Friday, February 18, 2011

Marah Bapak, Bawak Lari Kereta

Dah bawak lari, accident, patah kaki. Rasakan! Derhaka lagi. Kan Tuhan dah bayar cash atas bumi ni lagi.

Source: Berita Harian - Marah bapa, larikan kereta


Remaja perempuan patah kaki selepas rempuh dua kenderaan, pokok
 
 


KODIANG: Akibat berselisih faham dengan keluarganya, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sini bukan setakat bertindak melarikan kereta bapanya, malah turut terbabit dalam dua kemalangan dalam tempoh kurang lima minit membabitkan jarak satu kilometer, pagi semalam.

Tindakan nekad remaja masih bersekolah melarikan kereta Proton Wira milik bapanya itu bagaimanapun membawa padah apabila dia patah kaki kanan selepas kereta yang dipandunya merempuh pokok. Dalam kejadian pertama kira-kira jam 9.15 pagi semalam, remaja yang sepatutnya bersekolah dan melarikan kereta Proton Wira milik bapanya itu, merempuh motosikal ditunggangi seorang warga emas berusia 66 tahun di Kampung Batu Empat, Jalan Kodiang-Changlun.

Remaja terbabit bagaimanapun tidak menghentikan kenderaannya selepas merempuh motosikal terbabit menyebabkan warga emas berkenaan cedera ringan.

Tidak lama selepas itu dia melanggar sebuah kereta Perodua Kancil dari arah bertentangan yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an sebelum kereta pelajar terbabit hilang kawalan dan berpusing, serta merempuh sebatang pokok di tepi jalan di Kampung Batu Lima, Jalan Kodiang-Changlun.

Kemalangan itu menyebabkan pelajar tingkatan dua terbabit patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata pelajar perempuan tingkatan dua dan tidak mempunyai lesen memandu itu, dikatakan berselisih faham dengan keluarganya petang kelmarin sebelum bertindak keluar rumah dengan memandu kereta bapanya tanpa diketahui hala tujunya.

Katanya, selepas menyedari kehilangan kereta berkenaan dan anaknya itu tidak pulang, ibunya membuat laporan di Balai Polis Tunjang petang kelmarin.

Beliau berkata, berdasarkan keupayaan pelajar terbabit memandu keretanya agak jauh, polis percaya dia sudah beberapa kali memandu kereta walaupun belum memiliki lesen memandu.

"Pelajar itu kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangardan polis akan mengambil keterangannya selepas keadaannya stabil," katanya di sini, semalam sambil berkata polis sedang menyiasat punca kejadian berkenaan dan perselisihan yang dikatakan berlaku antara dia dengan keluarganya.

Sawaludin berkata, berdasarkan keadaan kereta yang remuk teruk, polis percaya pelajar terbabit memandu laju menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan serta terbabit dalam dua kemalangan dalam tempoh hanya beberapa minit.

Katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kereta terbabit kerana membenarkan ia dipandu remaja yang belum memiliki lesen memandu.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan yang mendatangkan kecederaan,” katanya.

*****************************************************************************

Tahu menyusahkan orang tua je! Nasib baik takde yang mati. Kalo tak, sabit kesalahan membunuh pulak. Hishhh.... ni lah jadinye bila terlalu ikut emosi. Umo baru 14. Agaknye tengah period kot kan, emosi tak stabil hohoho..

Tak pasal-pasal kena dakwa memandu dengan cuai. Kompaun RM300 tau! Mak bapak jugak yang kena tanggung... Haih....

Adik, dengan mak bapak jangan tunjuk lagak. Ape-ape masalah bawak berbincangla ye. Jangan terlalu ikut emosi. Kelak sendiri yang rugi!

3 comments:

  1. zura,
    betul2.. mak bapak ni orang berdaulat. cubala derhaka, terus kena balasan uhuhu...

    seedah
    adik jgn cari pasal camni tauu! :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...