Wednesday, February 16, 2011

Jurulatih Payung Terjun Jatuh Lalu Patah Pinggang - Ades!

Assalamualaikum,

Children, don't do this at home.


ALOR SETAR: Seorang jurulatih kanan payung terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami patah di bahagian pinggang akibat terhempas ketika mendarat dalam latihan penerjunan bagi persiapan penganugerahan sayap kepada pelatih penerjunan yang turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Padang Terap, Ahad lalu.


Berita Harian dimaklumkan, dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa, Mejar Syakirien Yusoff, 35 dari Kem Sungai Udang, Melaka melakukan penerjunan di pusat latihan peperangan kursus zon gugur berhampiran ladang tebu, Padang Terap.

Difahamkan, ketika mangsa hampir mendarat iaitu pada jarak kira-kira 15 meter, angin bertiup kencang hingga payung terjun yang digunakannya tersimpul menyebabkannya hilang kawalan dan jatuh terduduk. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami patah pinggang, manakala beberapa bahagian tulang belakangnya retak dan kini terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.


Mangsa yang berasal dari Alor Setar mempunyai seorang isteri dan tiga anak.


Sumber memberitahu, ketika kejadian itu, mangsa masih sedarkan diri tetapi tidak mampu bangkit akibat kecederaan sebelum dibawa dengan ambulans tentera ke HSB.


Beliau berkata, penerjunan itu adalah persiapan bagi menyempurnakan upacara penganugerahan sayap kepada pelatih penerjunan yang turut disertai Khairy pada Khamis ini.


Katanya, mengikut program, Khairy akan melakukan penerjunan tamat latihan asas penerjunan dan akan disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


“Mangsa masih dirawat di HSB dan kini semakin stabil selepas tiga hari menerima rawatan. Kita berharap beliau cepat pulih dan mampu kembali bertugas seperti biasa.

“Selain itu, Syakirien juga dijadual menerima kunjungan Abdullah dan Khariy, Khamis ini,” katanya.


Adeh! Membaca kecederaan yang dialami tu dah cukup buat aku rasa ngeri dan ngilu. Itu aku yang membaca je, bayangkan yang mengalami tu pulak. Adui dui.. berganda-ganda la rasa ngeri dan ngilu tu kan.
Semoga Mejar Syakirien Yusoff segera sembuh dan semuanya baik-baik je. Muda lagi kan, dahla ada anak bini lagi. Hmmmm...

Baca kes-kes macam ni terus teringat mypumpkin. Sorry ye, nak selit gak cite pasal dia ehehe.. Erm dia memang minat gile gile dengan sky dive ni. Aku pun tak paham. Keje navy tapi minat sky dive. Kalo dah minat sangat kenapa tak join airforce je huhu.. Macam-macam lah angan-angan dia. Nak join orang terjun dari kapal terbang la, dari menara la ape la.. Aku support je tapiii.. dalam hati Tuhan je yang tau. Takut! Tak nak benda-benda macam berita kat atas ni terjadi pada dia. Aku memang dah cakap dengan dia aku tak benarkan huhuh.. Dia pernah cakap, masa kawin nanti dia nak terjun kat rumah aku dari helikopter (wah wah angan-angan yang kelas gitu!). But of course la aku tak bagi kan! Kang terjun, tak pasal-pasal jatuh terjelepok depan aku. Arghhh mau menangis tak berlagu. Abang, simpan jele angan-angan tu ye. Datang dengan kete je. Tak jauh pun rumah kita huhuhu..

Risky gile keje terjun payung ni kan.. Ape keje Navy ni tak cukup risky ke? Huuuuu.....

3 comments:

  1. ya allah jatuh terduduk..sakitnye..

    ReplyDelete
  2. zura,
    huhuh itule. sakit kan. isk...

    ReplyDelete
  3. malang tak berbau..tu dh diiktiraf tu, tapi still gk eksiden..aiseh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...