjangkit dengan seseorang yang hari ni tiap kali dia lalu depan pintu ofis aku mesti dia batuk2 (lalala)..Mungkin mungkin hehe.. Kaki pun dah melecet. Pedih-pedih. Kaki I dahla sensitif sket hish~.. Naik turun tangga, kurusla I macam ni.. I sayang lemak I ni..I tak nak berpisah dengan lemak2 I nihh (Owh yeah, I'm totally out of my mind)..

Yesterday, Monday, aku terpaksa backup untuk 2 orang. So aku habiskan masa aku kat ofis atas. Tapi selalu jugak turun bawah (susah betul bila ada 2 ofis nih).. Pastu pulak duduk atas, bukan duduk goyang kaki, main pusing2 kerusi je. Aku kena berjalan merata2. Check mesin fotostat rosakla, amik kertas kat printerla (printer pulak bapak jauh, penat weh nak menapak). Hantar kertas berkotak2 ke printer room. Pastu turun hantar kat ofis bawah pulak. Tengahari, berkejar ke Secret Recipe beli kek untuk general assembly. Petang buat stationery untuk staff shift malam.. Kira-kira stock food and beverage, check itu,ini dan bermacam2 lagi. Pukul 5, langit dah gelap nak hujan. Hah sudah,panik. Cik Bibab parking jauh. Cepat-cepat settlekan keje, kul 5.15 aku balik semalam dan sampai rumah pukul 5.30ptg. Nak tido? Tak kose mak tido petang. Kang ngigau nampak antu.. Last nite, tido lebih kurang pukul 11mlm. I was so tired sampai mata pun tak ngantuk. Puas aku pujuk mata ni supaya tido. Tapi dia tak nak. Puas dah menyanyi2 untuk diri sendiri. Tak nak jugak. Sudahnya, aku tak sedar bila aku betul2 terlelap.

Today, Tuesday, 4.15am, jam HP aku berbunyi. Aku tengok, aku snooze, extend 15 minit lagi. 4.30am, jam memekak lagi. Lagi sekali, aku tekan snooze, extend lagi. 4.45am berbunyi lagi dan dengan malasnya aku bangun. Malasnya nak gi keje..Malasnya nak bukak mata... Malasnyaaaaaaaaaaaaa... Gosok gigi, cuci muka, mandi manda dengan malasnya. Dah keluar dari bilik air lagila malasss rasa. Dengan sejuk2 pagi tu, huishh kalo sambung tido memang best. Aku duduk balik atas katil. Rasa macam nak tarik selimut, sambung tido je. Tak sdar dah pukul 5.15pg masa tu.huhh~~ kalut ributlah bersiap2, pakai simple2, 5.25pg aku turun tadi and sampai ofis lebih kurang pukul 5.40pg. waaa lewat 10 minit, nasib baik bos tak cakap pape hehe..
Dan hari ni, seperti semalam, aku naik turun tangga. Aduh penat.. Pergi situ, sana, sini. Check itu, check ini. Check acik cleaner wat keje ok ke tak. Explain itu ini kat dia. Aku rasa aku dah macam ape dah. Membebel2 macam nenek tua.

Kepala pun sakit je hari ni dan Mengantuk hari ni juga sangatlah luar biasa. Well, Tuesday memang sentiasa begini. Balik pukul 3.30ptg hari ni. Ada satu cerita, boleh pulak dah sampai basement, dah nak gi kat Cik Bibab nih, aku terlupa parking card aku. Patah balik naik ofis. Adoi, nyanyuk dah aku. Hari ni plak Cik Bibab park kat luar, masuk dalam kereta macam masuk dalam oven.PANASSSS! Nak bukak mata pun takleh. Pale pun dah pusing2. Sampai rumah, ape lagi, tertonggeng aku atas katil. Hari ini, walaupun aku jarang tido petang, aku lelapkan juga mata walaupun sekejap. Sekadar merehatkan badan. Penat, penat, serius aku penat. Ni nak bangun kul 4pg lagi nih (8 jam lagi). Aduiii, penat, malas!!!

Orang2 ofis kalau terjumpa dengan aku, mesti tanya macam ni, "Eh, skarang masuk keje kul bape?" Dan aku akan jawab, "5.30pg." Mereka akan berkata begini apabila mendengar jawapan aku, "Mak aihhhh...5.30pg? Ayam pun xbangun lagi masa tu." Dan dalam hati aku bermonolog, 'Kalaulah aku ayam, huwaaaaaaa....'



PENAT.TIRED.EXHAUSTED.




---amal: Kul 5.30pg anjing dah bangun sebab, hari2 kul 5.30pg,aku dengar anjing bersahut-sahutan menyalak. Seremmmmm.... ---

15 comments:

  1. aku tetiap ari bgn kol 3pagi..dengo bunyik burung~~huuu

    ReplyDelete
  2. nasib bunyi burung..kalo bunyi antu mengilai ke cane??hu~~ aku hari2 nak turun umah baca bismillah, takut kang nnt ada je yg dok tercongok ats jln..errrkk ngeriii

    ReplyDelete
  3. wani~
    sy tak tido malam td.. uwaa~ sangat ngantuk tahap gaban dah ni.. smpi2 opis, buka tenet, layan blog ko kejap.. haha~

    ReplyDelete
  4. lohss chann~~
    nape x tido??mark exam paper ehh..
    huu layan2 hehehe..

    ReplyDelete
  5. haha~ marking test 1 paper bebudak ni.. pas tu tak dpt tido plak.. hehe~

    ReplyDelete
  6. sy xleh tak tido..
    naye nanti xbangun pagi huhuhuhu..

    ReplyDelete
  7. awk keje ape pagi dh ade kt tmpat kije?

    ReplyDelete
  8. Maryam,

    Saya keje ngn international cmpany.staff dia keje ikut time US.Saya sebagai kuli mereka kena ikut time merekalah.cuma yg beza, mereka masuk kul 10mlm smpai 6.30pg, saya masuk kul 5.30pg smpai 2 ptg =)

    ReplyDelete
  9. tapi sy xpernah balik tepat2 pukul 2 ptg huhuhu...slalu balik kul 3,4,5 ptg huhuhu

    ReplyDelete
  10. owh yeke..
    ape nama company awk kije?
    hehehe..
    sronok gak kan kije mcm tuh..
    tp first time tuh mesti agk susah awk nk biasakan diri kan?
    kui3

    ReplyDelete
  11. nama company sy WOLTERS KLUWER ENTERPRISE SERVICES PARTNER (hoh gitu panjang..)
    first time n everytimela susah ahaha..sy kan kuat tido..adoiii, malas tol nak gi keje pagi2 hehe..tapi, demi nak bagi sesuap nasi untuk anak2,kugagahkan diri jua ecehhh hehe

    ReplyDelete
  12. Terror nye virus batuk tu kan..boleh tembus pintu opis..ish3..sape la yang batuk tu kan..

    ReplyDelete
  13. shahfezee!!

    haaa tu laaaa..ish3 dari manala datangnye virus tu kan. hebat betul. xtahulaaaa sape yang batuk tu. ish3..tapi hari ni xdengar pulak ade orang batuk2 ehehe..mana tah orang tu pegi lalalalala

    ReplyDelete
  14. ooo... sy ni kena amik test utk apply keje kat company awak tu.. mmg kena speaking je ker? takot la pulak..

    ReplyDelete
  15. citrus space,

    shift malam ke shift siang??
    yep, kena speaking..x fluent pun xpe, yg penting kita ada effort nak speaking :)

    jangan takot2, senang kacang jek! ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...