Friday, April 1, 2011

Lepas Melabur, Silalah Flush

Assalamualaikum,

*Aku nak lepas geram ni dan kamu sila jangan baca entry ni sambil makan ye*

Petang tadi sebelum balik, aku masuk toilet office. Nak kencing. Pasal office sejuk sangat and aku dok minum air je (nak kurus konon) so kencing pun kerapla.

Langkah je kaki dalam toilet first, damn! Ada taik terapung-apung dalam mangkuk tandas! Urghhhhhhh... geramnye aku!! Sape yang berak tak flush ni oiiiii.. Hangin betul aku... Aku dahla nak terkencing tak tahan dah. Masuk toilet sebelah sambil pikir pikir sapela yang masuk sebelum aku masuk tadi. Tak perasan pulak. Kalo aku tahu sape dah lama aku sound. Dalam masa yang sama aku dok pikir, nak tolong flush ke tak? Kalo tak flush kang aku keluar je dari toilet, ada orang masuk lepas aku nampak, dorang ingat aku yang tak flush. Eish tak boleh tak boleh..... Tak pasal-pasal aku kena. So keluar je dari toilet, aku masuk toilet dengan taik tu tadi, tutup mangkuk terus tekan flush. Huhhhhh... sangat geram hokkay!!! Tu pun aku tak tahula taik tu berjaya diflush ke tak cos taiknye besar besar hahahaha (damn!)

And you know what, this is not the first time! Ada sekali haritu aku nak kencing jugak. Masuk tandas paling last. Masuk je, huhhhhhhh... kali ni bukan taik. Air kencing kunennnnn! Oh my oh my.. Terus aku buat spekulasi. Orang yang kencing ni sure tak basuh kencing nii.... Yelah kalo basuh, sure tak obvious sangat kuning air kencing tu kan. Mesti dah hilang dah warna tu sebab dah bercampur dengan air. Tapi ni tidak! Kuning sekuning-kuningnya. Pastu takde pulak tisu ke ape. Terus terlintas dalam kepala otak aku, orang ni tak basuh dan tak lap juga private part dia tu. Selesai kencing terus sarung balik seluar dalam. Urghhhh... pengotor!

Aku jugakla yang tolong flush.... huhuhuhu

Aku heranla.. Kenapa orang-orang ni tak flush bila dah selesai melaksanakan hajat tu? Dorang tak pikir ke benda tu kotor, boleh menyebabkan orang lain tak senang kalau dia ak flush dan tinggalkan je hasil tuaian dia macam tu je? Nak kata tak reti, orang educated semua ni. Nak masuk company aku interview kena bertapis-tapis, speaking oram putis lagi, siap ada test bagai. Tapi bila bab hygiene, bab flush toilet lepas membuang ni, fail! Gagal!  Nak kata budak kecik pun tak boleh jugak. Semua dah besar. Pangkat mak bapak orang dah semuanya. Tak pahamla aku!

Tak ingat nak flush? Lepas dah basuh tu, sebelum pakai seluar balik, terusla tekan flush. Ni nak keluar dari toilet baru nak flush memangla boleh terlupa kan. Tapi aku memang tak boleh terima jugakla kalau alasan terlupa tu diberikan. Come on lah! Lepas berak, lepas kencing, wajib flush!!!!!!

Nak bagi Admin kat ofis sign ni. Pastu suruh print besar-besar, lekat kat pintu tandas. Kalau terlupa jugak, tak tahulah akuuuuuuuuu..

2 comments:

  1. eeeeeeeeee...gelinye...ktorg pun hadapi situasi yg sama...menyumpah2 ktorg d buatnye..tp ktorg dh th sapa orgnye...cume memasing diam je...xnak jatuhkan air muke org tue..tp bile nak masuk toilet sure akan tanye "sapa masuk td"...hikhikhik....

    ReplyDelete
  2. zura,
    kan kan geli kan. wani pun geli! even kat rumah ni kalau anak buah tak flush pun dah mengamuk. apatah lagi kalau kena tengok taik orang besar. eee kotorla! 2lah, kalo bleh xnak la jatuhkan air muka sapa2 kan, tapi sendiri mau ingatlaa.. barang sendiri huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...