Sunday, April 10, 2011

Rangkuman Cerita Sabtu, 9 April 2011

Assalamualaikum,

This may be a long entry. Saje nak berkongsi ape cite aku harini.....

Bangun seawal 10 pagi. Akak ajak keluar pegi Jusco. Urghh tak laratnye. Jawab kat akak dengan jujur, "malaslah nak pegi huhuhu...." Bukan tak larat ape pun.. Tak larat sebab purse dah kempis je. Tension kalo pegi sana tapi tak boleh beli ape-ape. I hate window shopping anyway. Tiring dan tak mengujakan!

So, I spent my day dengan bergolek-golek atas katil mengadap laptop. Bukak tutup facebook sampai jemu, bukak tutup blog sendiri sampai nak muntah. So basically visitors to my blog today is actually me myself and I. Then blogwalking. Walking and walking and walking. Found some interesting blogs. Read their posts, follow them... 

Makan? Breakfast pukul 11 pagi. Bancuh kopi Indocafe, cicah ngan biskut crackers Hwa Tai sambil menonton cerita Ghost lakonan abg Naz Kelab Disney Malaysia & Cheryl Samad Muzik-Muzik. Eh aku sukela cerita ni! Lunch pulak..erm tak lunch. Turun dapo, tak tau nak makan ape. Amik sekeping roti Gardenia yang tak expired lagi kot, kunyah-kunyah yang tu je. 4 petang, perut kembali lapar. Roti sekeping tak cukup nampaknya. Pikir-pikir nak makan ape. Tinggggg! Teringat cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Part Abu Hurairah ngan Usop Wilca makan megi sambil nyanyi lagu Soley Soley tuh. Perghhhh... terus rasa nak makan megi. Gigihla aku menapak ke Petronas beli megi. Eh salah, aku tak beli megi. Aku beli mami. Kari Xtra pedas.. Pedas wa cakap lu. Masak letak telur sebijik. Masa telur dah masuk periuk, terpikir lah pulak aku, ish ni telur tulen ke tak tulen nih?? "Tulen banggg.." tetiba telur menjawab haha.. Tulen tulen. Aku yakin. Takleh was-was. Dah masak, makan dengan khusyuknye.

Itu cerita siang hari. Apa cerita malam hari? Aku lupala weyy.. aku ada date malam ni! Bukan date dengan my pumpkin. Dengan dia payah benoo nak dating. Aku date dengan orang lain. Wah, ahkakk ada skandalos ke? Hikhik bukan bukan.. Aku dating dengan akak aku daaaaa... Kitorang nak tengok wayang lagi. LAGI? ye lagi. Kali ni tengok cerita serius sket pasal tak bawak budak-budak sama. Tengok cerita adult. Wah porno kah? No no no... Kitorang tengok cerita Source Code. 

Bacalah sinopsis kat sini ye?

Oii, I tell you, cerita ini sangatlah memeningkan! Dari awal sampai ke sudahnye aku tak paham haha... Rugi ke RM10 tiket? Tak tak.. tak rugi.. Best jugakla cerita ni. Cumanya nak kena pikir dengan mendalam lagila. Harini aku rasa macam malas nak berfikir sebabnya hari hujung minggu macam ni otak aku nak berehat dari berpikir.Berapa banyak pikir daaa..

Dinner dengan pop corn je ye. Pasal perut masih kenyang dengan mami Xtra pedas tadi. Tapi sekarang dah rasa laparla pulakk.. camano nih?

Keluar dari panggung, mesej my pumpkin. Haih susah betulla orang takleh berenggang ngan pakwe ni kan? Rasa macam nak lempang laju-laju jeeeee....

Aku: Bang, Kelate berapa dah gol? (Malam ni kan ada bola.. Kelantan vs Felda United)
Dia: Berat yanggggggggggggggg....
Aku: Hohhhhh.. berapooo????
Dia: 3-0
Aku: Haaaaa.... napela teruk sangat Kelate nihh.. dahla haritu dah kalah ngn T Team aduiiii.. (membebel-bebel macamla dia jurulatih)
Dia: Kelantan 3 laaa.. Felda United 0
Aku: (..................................... grrrrrrrrrrrrr pffttttttt... telinga berasap-asap... ) Aii aii ada yang nak kena nii..
Dia: hahahahahahahahahahahahaha

Saje ye dia nak kenakan aku. Takpe takpe.. Nasib baik Kelantan menang. Menang besar punyeeeee... Kelantan 6 - 0 Felda United. Perghhh.. pesta gol! Abang aku kat kampung siap sms aku bagitau dia tak dapat nak keluar pegi bandar malam ni. Jalan KB jem terok! Orang semua berpesta hehehe.. 

Sampai rumah, the YM thingy happened.

Then bukak Facebook. Aaaaa.. adik aku post gambar latest anak Motam... Suke suke.. Terima kasih adik saye! :D
Very the comels kan? Yang hitam takde. Nampak ekor je kat gambar first tu. Adik aku cakap yang tu garang sket. Sombong. Pasal dia yang paling comels and gebus sebab tu dia meninggi diri sikit

Tersengih-sengih depan laptop tengok kucing-kucing ni tadi. Tunggu mummy Wani balik nanti yeee :)

Sekian sahaja berita hari Sabtu yang dah terlewat.. Dah masuk Ahad daaa....

Hello Ahad :)

4 comments:

  1. itulah hdup org bujang..hehe..

    ReplyDelete
  2. zura
    haha.. memangle. camni jela hidup orang bujang huhuh

    ReplyDelete
  3. hehehehe, yang penting kelate meney. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. eelobor
    yayyyy! itu yg paling pnting hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...