Wednesday, February 9, 2011

Karnival WOW! Putrajaya - 1 Dekad Kecemerlangan

Assalamualaikum,

Tadi ada dengar iklan dalam TV mengenai Karnival WOW ni. Dengar je, tak tengok sebab masa tu dalam bilik. 

Aku terus bukak laman web Perbadanan Putrajaya sebab nak tahu lebih lanjut pasal ni. Yela, duduk di Putrajaya kan, kenala amik tahu pasal event event yang diadakan kat sini. Ada masa boleh pergi. 

Karnival WOW! Putrajaya ni diadakan sempena sambutan 10 tahun pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan. Dah 10 tahun dah?? Oh oh.. aku rasa macam baru je Putrajaya ni ada. Mungkin sebab sekarang aku nampak banyak bangunan-bangunan baru naik tu yang rasa macam baru je. Padahalnya dah 10 tahun dah ye... Paling obvious aku rasa, bila Alamanda penuh dengan orang. Kalau dulu yang shopping di Alamanda mungkin pekerja-pekerja kerajaan atau yang tinggal di Putrajaya je. Tapi sekarang, yang duduk jauh-jauh pun dah datang ke Alamanda. Mungkin jugak sebab dah ada GSC kan? Tu yang tarik ramai orang ke sini..

By the way, macam-macam aktiviti akan diadakan sempena Karnival WOW ni dari 11 hingga 13 Februari. Karnival akan diadakan di Tapak Pasar Tani Presint 2. Dekat dengan Jambatan Wawasan... Tak susah pun nak cari. 

Ramai-ramaila meriahkan karnival ni.
Pasti gempak.
Look for more events here.


Teringat suatu hari, aku terjumpa seorang pakcik di Putrajaya Sentral. Peramah sangat pakcik tu. Dia dengan bangga bagitau aku, dia dalah seorang penduduk awal Putrajaya. Dia kata dulu Putrajaya ni takde ape-ape. Sekarang dah maju, macam-macam ada! Dia siap tunjuk lagi kat aku IC dia yang beralamatkan alamat rumah dia di Putrajaya. Dia kata dia letak alamat Putrajaya sebab dia bangga jadi penduduk Putrajaya. Dia nak tunjuk kat cucu cicit dia, dia tinggal di Putrajaya. Aku tersenyum je dengar celoteh pakcik tu.

Anda warga Putrajaya, bangga tak? :)

3 comments:

  1. saya bangga saya rakyat Malaysia!!~

    ReplyDelete
  2. salam cik alwani,
    saya bangga jadi rakyat Qlate hehehhehehe . Hidup MALAYA ku.!!!!!!

    ReplyDelete
  3. yana,
    yeeee saya juga bangga menjadi rakyat Malaysia! hehe

    cikgu zam,
    salam.. ore klate ko.. idop kelate! ehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...