Sunday, April 24, 2011

Wedding Prep Updates

Assalamualaikum!

Mulakan entry dengan senyuman yang paling manis dulu

:D :D :D

Aku sekarang dalam bilik akak aku kat UiTM. Ish ishh hamik kesempatan. Terima kasih kakak saya bagi pinjam pc. Terima kasih juga UiTM bagi pinjam internet buat saya update blog. Bosan dok sesaje. Facebook tak boleh bukak hoho..

Hari ni ikut akak aku keje sebab nak pergi bridal tempat aku tempah pelamin dengan baju time majlis. Kan haritu aku pegi try baju tak muat (sadis) so kena fitting balik. Dia dah pegi alter jadik plus size mengikut size badan aku nih. Susah betoi jadi orang banyak isi ni ye? Isi lemak ye tuan tuan dan puan puan. Harapnye muat dahla baju. Tho aku rasa macam aku put on weight lagi. Haih ada orang kata dekat nak kawin badan leh kurus sebab tak lalu makan dok pikir nak selesai macam-macam. Tapi aku rasa aku the other way round. Lagi berselera ada laaa.. Hari-hari makan nasik, maka peha dah kembali membesar! wuwu.. Balik umah mak ni lagila, pagi, tengahari, petang, malam, mencekikkk je keje.. Doala banyak-banyak, muat baju nanti. Karang kena maki dengan orang bridal tu sebab tak pasal-pasal dia kena alter lagi hehehehe...

Sebelum datang opis akak aku ni pegi Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh dulu kejap buat HIV test. Ye baru nak buat. Bulan 3 haritu plan nak buat dekat Klinik Kesihatan Precint 9, Putrajaya tuh. Sekali call dia kata kena booking dulu. Yang lebih tragisnye, 6 Mei baru ada kosong. Mengarut namanya tu! Pikir-pikir balik dah alang-alang balik kampung ni, buat kat kampung ajela senang. Borang pun dah ada. Boleh terus hantar nanti. So kat klinik Wakaf Che Yeh tadi walk in je. Tak payah booking booking. Test pun tak sampai setengah jam. Alhamdulillah keputusannya negatif. Dah boleh kawin dah bak kata HA yang buat test tu tadi ehehe..

Bakal pengantin dari Kelantan yang nak buat HIV test boleh rujuk Panduan Pemeriksaan Kesihatan HIV dari JHEAIK. Ada dia bagitau kat klinik mana boleh buat dan hari apa :)

Semalam pulak aku pergi Wakaf Che Yeh nak mencari baju melayu untuk my pumpkin. Aduh pening mencari tapi takde baju melayu ikut colour yang aku nak tu. Pastu memang tak banyak kedai yang jual baju melayu. Dorang cakap sekarang bukan bulan puasa atau nak raya jadi bukan musim jual baju melayu. Kalo nak, kena cari kat KB. Tu yang aku lemah tu. Nak masuk bandar Kota Bharu jam dia ngalahkan jam kat KL huhu.. Ikut hati aku nak beli je baju melayu yang ada. Tak ikut kaler baju aku pon. Boleh ke kaler baju my pumpkin tak sama ngan baju aku? Tak sedondon bila duduk sebelah nanti. Boleh tak? Bukan ke unik tu, dan tak penah dibuat orang lagi kan kan? *tension*

Kad jemputan kahwin pun dah buat. Orang kedai tu cakap aku ni dah dikira dalam kategori lambat. Orang lain yang sama tarikh dengan aku dah tempah berbulan-bulan lamanya. Takpelah, itu orang lain. Aku nak buat yang simple simple aje. Lagipun sikit je nak print.. Boleh siap by next week then bolehla edar :) Ramai yang dah bertanya nih. Sabar ye kawan-kawan, kad dah siap saya bagi. Selagi kad tak siap rasa macam tak syok je nak uar-uarkan saya nak kawin. Kena bagi prove sekali baru best nak canang-canangkan pada seluruh dunia *ces padahal dah canang kat seluruh dunia dah ponnn*

Sebenar-benarnya, banyak benda lagi aku nak kena settle kan sebelum terbang balik ke Putrajaya Selasa ni. Haih singkat je rasa masa. Pejam celik pejam celik tak lama lagi dah *berdebar* Apa-apa pun semoga perancangan kami berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan segala urusan, sebelum, semasa dan selepas majlis nanti. Insyaallah....

4 comments:

  1. seronokkan buat wedding preparation....teringat plak..ececece....nanti bl da pas kawen, sure rindu saat2 nih...hikhikhik...

    wani, majlis brape hbln???....nak tanda kalendar nih...kot2 avalaible...(ish, org tak jemput lg....)...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Oo sekarang ni kena test HIV pula, bagus le. apa-apa pun semoga persiapan semua ok aja

    ReplyDelete
  3. huhuhu, ambo pom gi test di klinik wokah che yeh gok dulu. tapi ore ghama telajok, gi test kor klinik dekat pulau melaka plok.

    ReplyDelete
  4. mai
    wani dah send invitation kat fb. nanti bg alamat eh, wani pos kad. dtg tauuu :)

    sharinginfoz
    a'ah sekarang wajib amik HIV test. huhu tq, dah pening dah ni..

    eelobor
    laa yoko, guano ore ghama. sy g ppagi, xdok ore ehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...