Monday, November 21, 2016

Air oh Air!

Assalamualaikum..

Aku tengah stress ni. Kat umah dari hari Jumaat lepas takde air. Tiba-tiba pukul 3ptg lebih camtu air takde. Aduhh dahla takde notis ke ape. Tak sempatla aku tadah air. Nasib baik dalam bilik air ada 2 tong air besar. Tapi air tu yang dah lama la. Simpan masa takde air sebelum ni. Takpelah better than nothing.

Ingatkan sekejap je takde airnye, sekali sampai ke harini, masih tak ada! Ya Allah stress sangat rasa. Dari hari Jumaat husband ulang alik amik air dari rumah sampah. Kat situ je ada.

Dahla masa air tiba2 takde tu aku tengah basuh baju. Tinggal baju basah2 dalam washing machine. Grrr.. Semalam husb bawak pergi tempat kerja dia. Tumpang basuh kat sana..

Dan yang menambahkan lagi stress ialah, husband outstation harini sampai Khamis. Semalam dia dah pulun angkut air penuhkan tong dan letak 2 baldi penuh kat dapur. Tapi air tu kalau esok still takde air memang tak cukup tu. Nak kena topup jugak. Ngeri aku nak membayangkan aku terpaksa turun, angkut air naik turun tangga. Memang aku dah biasa buat time takde air dulu. Siap boleh backcarry Shafina lagi pastu kiri kanan bawak air. Tapi masa tu gagah. Dengan keadaan aku sekarang rasa macam tak mampu je. Allah.. macamanala ni. Semoga Allah permudahkan. Semoga malam ni atau esok dah ada air. Aminnnn..

Kawasan perumahan aku ni memang selalu takde air. Sebab tu dah standby dengan 2 tong besar. Tapi sebelum ni takdela lama macam ni. Dan air on off ada. So masa ada tu sempatla cuci pinggan mangkuk dan tadah air. Kalini air kering kontang. Langsung tak keluar. Dari hari Jumaat. Imagine la macamana huhu..

Awal2 haritu katanya ada masalah tekanan air slow dari paip utama. So air lambat masuk tangki. Dh repair katanya. Tapi blok aku still takde. Blok lain sesetengah rumah dah ada. Check check semalam baru jumpa kat blok aku ada paip bawah tanah pecah pulak. Betul2 kat tangga nak naik rumah aku. Dorang dah korek dah semalam. Harini tak taula dorang dah repair ke belum. Kalau dah mesti nak kena tunggu lagi tengok ada leaking lagi ke tak. For sure akan amik masa beberapa hari lagi. Huuuuu seram memikirkannya..

Takde air lagi stressful berbanding takde letrik. Aku sekarang mandi sekali sehari je tau. Haa terpecah rahsia sendiri. Simpan air utk basuh berak kencing ngan amik wudhuk je. Tu pun punyala jimat. Berak tu selagi bleh tahan, ku tahan jebattt 😂 Anak2 pun mandi kerbau je. Kesian dorang huhu..

Bab masak pulak, start Sabtu aku tak masak. Macamana nak masak? Kang kena guna piyuk kuali tu sume. Dah tu nak basuh macamana? 2 hari makan kat luar je. Tapi harini terpaksala masak simple2 sebab husb takde kan. Nak pegi tapau sendiri tak laratla pulak. Aku keluarkan cawan dan pinggan polisterin lebihan buat open house. Guna yang tu je. Senang tak payah basuh dah. Rasa macam membazir tapi apa boleh buattt..

Haihh masa ni la baru terasa setitik air pun sangat berharga..

Stress oooiiiii..

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. betul..biar x de letrik jgn x de air..seksa oi..

    ReplyDelete
  2. stress kan takde air.. apa pun kuat mama kuat.. huhu

    ReplyDelete
  3. Xde air paling stress.. sbb byk bnde ttangguh.. harap esok dh ade tu amal..
    Pening jgk nk mikir nk angkut dr bwh naik ats..huhu

    ReplyDelete
  4. Xde air paling stress.. sbb byk bnde ttangguh.. harap esok dh ade tu amal..
    Pening jgk nk mikir nk angkut dr bwh naik ats..huhu

    ReplyDelete
  5. Betul tu air lagi penting dari elektrik...kalau panas x per leh berkipas...kalau nak masak air guna cerek masak atas api je kan...kalau air tak ada huhhh memang stuck banyak perkara...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...