Saturday, April 28, 2012

To Buy List

Assalamualaikum,

It's 4am in the morning and I'm still wide awake! Harini minum 2 mug kopi. Mug besar punyaaaa.. Wait seminit, bleh ke minum kopi kalau ada anak kecik? Boleh je sebab aku tak breast feed anak aku! Heh... Yeah yeah, aku dah give up dah. Segala pam, segala nipple shield yang aku beli dah selamat disimpan dalam kotak. Kenapa aku give up? Susu aku dah tak banyak. Sekarang bila pam langsung tak keluar. Lagi satu sebab ialah aku dah penat nak dengar Shaheem menangis bila aku paksa dia breast feed. Stress weh! Jadi disebabkan tak mau stress stress bagi susu tin jela.. Takpelah, aku redha... Bukan rezeki aku nak menyusukan Shaheem. Aku tak bagi susu badan bukan bermakna aku tak sayang anak.. Ada la tu hikmahnya. Allah lebih mengetahui.. Please jangan condemn aku ye.. If you're in the same situation as me, you'll know how I feel...

Anywayy.. these few days aku dok pikir banyak benda. Benda nak beli hehehe.. Untuk anak dan juga untuk diri sendiri. Tapi sebenarnye lebih pada anak la. Serius, bila ada anak ni, dalam otak dok pikir nak berbelanja untuk anak je. Untuk diri sendiri macam dah tak perlu. Memang macam tu kot eh bila dah jadi mak nih...

For Shaheem aku nak beli:

1. Baby carrier - Erm murah-murah dahla.. Takde bajet nak beli yang branded ni huhu.. Kena la berpijak di atas bumi yang nyata kan. Takde duit buat cara takde duit hehehe... Mungkin beli yang Anakku punye je kot. Belum survey lagi pun sebenarnye.....

2. Baju bajan! - Rompers, t shirt, jumpsuit, pants etc etc.. Serius rambang mata bila tengok kat kedai. Tengok online lagi gila aku dibuatnye T.T

3. Extra cloth diapers' inserts & boosters - In case bila dah besar sikit Shaheem kencing banyak. Sekarang pun banyak juga dia kencing. 3 jam tu dah lencun dah.. Some more untuk pakai malam. Sekarang aku pakaikan dia cd siang hari je. Malam belum berani sebab takut kalau dia kencing banyak, bocor pulak. Kalau ada booster tu kebarangkalian nak bocor kurangla kot...

Sebenarnye kalau pegi kedai baby ataupun baby department kat supermarket tu, aku mesti jadi gila kejap haha.. Rasa macam nak beli semua benda yang ada. Huh kalaulah aku kaya raya, aku beli dah semuanya. Nasib tak kaya sangat heheheheh...

Untuk diri sendiri pulak, aku nak beli:

1. Spek mata baru! Last week pegi check mata. Previous power kanan 350, kiri 325. Latest power kanan 425, kiri 400. Waa sudah naik! Patutla aku rabun semacam kalo tak pakai spek. Contact lenses pun dah lama tak pakai. Erm nak beli spek baru sebab spek sekarang dah sangat dasyat. Kalau aku tunduk je mesti spek tu akan jatuh ke lantai. Masa nak tukar diapers Shaheem selalu je spek jatuh atas perut dia huhu.. Tension.. Dah banyak kali pegi ketatkan still sama. Memang nak kena tukar barula tu.. Survey kat kedai spek, mahal-mahalnye rege spek nih huhu... Plan nak beli je spek kat pasar malam pastu pegi kedai spek bubuh lens je. Bleh jugak kan? hehe.. #cheapskate

2. Baju & seluar baru - Semua baju, seluar & jeans aku tak tahu kemana perginya. Baju kat Sabah semua baju lama-lama dan besar-besar sebab pakai time pregnant.. Jeans satu pun takde. Masa pregnant pakai maternity skirt. Nak beli jeans baru! Nanti bodek hubby eheh....

Err tu je kot untuk aku... Ah dalam kepala ni dok pikir nak beli barang untuk Shaheem je....

Anyway, duit Potongan Paksa dah masuk bulan ni. Alhamdulillah, after 10 months kawin hehe.. Mujurle tak sampai setahun aku menunggu. Dahle tu je sumber pendapatan aku sekarang ni. Tapi kan, I wonder... takleh ke elaun Potongan Paksa tu ditukar namanya.. Boh le, Elaun Isteri ke.. Nafkah Isteri ke.. Gaji Isteri ke hehe.. Ini Potongan Paksa.. Macam tak ikhlas jek hihi... Apa-apa jelah, yang penting nafkah untuk isteri tu ada kan. Thanks dear hubby! :)

Dah hampir pukul 5 pagi. Kenapa tak ngantuk lagi ni?? Huuuuuu

7 comments:

  1. serious ek nama skim tu skim potongan PAKSA??

    Ana xpenah tau pn... dok panggil elaun bini askar walaupn bkn ELAUN pn hahaha...

    btw wani, kalau berminat ngan skim kutu utk Boba 3G, ana ade buka.. kalau2 la... hehehehe

    ReplyDelete
  2. apakah? kalau dah minum kopi 2 mug memang x leh ler kamu tido dik non oiii... kang esok.. shaheem jaga mummy ye.. ekeke

    eh elaun paksa tu laki kamu yg bagi nama ke or mmg dalam payslip tulis gitu?

    ReplyDelete
  3. wani, agak2 kalau CD tu, kena beli brapa helai ek? sebab sy rasa nak beli jugak. boleh kurangkan kos membeli pampers kelak :)

    ReplyDelete
  4. Ryehanna
    serious! memang dipanggil Potongan Paksa. Cuba tanya hubby ehehehe...

    ain nazri
    hehe memang dipanggil potongan paksa.. dalam payslip tulis camtu. dasyat kan? huahuahua..

    lina chan
    chan! saya ada pm kat fb.. nnt tgk ye :D jom bercd, memang bes! hehehe

    ReplyDelete
  5. dalam payslip tulis peruntukan paksa...
    Peruntukan ni ada 2 jenis..

    1. peruntukan paksa WAJIB untuk isteri tentera krn tugas tentera ni kdg2 perlu tinggalkan isteri dlm masa yg lama so bila ada peruntukan atau nafkah zahir isteri tak lah boleh guna alasan utk berpisah spt dalam Takliq kita tu...utk LLP minimum 22% dari gaji pokok P1T1 pangkat suami (nak potong lebih pon boleh)Bagi Pegawai kalau tak silap ct 10% dan sebelum ni tak wajib tapi sekarang baru diwajibkan dalam 2 thun kebelakangan ni saja ttp LLP dah lama dah...bab "PAKSA" tu maybe sbb benda ni wajib kot..

    2. Peruntukan Sukarela... ini boleh potong utk emak, ayah, adik atau anak...yg ni tak wajib. ikut suka kita nak buat ke tak dan bayak mana pon ikut suka lah.... selalunya anggota bujang yg buat ni utk mak ayah...

    ni apa yg ct tau la...

    ReplyDelete
  6. ctnurkhijah
    thanks for the info! saya x penah tahu pun pasal ni. tahu2 duit dah masuk dalam bank hihi..

    ReplyDelete
  7. Nak tnye lau suami tidak buat potongan paksa itu walaupun dah khawin lebih 3 tahun...cammana nak buat ehk..timakasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...