Monday, August 31, 2009

Happy Birthday Little Einstein!!!!



HAPPY 5th BIRTHDAY DEAREST KHALIS HAIKAL!!!


makcik dia nak gak menyelit hihihi


Untung jadi Khalis. Tiap kali birthday dia sure public holiday and teringat dulu masa sekolah, sesape yang lahir on 31st August, sure famous. Time assembly kena panggil ke depan, potong kek, dapat hadiah. Waaa very lucky!!

Happy birthday Khalis! Sowi, makcik Wani takde duit nak beli hadiah. Tempek gambar kat blog pon jadilah yeee..

Muahahaha kedekut tol. Makcik sape tah nii...

Everyday I Love You



I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.

It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you

Everyday I love you more
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul

If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you


Everyday I Love You - Boyzone




I LOVE YOU MORE TODAY THAN YESTERDAY BUT FAR LESS THAN TOMORROW

Selamat Hari Merdeka!!!!


DEAR MALAYSIANS,

HAPPY 52nd MERDEKA DAY!


Peliharalah keamanan yang kita kecapi sekarang dan sama-samalah kita jaga negara kita yang tercinta ini daripada musuh-musuh yang sentiasa mengintai peluang untuk memecah-belahkan kita.

Kita kena ingat, bukan senang kita nak dapat kebebasan dan kedamaian seperti hari ini. Jadi, janganlah dengan mudah pula kita melepaskannya.



TOGETHER WE LIVE IN PEACE & HARMONY

Friday, August 28, 2009

Saje Nak Bercerita....

Bulan puasa ni waktu masuk keje aku sedikit berubah. Kalau bulan-bulan biasa, aku masuk keje pukul 5.30pagi. Pada bulan luar biasa ni, aku masuk pukul 6.00pagi. Itupun setelah dapat kebenaran daripada keempat-empat boss aku (empat orang tuu boss akuuu)..

Setiap pagi, aku bangun pukul 4.00pagi (tipu-tipu, sebenarnya aku bangun pukul 4.30+++ pagi). Tapi tak tahu kenapa sekarang ni selalu sangat aku tersedar pukul 3.00pagi lagi. Tension tau. Sebab aku ni kalo dah tersedar, nak tidur balik tu susah sangat. Nak terus sahur pukul 3pagi rasa macam awal sangat.

4.30+++pagi bangun, sahur serba sederhana (macam hari ni aku makan megi jek uhuhu), iron baju keje (tak tak, hari ni pakai t-shirt & jeans jek,punyela malas nak iron ahaha), then mandi manda. Almost 5.45am aku dah siap-siap dah nak pegi keje. Aku ni tak reti nak bersolek, makanya kalo pegi keje tu memang sehabis sempoi dan sehabis selekehlah.. Tacap-tacap muka nih memang aku tak reti. Kang kalo pakai bedak, nampak cam tepung gomak lak kan.. So, aku play safe (don't play-play ya!), tak payah tempek ape-ape kat muka.. So, itu semua memendekkan masa untuk aku bersiap.. Tapi aku pelik, asal aku selalu lambat masuk ofis gak ehh????

Memandu pada waktu subuh sangatla menyeronokkan. Sejukkkkk... Tak ada kereta, jadis aya boleh merempit!!! Malah kalo nak berdrifting pun bolehlahh.. Kereta lain memang tak ade la kat atas jalan tu, esp jalan Putrajaya-Cyberjaya kan..

Tapi cuak gak drive waktu-waktu begitu. Aku takut kalau ada road bullies, ada penyamun jalanan ke (nauzubillah, mintak-mintakla dijauhkan). Pernah satu kali, aku berhenti kat satu traffic light yang memang sangat lama nak hijau. Masa tu dah ada satu trailer panjang berhenti kat depan CikBibab. Tetiba kan, boleh pulak pemandu trailer turun dan berjalan menuju ke arah aku. Hah, tow diaa, jantung aku bagai nak luruh. Ape kess lak driver trailer ni.. Aku masa tu takut sangat. Teringat duit dalam purse yang memang takde. Kang kalo dia nak duit aku takde duit nak bagi, dia mintak benda len lak.. Waaaa naye naye... Driver tu datang, ketuk-ketuk tingkap. Erkk, aku cuak! Aku bukak, sikittttttt je tingkap tu.. Aku tanya, "ada ape?" Driver tu muka serius jek. Then dia bersuara, "tumpang tanya dik, jalan ke Pulau Meranti mana ye?" Ehh tanya aku yang memang buta geografi ni memangla tak dapat aku nak tolongg.. Aku pun dengan sopan la bagitau dia, "maafla pakcik, saya tak tau. Ikut Dengkil kot, kalo nak pegi Dengkil, straight ni je.." Haa, suke-suki je aku bagi ajaran sesat kat dia hihih.. Maaf pakcik, saya memang tak tahuuu.. Pakcik tu angguk-angguk je. Then *tinggggg* traffic light hijau menyala, aku pun terus blah huhuhuhuhu.. Takut takut takut..

Aku masuk ofis pukul 6 pagi dan biasanya aku akan pulang ke rumah pada pukul 2 atau 3 petang. Ada orang kata working hours cam aku ni sangat bes. Bes jugakla hihihi.. Tapi nanti tidur rasa macam tak cukup jeeee.. Aku tak amalkan dan aku tak galakkan diri tidur petang. Sebabnya satu, nanti aku bangun time maghrib (tak elok, kang nanti masuk hantuu), dua, nanti malam aku sure tak boleh nak lelapkan mata. Tu yang paling tension. Tapi kan, petang-petang balik keje, kalau dah terlampau penat dan letih, kadang-kadang dengan sendiri pun boleh terlena. Hmm itu jele cons nye working hours macam aku ni, NOT ENOUGH SLEEP! But, ini punca rezeki aku, terima jelah dengan hati terbuka......

Dah lama aku tak cuti panjang. Raya ni, pulun haaa.. aku cuti seminggu nanti. weeehuuuu seronak seronak! Cuti ni bawak balik Cik Bibab kenal kampung halaman. Cik Bibab tak pernah balik kampung tauu.. Dah ada Cik Bibab ni bolehla aku pergi beraya rumah kawan-kawan. Ada satu wedding aku nak attend, dan macam-macam programlah hihi.. Weee, tak sabar nak berayeee huhuhuh..


Okeh, nak sambung bekerja (aaaaa, tak bahekkk tauu blogging time keje...)

Wednesday, August 26, 2009

I'll Stop Loving You When....

Aku rindu dia. Rindu mypumpkin.

[Saya nak jiwang karat neh - untuk luahan dan kepuasan hati sendiri. Kalau anda tak mahu baca, you may stop right here..PLS DO NOT READ FURTHER IF YOU DON'T WANT TO, TQ]



Aku rindu dia sangat sangat. Kadang-kadang rasa tak adil je, bila aku kat sini dan dia kat sana. Kenapalah dia jauh sangat. Well, though it only takes 5 hours kalo nak pegi ke tempat dia, but still consider as far rite? He's far from my eyes. Far from my sight. Cemburu kadang-kadang melihat pasangan lain yang sering ada peluang untuk berjumpa, untuk bertentang mata. Seminggu sekali pun jadila kan. Tapi aku ni, dah berapa lama ni?? Sebulan lebih kot? (I met him already last month after our last met on January).

Sebulan rasa macam setahun tak jumpa! Rindunya aku pada dia...

I don't wanna feel the way that I do,
I just wanna be right here with you,
I don't wanna see, see us apart
I just wanna say it straight from my heart:
I miss you, I do...

Aku tak suka duduk jauh macam ni. Bukan aku tak percayakan dia. Bukan aku nak mengongkong dia. Aku cuma nak dia ada di sisi aku. Macam orang lainnnn... Tapi aku paham, semua tu mustahil. Buat masa sekarang. For the time being, it's best for us to be a little bit apart. Aku selalu berdoa, moga-moga, dengan jauhnya kami ni, akan ada hikmah di sebaliknya. Akan ada keajaiban yang berlaku dalam hubungan kami. Akan bertambah erat kasih sayang antara kami.

Life is more and that would be the vacant space
The cried out tears and a never ending maze
I have found what only loneliness provides
A strength within knowing I will find

Sunyi memang sunyi. Tapi aku mengerti. Aku tetapkan dalam hati. Semua ini ada hikmahnya. Sabar. Sabar ini akan terbalas jua akhirnya, insyaallah. Aku tak akan mintak lebih-lebih. Dapat berhubung melalui telefon pun dah sudah cukup bagus. Biarlah tak dapat bersua muka pun. Dapat dengar suara dia pun cukuplah. Gembira sangat bila dapat dengar suara dia. As if he was here beside me, whispering words of love in my ears....

A thousand miles between us now
It causes me to wonder how
Our love tonight remains so strong
It makes our risk right all along

The time we spent apart will make our love grow stronger

Almost 2 years together, we've been thru ups and downs. Tipula kalau kata hubungan kitorang ni tak pernah bergolak. Sakit sangat rasa bila ada selisih faham. Dahla jauh, bergaduh pulak. Memang sakitla. Tapi, berkat kesabaran kami, persefahaman dan kejujuran yang sentiasa dititik beratkan, kami masih bersama. Cinta kami masih utuh! Alhamdulillah.. Aku panjatkan doa pada Illahi, semoga kami akan sentiasa bersama, semoga cinta kami tidak akan pernah pudar, semoga jodoh kami dipanjangkan, Insyaallah...

I wanna thank you very much
Thank you for lending me love

Aku berterima kasih pada dia yang menerima aku seadanya aku. Aku ni banyak kerenahnya. Rasanya pada awal-awal dulu, aku selalu susahkan dia. Even now I think! Mesej pendek pun tak kena, tak mesej dalam sehari pun tak boleh. Macam-macam benda mengarutlah. Nasib baik dia sabar dengan aku. Thank you so much dear. Nothing else I can say to show you how much I appreciate your love. Terima kasih sebab tak terlalu manjakan aku, terima kasih sebab berjaya jadikan aku sebagai seorang yang lebih kuat.

Because of all that, THANK YOU VERY MUCH, SAYANG....



.........
When winter comes in summer
When there's no more forever
When lies become the truth

THAT'S WHEN I'LL STOP LOVING YOU..



Tuesday, August 25, 2009

Hilarious Cat!!!

ENJOY!! (^_^)



I HATE THAT I LOVE YOU

::: pumpkin.and.me :::

That's how much I love you, as much as I need you
That's how much I need you
That's how much I love you
As much as I need you
And I hate that I love you so
And I hate how much I love you boy
I can't stand how much I need you
And I hate how much I love you boy
But I just can't let you go
And I hate that I love you so

Monday, August 24, 2009

The Best Medicine Is Laughter

Ahahahaha.. ni kes curang ni. Tula, curang lagi. Kan dah bertompok-tompok sume hihihi..


Adeh, sadis betul. Dalam perut ular rupenye huhuhu..


Haa, sape-sape keje ngan Pepsi tu jangan addicted to Coke lak. Kang jadi cam Jack nih hihi


Hahahahahaha keje dorang memang keje paling keji. Tapi tisu tandas lagi kejila kan.muahahahahah..


Golek-golek aku gelak tengok gambar ni. Memang inila horror movie yang paling horror huhu..


Senang jadi ular. Nak bunuh diri belit-belit diri sendiri jek.




Tikus ni khayal ke ape ni??



Aiyarkkkk.. inilah padahnya kalo salah didik. huhuhu..


Kehkeh.. ade lak camtu ek..


Orang tamak selalu rugi!!!


Jahat gilosss orang nehhh huhuhu..



Adehh.. ni Pak Pandir Mat Saleh kot ni... Tersilap roast lak. Adei sadis sadis..


hahahahaha.. ni baekkk punye baby sitting neh....



"A laugh is a smile that bursts."
Mary H. Waldrip

Morning Babbling

Sejuk sungguh malam ni... Tarik selimut, cover seluruh badan... Berdengkur slow-slow kemudian slow slow jugak volume meningkat... Tanda tidur nyenyak tu... Dapat dirasakan air liur basi meleleh membasahi pipi dan bantal. KringgggGGGGgggggggg!!!!!!!! Ah, jam memekak. Sudah pukul 4.30am... Takpe takpe, 15minit lagi aku bangun. Sambung memeta. Air liur basi meleleh lagi. Pelan-pelan aku lap pipi.. KringggggggggggGGGGGGggggggggg!!!! Adeh, nape kejap sangat dah pukul 4.45am ni???????? Dengan malasnya aku bangun. Duduk bertafakur sekejap di hujung katil. 'Aduh, malasnya nak bangun SAHUR! Tak nak SAHUR boleh tak? Tak boleh tak bolehh... Kang lapo lak. Perut ni kan manja. Aihh, tula, manjakan lagi perut nih. Kan dah pijak kepala sendiri' - Aku bermonolog. Malas-malas, capai tuala, masuk bilik air. *toottt tettttt* cerita lam bilik air, I keep it to myself okeh. Turun dapur, bukak peti ais. Keluarkan nasi goreng sahur semalam yang keras. Malasnya nak panaskan. 'Makan keras keras camni leh tak?? Tak boleh tak boleh.. Kang cir bir lak' - Aku bermonolog lagi. Nasib baik ada microwave oven. Segalanya di hujung jari I yang mulus ni. *tott tett tott tett* panaskan nasi goreng. Bertemankan bunyi cengkerik dan titsan hujan di bumbung, aku duduk di meja makan seorang diri, bersahur dengan nasi goreng, telur masin dan secawan kopi. Tiba-tiba......























Rasa macam nak tersengguk dan tertido macam ni!


Aaaaaaaa.... pernahkah anda semua jadi begini???? Pukul berapakah biasanya anda semua bangun sahur???? Aku sorang je ke atau memang normal begini? Huhu, aku dah tua-tua pon masih begini. Liat nak bangun sahur, sempat lagi nak tersengguk-sengguk kat meja makan. Ish ish ish, macamana nak jadi bini orang nih (all of a sudden!).


---Amal: Ni mata ni, dah nak kul 6 nih, asal tak ngantuk lak????? SUBUH SUBUH Assolatu khairu minannaum................ INSAF INSAF....

Sunday, August 23, 2009

I COULD NOT ASK FOR MORE



Lying here with you
Listening to the rain
Smiling just to see the smile upon your face
These are the moments
I thank God that I'm alive
These are the moments
I'll remember all my life
I found all I've waited for
And I could not ask for more

Looking in your eyes
Seeing all I need
Everything you are is everything to me
These are the moments I know heaven must exist
These are the moments I know all I need is this
I have all I've waited for
And I could not ask for more

I could not ask for more than this time together
I could not ask for more than this time with you
Every prayer has been answered
Every dream I have's come true
And right here in this moment is right where I'm meant to be
Here with you here with me

These are the moments I thank God that I'm alive
These are the moments I'll remember all my life
I've got all I've waited for
And I could not ask for more

I could not ask for more than the love you give me
'Coz it's all I've waited for
And I could not ask for more
I could not ask for more

Edwin McCain - I Could Not Ask For More

Saya mengidam..


ahhh... I'm drooling.. helpp helpp.. nak makan popiaaaaaa......

Saturday, August 22, 2009

Bercanda Mesra Dengan Sis Enasan!

Comel kan kami??? :D


Hari Rabu yang lepas, aku keluar dating ngan Sis Enasan! hikhik..
Planning nak bertemu mata dah lama cuma Rabu hari tu baru kitorang dapat jumpa.
Semuanya gara-gara aku tak sihat dan Sis Ena pun tak sihat. Even Rabu hari tu pun kitorang sesama batuk, then sesama minum air kurang ais, kan sis?heheh..

Seronok dapat jumpa Sis Ena. In fact, she's the first blogger I met in person! Wee, hari ini dalam sejarah tu hehehe... Bersembang dengan sis Ena ni seronok. Kitorang ni macam dah lama kenal. Bersembang macam-macam.

Thanks a lot sis sebab belanja Wani makan hari tu. Adui, segan lak rasa. Sebelum ni main-main je nak dia belanja. Sekali betul-betul lak. Terima kasih banyak-banyak kak. Memang kenyangla hari tu hehehe.. Kenyang sampai lupa nak snap snap gambar tengah makan huhuhu...

ZILLION THANK YOU jugak sis Ena sebab bagi hadiah for my belated birthday. Iskk, segan tauuu... Buat susah-susah akak je. Anyhow, Wani terima pemberian akak dengan besar hati. Terima kasih banyak-banyak!!! :)

Sis, nanti jumpa lagi ye. Duduk pon tak jauh, no prob la kan?eheh..

Rakan-rakan blogger yang lain, jum jumpeeeeeee :D

Blogging From My Reban Ayam

Assalamualaikum...

Puasa tak semua??
Pagi tadi sahur tak?? Jangan tak sahur ye. Selain daripada mengelakkan badan jadi lemah dan tak bermaya, sahur ni salah satu sunat puasa. Rasulullah s.a.w. bersabda: Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

Aku pagi tadi bangun sahur pukul 4.45am. Alarm memekak dari pukul 4.30am lagi. Tapi aku sengaja basikan masa tu sampai 4.45am. Buruk perangai betul kan?uhuhuhu.. Then, turun dapur, panaskan nasik, panaskan sardin. Pukul 5 lebih-lebihla aku duduk makan. Sebak je rasa time sahur tu. Teringat mak ayah kat kampung. Mak sure masak sedap-sedap untuk sahur. Waaaa, rindu kenangan berpuasa kat kampung.

Semalam berchit chatto dengan Anne. Tetiba terungkit kembali kisah puasa di kolej dulu. Kalau yang tinggal di Serdang sure tahu dekat SS tu ada bazar Ramadhan tiap-tiap hari. Kitorang dulu, bernasib baik fakulti terletak dekat dengan gate keluar ke SS tu. So, almost everyday jugakla kitorang berjalan kaki ke bazar Ramadhan tu. Sanggup je jalan jauh, berpanas berhujan. Kat sana memang banyakla makanan. Huh rambang mata I tell you.. Aku ingat, aku selalu beli popia (favourite!!), nasi ayam berempah, air soya etc etc.. Kalau dah ke sana, tangan kiri kanan memang penuhla membimbit plastik makanan.

Ada satu kali tu kan, aku pergi dengan Cayam. Ramai jugakla yang pesan-pesan. So kitorang pon pergila beli mengikut pesanan. Seingat aku, masa tu ramai jugak member yang pesan air soya. Ada dalam 4 bungkus kot. Balik tu, memang tangan penuh. Berat. Entah kenapa nasib malang hari tu, sampai je depan Maybank, GEDEBUSHHH jatuh plastik yang ada air soya tu.. Meleleh air putih atas jalan tar. Huhuhuhu malu satu, duanya kecewa laaa.. Kan dah takleh minum air soya huhuhu... Berbelanja tak hengat punya pasal hehehe.. Beli makanan berbuka macam setahun tak makan.Tapi biasanya, tiap-tiap tahun puasa macam tu la kan.. Belanja untuk makanan mesti lebih hebat daripada biasa.

Blogging From My Reban Ayam - what does this mean????

I am actually in the office!!! Ho yeahhhh, saya pekerja berkaliber (tapi boleh pulak update blog eh. Kaliber apekah??). Hari ini saya terpaksa bekerja kerana ada a few contractors yang tengah buat keje dalam ofis. So, aku hari ni kira jadi supervisorla. Monitor dorang buat keje. Cepat-cepatle siap, aku mahu pulanggggg.. Bosan seh dok opis sorang-sorang. Yang kedengaran hanyalah bunyi gerudi, bunyi ketukan pada dinding dan lantai. Aiyarkkkk... scary. Tapi atas tuntutan kerja, aku datang jele.. Anyhow, I got replacement leave for this. Yayyyy!!! Cuti lebeyyyyyy raye niiiiiii.......

Oklah kawan-kawan, mahu signing off dulu. See ya later alligator!

p/s Selamat menahan napsu makan.. Jangan buat-buat lupe carik biskut dalam tin lak (macam aku! wahahaha)

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA!~

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA...



' APABILA MASUK BULAN RAMADHAN, DIBUKA PINTU SYURGA DAN DITUTUP PINTU NERAKA SERTA PARA SYAITAN DIBELENGGU.
BARANGSIAPA YANG BERPUASA DAN MENDIRIKAN RAMADHAN, DIAMPUN DOSA-DOSA YANG LAMPAU.'


SEMOGA RAMADHAN KITA KALI INI LEBIH BERMAKNA...

MR UNWANTED, you are WANTED!


Thank you Mr. Unwanted for the award!


Anda-anda semua, silala melawat blog Mr. Unwanted ni.
Klik [HERE]

Best blog dia ni. Dia selalu post link movie, lagu, video klip untuk didownload, tutorial, gambar-gambar menarik, wallpapers etc etc etc..

Memang best lah pendek citernye.. Kalau nak tahu kenala tengok sendiri kan. So, rajin-rajinla melawat blog beliau.


Aku memula terjumpa link dia ni masa tengah surfing kat OhBulan!
Sesaje je klik sebab masa tu aku pon baru-baru nak berjinak dengan blogspot kan. Saje nak usha-usha blog orang hehe.. Sekali masuk memang impressivela dengan blog beliau. Banyak benda pulak dia share. Bak kata tagline dia la, 'SHARING IS CARING'.
He even taught me how to put the shoutmix kat blog aku ni. Punyela tak reti aku ni kan haha.. Nasib baik ada Mr. Unwanted ni yang sudi menolong hehehehe... Tenkiu tenkiu..



Mr. Unwanted,
Keep on blogging. Teruskan menghantar entry-entry yang menarik.
I will always follo0o0oowww you!!!
=)
=)

Monday, August 17, 2009

Jom jaga badan!

This is me. NOT.


Petang tadi after balik keje, aku pegi joging.
Angin dari mana telah melanda aku nih? hahaha..
Dah berapa lama ek tak exercise. Lama sangat-sangat kot. Ni first time untuk tahun ni kot huhu..

Well, to be honest to everyone la kan, saya memang malas dan tak suka exercise.
That is why saya sangat chubby dan comel! Lemak sana sini!

Actually, semenjak bersama dengan mypumpkin, otak aku ni selalu sangat kena basuh. Aku selalu sangat disuruh-suruh exercise. Agak-agaknye mypumpkin tak tahan tengok bons saya besar sangat kot muahahahahaha... Dahle besday saya dia hadiahkan sport shoes and tracksuit kan. Dah jelas sangat dah tu saya memang kena exercise eheh.. Aku nih, kalo mypumpkin yang suruh memang sure aku akan buat la haha (gediks tak I??).

So, hari ni, atas kesedaran itula, aku balik keje tadi, terus teruja nak gi jogging. Masuk bilik terus tukar outfit. Keluar je dari rumah, hujan rintik-rintik turun. Tapi itu tidak mematahkan semangat aku! Aku redah jele.. Nasib kejap je hujan tadi. Aku buat 5 pusingan dekat playground kat rumah aku. 5 pusingan tu, anda jangan ingat saya lari kelima-lima round! Silap besar tu muahahaha.. Mana larat aku nak lari 5 round. Sempot haaaaa... (Makcik dah tuo, dah doploh empat tahun, tenago tak kuat mano nihh)... So, tadi saya cuma lari 2 pusingan dan berjalan lenggang lenggok 3 pusingan.

Guess what.. Saya hampir-hampir pengsan tadi.

Hooooo.. dasyat woooo... Tak pernah aku rasa macam ni. Eh silap. Aku pernah nak pengsan macam ni masa pergi jungle trekking kat Ayer Hitam Reserved Forest (baca kisah perit tu kat SINI).

Sampai je kat rumah tadi, aku terus tergolek kat depan pintu. Cepat-cepat bukak tudung and shoes. Then, aku jerit kat kakak aku suruh amik ceklat yang ada dalam fridge tu. Aku telan ceklat tuh macam aku dah sepuluh tahun tak makan. Wait a minute! Aku memang tak makan ape-ape lagi hari ni. Baru aku ingat, hari ni, hari Isnin ni, aku hanya isi perut dengan nasik lemak for breakfast dan biskut kering for lunch. Ahhhhh, patutla nak pengsan! Perut kosong rupanya. Perut aku ni kan, ala-ala manja gitu. Tak boleh tak berisi. Aihhhh..... Silap besar la aku teruja nak jogging hari ni. Dahle jogging tu perlukan tenaga. Aku pulak, tak bertenaga. Last-last memang takde tenaga lah... Adik-adik kat rumah, jangan contohi saya. Kalau nak bersukan tu, pastikan anda memiliki tenaga yang mencukupi ye...

Adeh, seksa sangat rasa ni. Tu baru 5 round. Kalau 10 round? Agak-agaknya apa jadi ngan saya? Huhuhu tak nakla aku pikir...

Anyhow, I have learnt my lesson very well. Esok ingat nak main badminton plak. Waaa, saya bagusla sekarang kan?hahahahaha... Semangat nak bersukan tu membuak-buak. Saya kena bersukan. Berat badan dah makin meningkat ni. Almost 70kilos tauuu.. It's not good for my health sebab aku ada risiko nak dapat diabetes. Kalau overweight memang mudahla dapat diabetes kan? So, other than mengurangkan gula dalam makanan dan minuman, aku kena kurangkan berat badan jugak. Lagipon, aku sedikit tercabar dengan mypumpkin. Dia tu fit sangat-sangat! Then, body pun bleh tahan. I segan nak jalan sebelah dia eheh... So, supportla aku k, semoga aku leh kurangkan berat badan dan paling penting, semoga aku punyai stamina yang kuat, barula badan sihat dan cergas kan????



Amal:Minum MILO, badan anda jadi sihat dan kuat. Masalahnya, aku tak suka MILO. Macamana tuh????

Sunday, August 16, 2009

To buy or not to buy.....

Mesti semua orang ingat, sekarang saya dah pegang duit sendiri, bolehla saya berbelanja sakan kan? No no no, silap besar tu.. Gaji saya bukan besar nak berbelanja sakan. Belanja-belanja jugak, tapi berpada-pada la kan..

Kalau ikut hati, macam-macam saya nak. HP baru, laptop baru, baju baru, seluar baru, kasut baru, cermin mata baru, beg baru dan bermacam-macam lagi yang baru.. Kalau boleh, tetiap bulan nak ada benda baru dalam wardrobe saya. Nak ada benda baru dalam genggaman saya.

Kalo makcik kayo rayo memang makcik beli je sume benda tu... Memang makcik adola sume bende tu..Tapi sayang, makcik tak mampu sobsob.. Gaji saya, bile ditolak segala hutang piutang, segala itu dan ini, sikit je tinggal untuk saya berfoya-foya. Sikit je yang ada untuk saya belanja diri sendiri. Alhamdulillah, kadang-kadang saya puji diri sendiri, saya tepuk bahu saya sendiri sebab saya bukanla seorang yang suka shopping. I hate shopping! Saya tak suka memilih barang. Saya tak suka membeli. Saya memang malas. Saya tak kisah ikut orang shopping, tapi kalau saya sendiri nak shopping tu memang agak malasla. Ajaib tak, ada perempuan macam saya? Normal ke tak normal nih???

Tapi, dah saya ni perempuan sejati, memang ada jugakla sifat perempuan tu kan. Tak banyak pun sikit. Saya ada perasaan gakla untuk memiliki sesuatu yang baru, yang cantik bila dikenakan pada diri saya. Saya ada perasaan jugakla untuk membeli sesuatu untuk diri sendiri.

Sebagai contoh, takkanla saya nak pakai kasut yang sama selama berbulan-bulan. Saya tak kisah sebenarnya, tapi kalau tapaknya dah tercabut, takkanla saya masih nak pakai yang tu jugak kan? Kalau tak baiki, saya belila yang baru. Sekali-sekala berbelanja untuk diri sendiri, apa salahnya kan? Jadi, pada bulan lepas, saya guna duit gaji saya untuk membeli sepasang kasut di bawah. Eh, sandal, eh apekah ini?huhuhu...

Kasut/sandal/ape-ape jelah ini dibeli atas pujukan my sis hihihihi.. Kalau ikutkan hati, saya malas sebenarnya nak beli. Tapi sebab kasut saya yang sebelum ni dah nazak keadaannya, saya pun setujula. Masa tu Primavera ada sale, so saya pun beli jela kan. This kasut/sandal/ape-ape jelah asalnya berharga hundred over. Bila didiscount harganya jadi 50 ringgit lebih. Not badla kan. So, I just grab it. Cantik tak? Cantiklaaaa, riben riben gitewww hehehehe...

Bulan ni, saya sangat-sangat nak beli cermin mata baru. The glasses I'm wearing now dah sangat uzur. Dah bercalar-calar, dah kurang jelas dah. Hmmm, memang teringin sangat nak yang baru. Hari ni pergi survey kat kedai-kedai cermin mata yang ada kat Alamanda.

Saya alergic to metal, jadi, my glasses must be either frameless, plastic frames or half frame. Saya tak nak beli frameless sebab saya ni bukan seorang yang pandai jaga barang. For me, frameless glasses, tak boleh lasak-lasak sangat. Susahla, saya ni dahla suka campak-campak je huhuhu.. Plastic frames pulak sangatla tak sesuai dengan saya. Kalau pakai, nampak macam pakai goggles huhuh.. So, dari dulu sampai sekarang I prefer half frame. Half frame boleh buat lasak-lasak. Paling penting, tak nampak macam goggles and no rashes hehehe.. Tadi saya survey semuanya 300 overs. Saya nak beli contact lenses sekali. So, overall, saya bajet dalam 500 lah. Adui, susahnya.. Kalaulah semua benda percuma. Kalau la kan.......


Nak beli ko bulan ni ke, bulan depan? Aihhhh........





p/s Kenapa time belajar dulu, saya rasa saya lebih kaya berbanding sekarang?? Ada sape-sape nak belanja saya tak? Saya tengah sengkek nihh.. Adehh...

Saturday, August 15, 2009

Better safe than sorry!

Sedang memblogging di depan televisyen sambil menonton Restaurant Makeover (gosh, I am so hungry!)

Howdy ya all??
Saya masih batuk-batuk.. uhuk uhuk.. Kira dah ok sket compared to last few days. Sebelum ni koff koff koff, sekarang uhuk uhuk.. so ok la tu kan? eheh..

This weekend, aku mengurungkan diri di rumah lagi. Malas, takde mood nak keluar. Dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan ni, saya memang malasla nak keluar. Lagipun, bukan ke kita dinasihatkan supaya banyak spend time at home dan kurangkan aktiviti luar? The disease is getting worst. In fact today, dah 59 orang meninggal. So scary! So, kawan-kawan saya, please take good care of yourself. Kalau sakit sikit-sikit tu, just go to the nearest clinic or hospital. Biarla orang cakap, "Sakit sikit pun dah kecoh-kecoh.." Suke hatila orang nak cakap ape. Keadaan sekarang memang unexpected. Sakit sikit tula yang boleh jadi melarat. Better safe than sorry right??

Ermmm anyhow, saya rasa macam mood nak memblogging pun agak kurang dah semenjak jatuh sakit ni. Kat ofis memang saya cuba bataskan diri dari buka blog. Saya nak jadi pekerja yang baik hehe.. Then, balik rumah, saya selalu amik ubat batuk. Ubat batuk yang sangat mengantuk! (Tapi langsung tak berkesan huhu).. So, saya selalu tidur awal seminggu dua ni. Blog pun macam tak terlayan dan terabai secara tidak langsung hehehe... Tapi, saya akan cari masa jugakla untuk update blog. My passion is blogging! (Yela tu kan hehehe...)

Oklah, dah cukupla saya membebel. Take care semua. :D

Friday, August 14, 2009

Another year older...

Happy Birthday Myspace Comments


Happy birthday to my beloved and best buddy ever, Lianamunyati Ahmad Rusli! Ateh sayang Anne sangat-sangat. Thanks for being a great friend to me. Ateh doakan Anne murah rezeki, panjang umur dan berjaya dunia dan akhirat. I love you, Anne!


Also celebrating birthday today is my cute lil nephew, Ady Luqman aka Diman! He's turning 2 this year. Cepat betul masa berlalu. Dah 2 tahun dah Diman ni. Maybe sebab aku jarang jumpa dia kot.. Rindu Diman sobsob.. Happy birthday lil Diman. Makcik Wani doakan Diman cepat besar and jadi anak yang mendengar kata, Insyaallah.... Mmmmmuahhhh kiss kiss and hug hug from far (^_^)



p/s: nak upload gambar tapi asyik failed jek. (huh!)..len kali ye..... HAPPY BIRTHDAY sekali lagi =)

p/s: (150809)Yayyyy, dah dapat upload gambar eheh, cheers all! :D

Monday, August 10, 2009

HAPPY GRADUATION!

To all my friends and juniors kat KTDI, UPM..

Cikgu Bio,
Budak-budak Pengguna,
Budak-budak Mass Comm,
Budak-budak BM, Linguistik..

Tahniah sebab dah berjaya tamatkan pengajian anda dengan cemerlang..

Cikgu-cikgu, jadilah guru yang cemerlang, dan didiklah anak-anak bangsa agar menjadi seorang yang berguna demi negara, bangsa dan agama..

Yang lain, selamat menempuh alam pekerjaan..

Dan semoga semuanya sukses selalu!!!

:D
:D
:D

P/S: Sori, aku takleh pi majlis konvo korang. Batuk-batuk tak hilang lagi nih, kang korang takmo polok-polok siyum aku lak eheh....



Saturday, August 8, 2009

Mari Baca Kisah Tahapehape Saye

[JUMAAT, 310709]

Seminggu sebelum Sumathi berhenti kerja, kami ada bawa dia makan kat Secret Recipe. Malu-malu je dia hehe..

Hari terakhir cleaner company kami bekerja. Sumathi ni dah hampir 7 tahun bekerja dengan kitorang. Yang mana kenal dia dah lama tu memang terasala dengan kehilangan dia. Saya baru kenal dia selama 11 bulan (wah dah nak masuk setahun saya keje kat sini!). Sumathi ni memang baik orangnya. Sume orang pun memang senang dengan dia. Keje dia memang bagus. Bila dia bagitau dia nak berhenti keje jadi cleaner, kitorang terkejut sangat. Yelah, pengganti dia tak akan jadi sebagus dia. Tapi apa boleh buat. Mana boleh halang dia kan. Lagipun keje jadi cleaner ni berapa sangat gajinye. Dia ada bagitau saya, dia terkilan dengan management dia. Gaji tak pernah naik, EPF dan SOCSO pun takde. Susahla kan.. kesian jugak dengar cerita dia. Sekarang dia bekerja di sebuah kilang minyak masak. Semoga di sana, rezeki Sumathi bertambah. Take care dear!

This photo was taken on her last day. Selepas bergambar semua hugs and kiss her. And she cried!Oh, sebak je rasa.. We will miss you Sumathi!


[SABTU, 010809]


Sabtu lepas, saya ke Majlis Konvokesyen rakan baik saya di MMP dulu, Mimie. Mimie study kat USIM, Nilai. Nasib baik konvo dia buat kat PICC, bukan kat Nilai haha.. Dulu masa Mimie still belajar, dia selalu ajak saya gi Nilai. Macam-macam alasanla saya bagi. Tak tau macamana nak pergila.. Takde orang nak temanla.. Itu masa belum ada Cik Bibab. Dah ada Cik Bibab, Mimie ajak lagi. Saya bagi alasan tak tau jalan plak haha.. Adoi, jahat betul saya ni kan..

Then pada satu hari, Mimie ajak saya gi konvo dia. Dia cakap, 'Wani, kalau kali ni ko takleh gi jugak, aku tak taulaaa.." Saya tanya dia, "konvo buat kat mana Mie?" Dia jawab pendek, "PICC".. Hahaha tergelak besar saya. Patutla dia cakap macam tu. PICC tu kat belakang rumah saya je. Kalau takleh pegi jugak tak taula kan hehehe....

So, Sabtu tu saya pegila dengan seorang lagi rakan baik saya di MMP dulu, Kema yang kini study kat UIA. Member saya ada sorang lagi yang tengah study kat USIM, By't. So, habis je konvo Mimie, saya dengan niat baik nak kenal Nilai, dengan baik hatinya hantar By't balik USIM. Perjalanan pun takla jauh sangat. Saya balik malamnya. Penat memang penat, tapi puas hati dapat jumpa rakan-rakan yang dah berapa lama eh tak jumpa, 5/6 tahun mungkin.. Wah, lama-lama.. By't, Mimie, Kema, friends forever ya! :)


[RABU, 050809]

Hari Khamis, saya kena attend satu training yang diadakan di Wisma Mirama, KL. Saya mulanya bercadang nak pegi ngan teksi je sebab SATU, saya tak sihat, DUA, saya tak tau mana tempatnya, TIGA, saya tak sanggup nak drive kat KL. Tapiii.... walau banyak macamana sekali pun alasan saya, saya tetap kena drive. Kena pergi sendiri. No teksi teksi okehh (bengang neh). Saya dah cuak-cuak dah. Takut oo nak drive KL. Saya ni driver muda (ececece).. Tak sampai setahun lagi dalam bidang memandu kereta ni (huhu). So, sehari sebelum hari kejadian, saya call girlfriends saya. Mintak pertolongan. Tolong temankan saya pegi KL, cari tempat tu. Girlfriends saya ni memang pakar dengan jalan-jalan KL hehe..

Alhamdulillah, saya ada rakan-rakan yang sudi menolong and sudi memonteng seminar haha.. Thanks gals!!

Memandu di KL, huh, sangatla mencabar. Saya tak tau macamana orang boleh survive kat sini. Kereta banyak, motor banyak, pemandu kurang ajar, tak sabar-sabar, tak bertoleransi langsung. Huh, memang saya tak sangka la, begini 'SOPAN' pemandu di KL. Kereta lambat bergerak sikit pun dah hon hon. Tak sabar betul. Sakit perut nak berak mungkin? Then, orang dah bagi signal berbatu-batu lagi, bila orang dah masuk dia nak marah-marah lak. Lenla kalo aku tak bagi signal pastu tetiba switch lane kan.. Aku rasa Rabu hari tu beribu-ribu makian dan cacian keluar dari mulut aku. Gerammmmmmmmmm...........

Ape-ape pun, setelah sesat selama lebih kurang 3 jam, kitorang berjaya jumpa tempatnya. Betul-betul depan DBP. Takla susah sangat nak mencari cuma konfius dengan jalan and ada sekali aku tersalah masuk exit, terus sesat tah kemana. Nasib senang cari u turn. Memandu di KL adalah sangat mengerikan, menakutkan tapi itulah pengalaman kann hehehe...

Lagi cerita tentang Trip to KL di SINI.


[JUMAAT, 070809]

Dapat mesej dari one of my colleagues, "Wani, parcel dari abang sayang dah sampaii..."

Terkinja-kinja saya melompat dek terlalu gembira hehehe... Saya memang dah tau mypumpkin is sending me something sebab a day before dia ada tanya alamat office. Padahal dah banyak kali saya bagi dia hehe.. Katanya hadiah birthday. Dia beria-ia nak bagi sebab birthday saya hari tu, dia busy. Busy yang amat. Call free 7 hari tu pun tak guna sangat sebab saya tak ada ruang nak call dia. Kalau ada pun, skejap sangat sembang. So, atas sebab itula dia, nak bagi something. Saya actually tak nak ape-ape, tak nak susahkan dia. Tapi dah dia nak bagi, amik je la kan hehehehe...

Apa dalam bungkusan tersebut?? Cuba tekaa....... Kalau birthday tahun lepas dia bagi purse, adakah kali ni dia bagi duit beribu-ribu untuk diletakkan dalam purse tersebut?? Oh tidaaakkkk...

Dia bagi saya.......................










Tracksuit dan kasut sukan!

Hahahahahahaha...tergelak besar saya bila bukak bungkusan tu. Dia nampaknya serius nak saya banyak bersukan ni hahaha.. Thank you dear, wat susah-susah je hahahah.. Lepas ni saya adah takde alasan nak bagi kalau nak pergi bersenam. Adeiiii, sabar jele.... Thanks pumpkin sayangg.. Lepas ni kalo sape-sape nak gi jogging tu tolongla ajak saye ye.. Saya dah ada kasut sukan ngan suar trek ni hahahha... (Nampak sangat aku makin gumukk mueheheheheh)..


That's all folks! Terima kasih kerana sudi membaca eheh :D

Friday, August 7, 2009

Oh, I Miss You All!

Assalamualaikum semueeeeee :D

Apa khabar??
Hopefully semuanya baik.. Jangan jadi macam saya, sakit tak sihat-sihat lagi ni.
Saya demam+batuk+selesema+sakit tekak.
Mula sakit pada Ahad lepas dan melarat hinggala ke hari ni..
Awalnya sakit tekak je, pastu dah start batuk-batuk, and then badan pun panas je. (I'm hot okeh! =P). Then, semalam, tiba-tiba selesema plak.

I got one day MC on Tuesday.
Then Wednesday back to work walaupun tak berapa sihat lagi.
Yesterday, Thursday, saya ke KL for training. Balik dari KL semalamla saya selesema. Tertekan drive kat KL kot haha (cam hape je driver KL nih..Paling 'SOPAN' di dunia I tell you!)

On Tuesday morning hari tu saya dah pegi klinik, tapi, saya kecewa betul dengan doktor tu. Dia just bagi ubat demam which is Uphamol (yang saya boleh beli sendiri kat kedai runcit) and ubat sakit tekak yang hisap tu (ala-ala Strepsils). Walaupun dah makan habis, sakit saya still tak kebah-kebah.

Then semalam disebabkan tiba-tiba je saya selesema dan risau kalau-kalau dijangkiti H1N1 saya pegi klinik lagi. But this time klinik lainla. Tak mau dah saya jejak klinik pertama tu.. Bila doc check, doc cakap tonsil saya bengkak, besar yang amat. Jadi, bukan H1N1 ok! (Alhamdulillah)..That's why saya demam, selesema and batuk. So, doc bagi one beg of meds, antibiotics, ubat batuk, ubat selesema, ubat demam and vitamin C.

Pukul 8 malam semalam, saya makan semua ubat. Guess what, the cough syrup and ubat selesema tu sangatla strong. I woke up at 5.45am (saya lambat masuk keje hari ni!) and sampai sekarang masih terasa hanyut-hanyut. Penangan dadah berbahaya huhuh..

Sekarang batuk-batuk masih ada, selesema tak sangat dah, pening-pening pun ada sikit lagi. Weekend ni saya akan habiskan masa kat rumah, berehat sepenuhnya. Doakanla saya cepat-cepat baik ye..

Lama tinggal blog (baru 3 hari haha), macam-macam benda nak cerita. Antaranya

  • Farewell Sumathi (cleaner company)
  • Mimie's Convo and jalan-jalan to Nilai
  • Trip to KL (sesat 3 jam!)
  • Training
  • Parcel/gift from mypumpkin (awwwww shweettt hihi)
  • Dan banyak lagi..

Nanti-nantilah I bercerita ye... Bila saya dah menemui kekuatan nanti :)

Thanks to all yang doakan saya supaya cepat sembuh. Kepada yang sakit to (Sis Enasan dah baik blom??), cepat-cepatla pergi klinik and makanla ubat okay.. Dengar cakap doktor. Kalau doktor cakap makan ubat batuk 15ml, makan je. Kalo pengsan lepas tu, pengsan je, you'll feel better bila dah tersedar nanti :D

Till then, see ya later, alligator!!!

Monday, August 3, 2009

DEMAM


Doakan saya baik-baik saja ye...


---------------<@@@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...