Friday, February 4, 2011

Antique Bakery: Kek dia nampak sedap!

Assalamualaikum,

Helo helo.. Bosannye cuti panjang ni. Nak pegi berjalan malas + duit dalam poket tak berapa nak ada. Jadi melepak sajala di rumah. 

Hari ni habiskan masa mengadap lapitopi tercinta, menontom filem Korea di mysoju.com. Nasib baikle line laju.. Cuba kalo slow, mahu kena baling ke dinding broadband nih. Anyhow, tadi tengok cerita Antique Bakery nih.


Huh cerita yang penuh dengan aksi, SAYA GAY, SAYA OKEY! muehehehe.. Anak kecik yang belum bersunat dilarang menonton filem ini. Saya takpe, saya dah tuo, dah tau bezakan yang mana baik dan yang mana buruk heh....

Yang berkaca mata itu nampak macam perempuan dari belakang. 
Tapi sebenarnye tidak ye! 

Cerita ni sebenarnye berasal dari sebuah manga. Memang famous amos di Korea sana. 


Filem ni pulak ditayangkan pada tahun 2008 juga menjadi hit. Dah lama rupanya cerita ni, aku je yang baru kecoh nak tengok.By the way aku pilih movie ni dari banyak banyak movie di mysoju tu sebab filem ni rating dia 5 bintang. So macam bes, harusla tengok. Aku bukan die hard fan Korean movie or drama, aku tak tahu latest movie/drama yang jadi kegilaan orang sekarang jadi main redah jela tengok cerita apa pun. Boring punya pasal. Satu lagi sebab aku pilih nak tengok cerita ni sebab perkataan 'bakery' tuh. Aku dah terbayang pelbagai jenis kek... pastry yang sedap sedapp.. Huh! Dan aku tak silap. Banyak gile weh kek yang seriously nampak sedap dalam filem ni. Jadi kalo rasa craving dengan kek, silalah tonton dan serbulah kedai kek berdekatan huhuhu... Yummy!

Tentang aksi-aksi SAYA GAY, SAYA OKEY dalam filem ini, tutup mata jelah ye? Ataupun forwardkan aje. Tak banyak sangat pon actually, tapi ada je ehehehe.. Yang penting jalan cerita memang menarik. Keempat-empat lelaki ni ada sejarah sendiri. Nanti dalam cerita ni akan terbongkar la satu-satu rahsia dan sejarah dorang tu. Menarik menarik. Jadi tak rugi tengok! :)



Saksikanlah Trailer: Antique Bakery ni.
Dan jangan lupe lap air liur yang meleleh tu.
Taula kek dia sedap-sedap......



p/s
Masa tengah google gambar cerita ni, secara tidak sengaja termasuk ke dalam blog gay. 
Opppssss... 
Saya amik gambar satu yeeeeeeeee..

p/s lagi
Ini bukan blog seorang gay.
Harap maklum.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...