Sunday, February 6, 2011

Aktiviti Tidak Produktif

Assalamualaikum,

Selamat pagi Malaysia :)

Hari ini, hari terakhir bercuti panjang. Esok dah mula bekerja dan bersekolah semula (bagi yang sekolah).
Tak puas kan rasa? Rasa macam nak cuti-cuti panjang lagi. Padahal takde buat ape pun... Dok membuta dan makan non stop je. Langsung takde aktiviti berfaedah. Ish ish akula tuu.....

Aku tengok ramai jugak member-member blogger tak update blog 2,3 harini. Pergi brecuti lah tu. Haish, bestnye. Terpaksala tuntut hadiah ni ehehe (tuntut hadiah aje!). 

Apa aku buat cuti panjang?

Satu, pergi Jusco dengan mak beli sayur dan ikan. Anak solehah kan teman mak?

Dua, buat aksi air mata di stesen bas masa hantar mak dan ayah balik. Nasib baik masa tu selesema, bolehla cover kata tu air mata selesema! :p

Tiga, makan nasik banyak gile. Sampai orang tego "aih kata tak makan nasik?" Heh, dah makan dah sekarang. Kembali tak berdisiplin. Tunggu timbang esok. Agak-agak naik mendadak, aku stopla makan nasik (yelah tu.. macam tak boleh caye).

Empat, pegi kenduri kawen dan makan nasik lagi (ehehe).. Pastu mulala berangan.. time kawin aku nanti camanelaa.. pelamin nak buat cane.. nak pakai baju ape.. cantik ke nanti kalo aku mekap..doorgift nak bagi ape.. berapala belanja semua-semua ni. Haih, bukan senang nak kawin ye? uhuhu... Kenapala perlu pikir semua-semua nih??

Lima, tido tido tido

Enam, makan makan makan

Tujuh, ngadap laptop, ngadap laptop.. Ngendap blog orang, tengok movie..

Lapan, tu je kot.

Sangat tidak produktif kan?

Whatever it is, semoga cuti panjang ni, korang isi masa dengan perkara-perkara yang baik dan penuh kenangan..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...