Thursday, April 14, 2011

Masa Yang Sesuai Untuk Minum Air

Antara kepentingan air dalam badan
Assalamualaikum,

Korang suka minum air masak tak? Air manis tak payah tanyala. Semua orang suka. Jujurnya, aku ni bukanla seorang yang suka minum air masak/air sejuk/air suam/air kosong/air mineral..  Tak suka sebab tak sedap. Takde rasa. Bila minum macamm... ermm.. tak sedaplah! Boleh dikira la berapa kali je aku minum air masak dalam sehari. Itu dulu..

Sekarang aku cuba train diri untuk minum air masak sebanyak mungkin dan kurangkan minum air manis. Sebabnye, minum air masak dengan banyak boleh buat badan kita jadi kurus! Wah, aku sukela kalau boleh kurus ni ehehe.. Tapi kalau minum air, makan tak control tak guna jugak! Dan lagi satu boleh kurangkan risiko untuk kena penyakit macam kencing manis tu.

Ada kawan aku, peminat tegar minuman manis-manis. Air kosong memang tak minum. Kalau minum pun seteguk je, just untuk hilangkan dahaga. Alkisahnya haritu dia pegi buat medical checkup, doc cakap air kencing dia ada darah sket. Doc tanya, "period kah?" Dia jawab tak. Doktor kata itu mungkin kesan daripada dia yang jarang minum air masak. Buah pinggang tak dapat berfungsi dengan baik. Sebab kurang cecair dia dok hakis je dinding buah pinggang tu. Iskk... And level gula dalam darah kawan aku ni pun agak tinggi.... Huh, teruk kan? Muda lagi tu. Jadi banyak-banyakkanla minum air masak, kurangkan air manis.

Banyak pulak membebel. Aku nak share info kat bawah ni ngan korang sebenarnye. Dapat dari kawan kat opis.

Drinking water at the correct time

Maximizes its effectiveness on the Human body :


2 glasses of water after waking up - helps activate internal organs

1 glass of water 30 minutes before a meal - helps digestion

1 glass of water before taking a bath - helps lower blood pressure

1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack



Renung-renungkan dan selamat minum air banyak-banyak! Marilah kita sihat sama-sama :)

6 comments:

  1. nice info..tgh practicekan nie...

    ReplyDelete
  2. bagus2...lin memang suka minum air masak...sehari minum lebih dr 8 gelas..kalau sehari tak cukup 8 gelas rasa mcm tak puas je rasa...:D

    ReplyDelete
  3. zura,
    jom kita practice sama2 :)

    azrin_zelina,
    waa bagusnye. saya ni memang malasla nak minum air masak huhuh.. sekarang baru nak practice.

    ReplyDelete
  4. info yg bagus.. ambo sokmo minum lbh kurang 2 liter air kosong per day. ok tak? hehe..

    ReplyDelete
  5. mama hanim
    wah ok dah tu kak.. memang amount yang disarankan dah tu eheh.. bagus2 :)

    ReplyDelete
  6. saya suka info ni.. n memnag ini minuman kegemaran saya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...