Friday, February 25, 2011

Pagi-pagi Dah Memecut

Assalamualaikum,

Driver Malaysia ni memangla ada darah pelumba kereta/moto semuanya. Pagi-pagi, celik mata dah memecut dah atas jalan raya.

Dekat Putrajaya yang permai ni pun ada yang suke benarrr memecut pepagi hari. Depan sekolah memecut (tak reti ke speed limit dekat sekolah 30km/j je??), atas jalan bese pun memecut, dah nampak dah depan tu traffic light merah, kenapa perlu memecut memotong orang? Last-last stop jugak kat traffic light. Haa kalo dah laju, dah tak sabar-sabar sangat, rempuh ajela lampu merah tuuuu... Tengok berani atau tidak.

Yang tak paham, dekat exit pun nak high beam high beam orang. Ape ke tak sabar sangat ko nih. Dahla kete kecik, kancil je pownnn.. ada hati nak speeding. Siap masuk fast lane lagi. Haa datang kete cc bagak besar dari ko kat belakang, kasi high beam high beam kat ko jugak, baru ko sedar diri nak masuk middle lane. Pigi dah. (Ini sebenarnye peristiwa yang terjadi kepada saya pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Hangin je!)

Satu jela kesimpulan aku boleh buat, orang Malaysia ni sume bagos-bagos. Pekerja berdedikasi. Pepagi dah memecut. Tak sabar-sabar dia nak masuk kerja. Bagos betul!!!!!!!!

Heh..ape-ape ponnnn.....

1 comment:

  1. nasib baik umah ngan opis cuma dekat jer. tak perlu nak rush sangat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...