Tuesday, April 12, 2011

Urat Tersimpul Rapi

Assalamualaikum,

Ades.. aku rasa ada yang tak kena dengan urat kat kaki kanan aku.. kat tapak ngan tepi tapak kaki tuh. Urat macam tersimpul mati. Eh belum mati. Kalo mati, aku rasa dah takleh gerak langsung dah kaki nih. Alhamdulillah masih mampu bergerak dan menapak lagila.. 

Aku rasa kaki aku ada masalah tak boleh pakai heels la. Aii memangla kaki ni. Aku baru ingat nak bergaya ala-ala super model pakai kasut tumit tinggi-tinggi. Agaknye urat kaki dah terpeleot la. Aku syak sebab tapak kaki aku yang kecik nih takleh nak menampung berat badan yang amat berat (Berat badan: 65kg; Saiz kasut: 5 atau 6). Pastu bila pakai heels lagila tak stabilnye. Terus terpeleot. Tsk....

Bila aku kaki ayam, ok je kaki nih. Bila pakai selipar jamban tu pon sama. Takde rasa sakit langsung. Tapi bila sarung je heels, aduh aduh sakit! Heels tu bukan baru pakai pun. Dah lama dah. Buruk dah pon. Aih takkan nak suruh aku beli baru kot? Pitis tak berapa nak ada dah niii.. sobsob.. Kawan aku cakap nak kena pegi urut tu. Tapi kat sini mana la nak urut. Balik kampung next week terpaksala ajak mak pergi berurut ohh..

Erm lagi kawan aku kata dalam masa 3,4 minggu ni aku takleh pakai heels. Kena pakai flat shoes je. Aku mana la ada flat shoes or pump shoes or whatsoever! Yang ada hanyala selipar jamban tu je. Takkan nak pegi opis pakai selipar tu lak? Er well, aku memang dah pakai selipar tu pon kat opis tadi. haha selamba badak je. Badak pun tak selamba macam aku. Dahle harini MD turun dari Australia hehe.. Terpaksala aku pakai baju kurung hari-hari. Pastu kain kasik labuhhh mencecah lantai. Kita sapu lantai sekali. Pakej baek punye.

Wahai kaki, segeralah sembuh. Lama lagi aku nak guna kamu ni!

3 comments:

  1. zura
    huu taklehla nak bergaya

    sharinginfoz
    itulah.. kena cari kasut flat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...