Wednesday, February 2, 2011

History's Greatest Goalkeeper

Assalamualaikum,

Aku nih, walaupon perempuan ayu (ayu ker?), minat gila dengan bola. Mungkin menurun dari ayah aku kot? Mak cakap, ayah masa muda mudi dulu suka sangat pegi stadium tengok Kelantan main. Sampai mak nak beranak kat hospital nih pon dia sempat lagi pegi tengok bola (boleh pahamla kan nada suara mak aku masa bercerita tentang ayah tu ehehe)..

Masa aku sekolah rendah and menengah dulu, local team aku suka Selangor. Masa tu Kelantan tak gah macam sekarang and masa tu jugak player Selangor ramai yang hensem (muahahaha) contohnye Azman Adnan. Huh, dulu handsome wey, sekarang macam dah kurang handsome (dah tua kot? hahaha).

Cari mana Azman Adnan yang menjadi pojaan gadis dolu-dolu :P

Then seberang laut punya pulak, of course la Manchester United pasal masa tu David Beckham main dengan MU and masa tu dia pon masih muda trang tang tang.

Oloh oloh comeynye Beckham time muda remaja!

Aku dulu minat yang amat sampai setiap artikel dalam surat khabar aku gunting-gunting, tampal dalam buku, buat scrapt book. Huh, minat yang takde pekdah langsung! Tu masa aku muda-muda takde keje la. Lama-lama lepas tu, minat dah slow down sket. Masa dekat U pun tak minat mana dah sebab masa tu Liga Malaysia pun macam suram je. Dua tiga menjak ni je naik balik. Tapi takdela aku tinggal macam tu je minat tu. Still sanggup berjaga malam tengok World Cup and amik tahu sikit-sikitla pasal dunia bola sepak. Cuma dah tak obses sangat dengan player-player hensem. Mungkin dah sedar diri yang walaupon ko puja-puja separuh mati, seumur hidup pun ko tak boleh nak kahwin ke ape dengan dia ehehehe..

By the way let's go back to the title of this entry, who do you think the greatest goalkeeper in the world? Khairul Fahmi Che Mat? ehehe.. Tak mustahil kan? Dia memang terbaheklah. Suka tengok bila dia dapat tangkap bola, dia pelok kemas-kemas. Untung awek dia Elia, nanti sure Apek suka peluk dia kemas-kemas hahaha (sori-sori gurau aje :P) Kalau Apek bermain dengan kelab-kelab ternama donia, pasti dia salah satu penjaga goal terbaik dunia. Nothing is impossible :) FIFA No 1 goalkeeper now is Iker Casillas dari Spain. Erm dia pun terbaik jugakla. And handsome too ahaha.. Ni lah natijahnya kalo perempuan suka bola. Tengok pemain hensem aje! kuikui.. Dah memang habitat tabiat orang perempuan okay! :P

Bagi aku, ada seorang je penjaga gol terbaik yang pernah aku tengok cara dia bermain (dalam tv jela) dan sampai sekarang aku kagumi dia dan takde sape yang boleh tandingi dia.


PETER SCHMEICHEL

Anda kenal sape Peter Schmeichel?? Pernah tengok dia main?? Masakan tak kenal Schmeichel.. Lagenda ni beb!!!


Ce tengok video kat bawah ni:



Yes, bagi aku dia lah History's Greatest Goalkeeper! Bukan Khairul Fahmi ye puan-puan tapi Peter Schmeichel ehehe.. Cuba korang tengok cara dia saved bola tuh.. Huh melayang, terbang, meniarap, sepak terajang bola, tumbuk bola, tampar bola.. Sume dia boleh buat. Sekali dia tampar/tumbuk bola, jauh bola tu terkeluar. Ini kalau dia tampar/tumbuk orang ni, mahu berderai gigi patah.

Dan... jangan ingat dia goal keeper dia takleh sumbat gol. Schmeichel nih dia versatile. Proofnye:


Senang kacang je dia sumbat gol. Tengok dia lari first first tu. Ada style beb. Rambut berombak-ombak muehehehe..

"Tidak syak lagi.. sayalah penjaga gol terbaik dunia dan terhebat di dalam sejarah!
Bukannye Khairul Fahmi Che Mat hohoho
walaupun saya akui dia pun terbaik, bukan di dunia tapi di Malaysia!!"



p/s:
Dialog di atas adalah rekaan semata-mata.
Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.
Terima kasih.

2 comments:

  1. haha..kalo pompuan minat bola mesti sebab player ensem..itu normal

    tapi Schmeichel memang living legend..van der sar dah nak bersara..harap MU dapat cari keeper yang berkualiti setanding Schmeichel

    ReplyDelete
  2. epol,
    ye mmg normal. kalo anda yg tgk bola sebab player hensem barula abnormal :P

    nobody can ever challenge Schmeichel lah eheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...