Monday, February 28, 2011

2 Berita Mengejutkan

Assalamualaikum,

Hari ni aku terima 2 berita mengejutkan dan menyedihkan.

Satu,

Mak aku kena ragut depan rumah. Ya Allah, bagai nak luruh jantung aku bila dapat berita dari abang aku pagi tadi. Peragut jahanam datang dari belakang mak, ragut rantai yang mak pakai.. Celaka punye peragut. Orang tua ko berani la ragut kan. Aku memang takkan maafkan sampai bila-bila la budak yang ragut mak aku ni. Inilah orang yang kecik-kecik dulu tak nak mampos. Maafkan kekasaran bahasa aku. I just can't tolerate with this people. Kalau polis dapat tangkap, sumbat dia dalam lokap, sebat dia cukup-cukup. Biar dia tahu betapa sakitnye mak aku bila kena ragut tu. Akhirat nanti, biarlah Allah jatuhkan hukuman paling berat buat dia. Fuh lega dapat luahkan rasa marah.

Ape-ape pun, Alhamdulillah, mak tak mengalami kecederaan yang teruk. Mak terjatuh mungkin, jadi kaki luka and bahu terseliuh dan masih dalam keadaan terkejut. Aku risau sebab mak ada darah tinggi. Semoga Allah sentiasa melindungi mak.

Dua,

Seorang rakan sekerja aku meninggal dunia akibat kemalangan pagi tadi. Aku dapat berita lepas pulang dari bank tengahari tadi. Sangat-sangat terkejut. Yelah, minggu lepas jumpa dia sihat walafiat. Macam biasa saja gayanya. Who knows, on the way datang ke tempat kerja pagi tadi beliau accident. Benarlah orang kata, mati akan menjemput bila-bila masa saja. Tak tunggu kita ready atau tak. Semalam ada seorang ustaz bagitau, malaikat maut akan menziarahi kita selang 4 minit dalam sehari. Dalam masa tersebut bila-bila masa saja dia boleh tarik nyawa kita. Ya Allah takutnye!!

Hmm..ape-apepun, may his soul rest in peace.

p/s Kawan saya ini bukan muslim.



Semalam kita bergembira, hari ini pula kita berduka, hari esok belum tentu lagi ceritanya bagaimana...

1 comment:

  1. syukur mak xde pape... jahat punya peragut!! biar ko kne hukum dunia akhirat!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...