Sunday, February 6, 2011

Bas Terbabas Ketika Menuruni Bukit Jalan Ranau-Tamparuli

Assalamualaikum,

Selak surat khabar Harian Metro Online tadi dan terbaca berita ni

Bas hilang kawalan


Pic from here 

TAMPARULI: Kegembiraan 12 pelancong warga Korea selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu terencat apabila dua daripada mereka patah kaki selepas bas pesiaran dinaiki terbabas lalu merempuh lereng bukit di Kilometer 9.5 Ranau-Tamparuli, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke hotel di Kota Kinabalu selepas turun dari gunung tertinggi di Asia Tenggara itu dengan menaiki sebuah bas bersama dua pemandu dan pemandu pelancong warga tempatan.

Kedua-dua pelancong terbabit yang masing-masing berusia 30 dan 40 tahun patah kaki akibat terhantuk pada kerusi bas, manakala yang lain cedera ringan selepas bas yang dalam perjalanan dari Taman Kinabalu di Kundasang dekat Ranau itu terbabas sebelum melanggar tebing bukit di kiri jalan.



Difahamkan, bas yang bertolak dari bandar raya jam 7 pagi itu terbabas selepas breknya tidak berfungsi ketika menuruni bukit di lokasi kejadian.

Pemandu pelancong, Jas Lezra, 27, berkata dia terkejut apabila menyedari bas dinaikinya seolah-olah terbang dan terhentak dengan kuat.


“Ketika itu saya duduk di depan bersama seorang rakan saya yang juga pemandu pelancong dari Korea. Kami hanya mampu menjerit dan memeluk kerusi, manakala yang lain menjerit meminta tolong.

“Beberapa saat kemudian, bas itu berhenti dan saya melihat rakan saya tersadai di tempat pemandu. Ketika itu saya tidak mampu bergerak kerana tangan kiri saya cedera,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jas berkata, ketika kejadian, bas dinaikinya tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar tebing bukit, namun mereka bernasib baik kerana tidak bertembung dengan kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

“Kami bersyukur kerana kemalangan ini tidak menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Suhaimi Wiro berkata, siasatan awal polis mendapati, bas pesiaran yang membawa 15 penumpang termasuk dua pemandu itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tebing bukit.


“Akibatnya, dua penumpang cedera parah manakala yang lain cedera ringan. Dua yang cedera itu kini dirawat di Pusat Perubatan Sabah (SMC) manakala yang lain menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tuaran,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, setakat ini polis belum mengambil keterangan daripada pemandu bas terbabit kerana masih dirawat di hospital.


xxxxxxxxx

Alhamdulillah, tiada nyawa yang melayang, cuma ada yang cedera. Aku pernah melalui jalan tersebut semasa ke Sabah bulan lepas. Jalan dia memang berbukit, bengkang bengkok, berkabus dan lori-lori besar pun ada. Memang bahaya kalau yang memandu tak biasa dengan jalan tersebut. Alhamdulillah, masa kitorang pergi, perjalanan kami selamat, pergi dan pulang. Pada awalnya nak drive sendiri je. Rosie yang beria-ia suruh cari driver sebab papa dia cakap jalan nak ke Kundasang tu memang bahaya, Nasib baeklaaa... Simpang malaikat 44, tak maula benda-benda ni terjadi kat kita dan ahli kelurga kita.. Jadi, berhati-hatilah ketika memandu dan pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Jalan nak ke Kundasang.
I took this when we went there last month.
Pretty scary kan?

2 comments:

  1. salam cik,
    ye menakutkan kawasan tu, Alhamdulillah tiada nyawa melayang. Bersama kita menjadi pemandu yg berhemah, Amin.

    ReplyDelete
  2. Wsalam cikgu..
    ye betul2.. mmg bahaya lebih2 lagi kalo kita tak biasa bawak jalan tu.. sama2 lah kita. aminnn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...