Monday, December 21, 2009

Syoknye Holiday @ Lumut - Day 3

Forgive me for dragging this too long.. Last weekend langsung tak jenguk blog.

*******

Hari ketiga, hari terakhir kami bercuti di Lumut ni. My sis ajak kitorang bersukaria di Teluk Batik lagi. Saje nak bawak budak-budak ke pantai lagi. They just love the beach. Hari-hari tanya bila nak pergi beach lagi. Pagi-pagi pegi pantai memang bes! Cuaca tak panas, redup je. Angin sepoi-sepoi bahasa. Air pun tak tenang. No big waves at all!


Sebelum mandi kita posing dulu, ngeeeee~ See see the sea at the back..sungguh tenang!

This time around aku berjaya pujuk mypumpkin masuk air jugak. Tak terima dah alasan rambut keras ke, baju basah .. I don't care! ehehe.. So bermandi-manda la kitorang dari pagi sampai ke tengahari. Gambar mandi-manda aku takde cos most of it akak aku yang snap using her camera.

Naik dari mandi tu, wallawehhh, i can feel my face burning! Adoiyaii..and memang sah sah la kulit muka aku ni terbakar. Hitam weh!

Kitorang check out from hotel at 1pm. Sebelum bertolak pulang ke KL, mypumpkin bawak kitorang makan and then pusing-pusing dalam Navy Base.


Sebelum masuk kena tinggalkan IC kat gate dulu.. Ini gate Harimau 3..


















Sebelum bertolak balik, kitorang singgah solat kat masjid dalam base tu. Lupe plak ape nama masjid tu eheh..

We said "Sayonara Lumut" at 3.30pm then alhamdulillah, selamat sampai ke Putrajaya jam 7.30pm.

This was certainly the best holiday for me! How's yours? ;)



Nak tayang jugekkk (tho blur as usual!) hihihih..
We have one thing in common now. Kami sama-sama gelap! Yayy!! :P

Thursday, December 17, 2009

Syoknye Holiday @ Lumut - Day 2

Oh, sebelum masuk day 2, after balik dari Teluk Batik petang day 1 tu, kitorang pergi makan kat restoran RTM - Restoran Teluk Muroh. Makan tom yam, kangkung belacan, ayam goreng kunyit and fave dish mypumpkin - daging rusa black pepper. And yes, mypumpkin belanje :D Sementara tunggu makanan sampai and also masa makan, macam-macam akak aku tanya mypumpkin. First time jumpa kan. Macam-macam bendala nak tau. Macam tengah interview pun ada gak. Mupumpkin cuak-cuak je hihih.. Relax relax dahleeee... But mypumpkin ni easy going and banyak cakap serta suka bercerita. Orang tanya sepatah, dia cerita panjang berjela. So, okla tu. Harap-harap, akak aku luluskanla dia ehehehehehe...

Anyway, back to cerita Day 2........

Bangun seawal 8.30 pagi (awal kerr..).. Turun breakfast di kafe hotel. Kitorang dapat 3 voucher breakfast untuk 3 orang adult. So, untuk Khalis & Hanin, terpaksala bayar tambah. RM12 seorang. Rasa cam mahal je sebab budak-budak ni bukan makan pun. Menu dia, baked beans, bihun goreng, sosej, telur mata kerbau, roti with jem, butter, bubur nasik, mi kari, buah2..not badla..makan kenyang-kenyang.

Selesai makan, kitorang pergi ke Marina Water Park yang kat sebelah tu je. Bayaran masuk aku tak berapa sure cuma yang pasti kalau ada key card hotel Marina Cove tu, dapat diskaun 30%. Tak brapa nak sure sebab akak aku yang bayar sume heheh..Kalau tak silapla, total bayar RM36. So dalam RM7++ sorang. Then, sewa pelampung RM3 sejam. Deposit RM10 untuk 2 pelampung.


Air masin
Park ni ada dua bahagian. Sebelah untuk kids and air pun air klorin. Sejuk wooo.. Sebelah lagi air masin. Airnya pun agak dalam. Kids boleh masuk tapi eloknye kena ada pelampung. Water park ni biasa-biasa je, xde slide tinggi-tinggi macam kat Sunway Lagoon tu..





Air klorin


Aku berendam jugakla. Sampai terbakar habis kulit dan jari jemari juga kecut-kecut huhuhu...

Day 2 kami makan tengahari di Restoran Silaturrahim ni. Mypumpkin ni biasa makan kat sini. Pekerja kedai pun dah kenal dengan dia. Sama macam kat Restoran Teluk Muroh tu. Orang kenal dia jugak. Cam famous je dia ye eheheh.. Restoran ni buka untuk makan tengahari je. Banyak jugak lauk pauk, dan yang paling best ada banyak jenis ulam.. Makan sampai kenyang, cos mypumpkin belanja lagi ;)



Then, kitorang gerak ke Pulau Pangkor. Weeee..ini yang aku nanti-nantikan. Dah lama teringin nak ke sini.


Jeti Lumut


Tambang ke Pangkor murah je. Pegi balik, RM 10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Takla mahal macam nak ke Langkawi :) Maybe sebab dekat. Dalam 30 minit.


Hanin first time naik feri

Feri ni akan berhenti di 2 jeti. Jeti pertama ialah jeti penduduk kampung Pangkor. Biasanya yang duduk kat sini ni nelayan. Jeti kedua ni la baru jeti ke Pangkor tempat jalan-jalan tu. Mupumpkin suggest kitorang pergi ke Teluk Nipah sebab katanya nila satu-satunye tempat yang agak happening di Pulau Pangkor ni.

Dari Jeti Pangkor nak ke Teluk Nipah kitorang naik van pink ni. Bayar RM2 seorang.



Teluk Nipah memang sangat happening. Orang sangat ramai. Pelancong tempatan, pelancong asing sama ramai. Kat sini ada banyak gerai yang menjual souvenir, gerai makanan.. Chalet pun banyak. Sebab tula tempat ni happening.


Souvenir yang macam-macam dan murah juge


T-shirt pun ado




Banyak jugak water activity yang boleh dibuat kat sini. Banana boat..jet ski..boat trip (pusing-pusing pulau), snorkelling etc..


Makan ABC..sedap!

Kitorang pulang dari Pangkor dah maghrib dah pun.. After solat maghrib, kitorang kuar makan kat restoran yang bagi aku agak pelik namanya. Restoran Kerangkaian Ikan Bakar. Restoran ni terletak di tepi jalan nak ke Manjung. Baru sebulan dibuka. Ramai jugak yang makan kat sini. Ada banyak jenis ikan boleh dipilih. Kitorang tak makan ikan bakar malam tu. Just order masakan panas.


Ada ikan besar tergantung dalam restoran tu


Aku order mi kungfu. Erm, bolehla, cuma a bit salty.

Then, makan kerang bakar. Yummehhhh!



Dah kenyang-kenyang makan, mata dah mengantuk. Serius, aku sangat mengantuk! Ingat nak balik tido je. But then, mypumpkin ajak pegi jalan-jalan lagi. Kali ni kitorang pegi kat Marina Wing or Yacht Club..



Ramai jugak orang lepak-lepak kat situ. Aku masa tu dah tak excited mana dah. Ngantuk! Penat sebab seharian berjalan. Penat sampaikan mypumpkin gelakkan aku sebab aku bercakap tapi mata pejam. Adei, aku pon tak sedar apa yang aku dah cakap...malu malu.. Balik hotel memang aku terus terbongkang atas katil...



Day 2 even more tiring but very enjoyable! 

Wednesday, December 16, 2009

Syoknye Holiday @ Lumut - Day 1

*Ini cerita long weekend haritu. Baru ada masa nak bercerita ;)*

Plan untuk bercuti datang dari kakak aku. Tetiba je dia ajak, 'jom cuti!' Aku pun seronokla kan. Akak aku nak pegi pantai. Kids pun very excited. Siap dah beli topi masing-masing. Aku pun suggestla kitorang pegi Teluk Batik. Why Teluk Batik? Why not PD ke.. Morib ke...(ape lagi pantai yang dekat dengan Putrajaya ni??) Well, I chose Teluk Batik, satu sebabnya mypumpkin kat sane (hihi) dua, aku teringin sangat-sangat nak ke Pangkor. Serius! Advantage ada mypumpkin kat sana, dia tolong book kan hotel untuk kitorang and dapatkan special rate for government servant. Aku n my sis dua-dua keje private. So, terpaksala gunakan mypumpkin muehehehe.. Another advantage is, dia tau kat mana tempat nak makan, nak jalan-jalan etc etc.. Memang untungla aku rasa bila kita melancong ke tempat yang ada orang kita kenal.

Bertolak pada pagi Jumaat. Tepat-tepat jam 8 pagi kitorang gerak. Jalan pun smooth je. Maybe sebab orang Selangor je yang cuti. KL, Putrajaya kerja. Highway pun tak sesak tho banyak kereta.



Sayelah driver hari tersebut..



weehuu..masa ni memang x sabo sabo nak sampai ke Lumut eheh..



See see.. highway sangat lengang. Saya pun memecut dengan berhemahnye di lane tengah :D


Keluar dari exit Bidor, terus masuk ke jalan raya biasa. Cuak-cuak gak nak drive sebab jalan sempit and lori pun banyak. Aku ni pemandu baru. Tak sampai setahun pun lagi drive. Memang rasa mencabar jugakla drive hari tu. Tapi, alhamdulillah, semuanya selamat. Jalan nak ke Lumut memang best. Pemandangan yang sangat indah....













Jam 12.00 tengahari kami selamat sampai ke Lumut.. Mypumpkin tunggu kitorang kat Stesen Bas, Hentian Raja Muda Musa, Lumut.. *hepi gile dapat tengok dia. Dah lama x jumpee :D*



Malam-malam lagi cantik ni....

Dari stesen bas tu kitorang terus ke hotel tempat kitorang akan menginap. Marina Cove Resort. Terletak jauh sket je dari bandar Lumut tapi sangat dekat dengan Teluk Batik.




Bilik kat sini not bad la. Kalau nak duduk 2 malam bagi aku kira berbaloila. Dahla sangat dekat dengan Teluk Batik. Hari-hari nak mandi pun boleh.. Tapi kat sini aku rasa masalah dia kurang tempat parking. Berebut jugak kitorang dengan parking ni. Sampaikan terpaksa parking tepi jalan. So, untuk senang, kitorang parking je Myvi then keluar jalan-jalan naik kereta mypumpkin.Senangg....

Oh, sebelah Marina Cove Resort ni ada Marina Water Park. Kalau tak nak pergi Teluk Batik lehla ke sini..



View from our room at 10th floor. Sebelah tu Marina Water Park. Pulau kat tengah-tengah tu pulak Marina Island. Baru siap ni. mypumpkin cakap dorang nak buat ala-ala Burj Al Arab kat Dubai tu..


Aktiviti hari pertama ialah melepak dalam bilik dulu. Penat woo drive jauh-jauh. Yang terover excited ialah anak buah aku. Dua-dua tak sabar nak ke beach. Asyik tanya je, mana beach? Bila nak gi beach? So, petang tu, dah agak redup sket baru kitorang turun ke Teluk Batik.












Khalis & Hanin syok main pasir..Dah lama dorang tak pergi beach ni..

Aku pun of coursela mandi manda petang tu. Syok! Dah lama tak mandi laut.mypumpkin plak, x padan dengan orang laut huhu.. Tak nak plak dia masuk hari tu. Katanya tak bawak baju lebihla.. Nanti rambut kerasla..Tak bawak krim rambutla. Hish, susah betul orang jaga penampilan ni ehehe..

Day 1 was a bit tiring yet so much fun!

Tuesday, December 15, 2009

Mereka Belum Ada Nama


Comel kan mereka?

Anak kucing yang comel-comel ni kucing kat rumah abang aku. Hari ni bukak Facebook tengok akak ipar aku upload gambar kucing-kucing ni. Ape lagi, terus cilokla kan :D

8 ekor anak kucing ni sebenarnya anak daripada 2 ibu. 4 dari Timon, 4 dari Ibu Putih.Timon baru je mati, dilanggar kereta betul-betul depan rumah. So now, 4 anak Timon menumpang kasih Ibu Putih.. Tak boleh aku bayangkan macamana la Ibu Putih menyusukan anak 8 ekor ni. Mana satu anak Timon and mana satu anak Ibu Putih tak pulak aku tahu. Dah lama aku tak pulang ke kampung...

Apa-apapun, kami sekeluarga sayangkan anak-anak kecik ni.. Moga mereka membesar dengan baik dan sihat!


Anak-anak ini belum ada nama. Cepat-cepat bagi nama pada mereka!

Penawar Emosi Yang Sedikit Terganggu