Friday, April 8, 2011

Mak, Ayah, Happy Anniversary ^__^

Assalamualaikum,

Hari ini, Jumaat, 8 April 2011, genaplah 40 tahun mak dan ayah aku mendirikan rumah tangga. 40 tahun! I repeat, 40 tahun!

40 tahun..... bukan sekejap. Lama tu beb! Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan kebahagiaan kepada mereka selama hidup bersama. Berkenalan dari bangku sekolah sehinggalah duduk bersama di jinjang pelamin setelah mendapat restu ibu bapa masing-masing. Hasil perkongsian hidup dan bukti cinta serta kasih sayang, mereka dikurniakan 6 orang anak, 4 perempuan, 2 lelaki. Alhamdulillah, anak-anak semua dah besar panjang. Mendapat didikan yang sempurna, perhatian yang sama rata. Hey, I'm one of their kids! And I am so proud! :)

Sekarang, dua-dua dah bersara tapi still tak reti nak berehat. Sang ayah, sibuk buat macam-macam projek. Bina rumah, bina kedai. Jaga kucing, jaga rumah. Macam-macam lah. Sang ibu, anak-anak dah besar, dah pandai jaga diri sendiri, jadi jaga cucu lah pulak. Ajar membaca, ajar menulis. Bertuahnya cucu dapat maktok dengan tokyah yang educated nih eheheh...

Terima kasih mak ayah sebab didik aku menjadi aku. Bukan jadi orang lain. Terima kasih sebab beri didikan agama yang sempurna kepada aku. Terima kasih sebab sentiasa menjaga aku semasa sakit, semasa sihat. Macamana aku nak balas jasa mak ayah nanti. Duduk jauh macamni memang terasala kerinduannya.

Mak ayah, Wani doakan, mak ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, biar leh tengok cicit cicit pulak ehehe.. Semoga murah rezeki selalu dan sentiasa dilimpahkan keredhaan dan keberkataan daripada Allah SWT. Terima kasih sangat-sangat sebab mak ayah merestui pilihan hati Wani. Itu yang paling penting, redha dan restu daripada mak dan ayah. Wani sangat bersyukur *sobs nak nangis lak rasa*

Love them to the max!


p/s: Saya ada rupa sape? Mak atau ayah? eheheh

2 comments:

  1. dah 40 thn kawin...alhamdulillah bahagia smpai skrg...heppy anni to your parents k..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...