Monday, April 4, 2011

3 April 2011 - Nisa's Wedding

Assalamualaikum,

Semalam, Ahad, aku ke majlis perkahwinan rakan seuniversiti dulu, Nisa. Aku takdela close dengan dia tapi takdela sampai tak pernah berborak dengan dia. Kalau jumpa kat luar, dia kenal aku dan aku kenal dia.

Lokasi majlis ialah di Kajang. Jujurnya aku memangla tak familiar dengan jalan Kajang ni. Lalu la banyak kali pun, aku takkan penah ingat punye ehehe.. Aku memang susah sket bab-bab ingat jalan. Unless memang lalu hari-hari. So semalam, pergi konvoi dengan Chan Chan. Dia pun tak sure sangat jalan. Nasib baik ada tunang beliau yang pro dengan jalan nih. Naseb baekkk ehehe.. So takdela makan buah langsat sangat :D


Yayy dah sampai ke destinasi yang dituju!
Amik  gambar dengan banner dulu :D
Yang sebenarnye gambar ni diambil sebelum balik kuikui

Mula-mula, kita masuk dalam rumah dulu, jumpa dengan pengantin dalam bilik. Wah berseri-seri orang nak kawin ni kan. Eh dah kawin malam sebelumnya, kira nak bersandingla pulak ehehe.. Sempatle amik gambar sedas dua. Tumpang kamera orang je pon...


Cantik kan pengantin???
Ok, sila abaikan aku yang gemok dan baju renyuk-renyuk.
Aku benci kain cotton!

Dah puas bergambar dengan pengantin yang gojes mojes, tibalah masa untuk makan! Menunya ialah nasik minyak, nasi putih, ayam goreng berempah cicah air asam, daging masak kerutuk ke kerutup?macamana eja tah :P kot, 
dalca, acar buah, buah oren, air sirap & anggur. Yang paling sodap of coursela ayam goreng berempah tu. Marvellous! ehehe..

Harap maaf, gambar makanan takde.
Tak teramik gambar masa makan. Syok sangat.
Jemputlah minum air sirap kenduri kawen ni :D

Duduk semeja dengan rakan coursemate yang lain. Masing-masing dok bertanyala, pasni turn sape plak ehehehe.. Yelah, dah ramai jugak coursemate aku yang menamatkan zaman bujang. Seronok pulak rasa :) Siap ada yang dah jadi mak buyung dah pon haaa..


Sha, tunggu hari je ni. Tapi larat lagi datang dari Klang nak memeriahkan majlis.
Aku saje amik gambar rapat-rapat amik berkat hahaha
*Gelenya mu! Nikoh pun dop agi hihi*

Pengantin lelaki sampai pukul 2 petang. Haa yang menariknya, kawan aku Nisa ni orang Johor so ada la bayar-bayar tol sebelum pengantin lelaki boleh duduk bersanding dengan pengantin perempuan di pelamin yang indah. Oh takde gambar pelamin, jurukamera tak amik gambar pelamin. Ada 3 tol. Satu dekat gate, dua di depan pintu and tiga depan pelamin. Berpeluh-peluh pengantin lelaki aku tengok ahaha.. Yang seronok budak-budakla, berdiri depan pintu menadah tangan mintak duit hihihi.. Korang yang nak kawin dengan orang Johor, silalah sediakan duit banyak-banyak sebelum dapat duduk bersanding dengan pasangan korang ehehe..

Dah selesai sume tu kitorang pun balikla ke pangkal jalan. Eh belum-belum. Kitorang ke The Mines melepak dengan memakai baju kurung hihihi.. Ayu sungguh! 


Bergambar sementara menunggu lif nak masuk Mines.
Sempat aje!

Lepas tu baru balik nak mengejar Anugerah Bintang Popular. Yayyy Shaheizy Sam menang. Muskilnye napela Remy Ishak menang Pelakon Lelaki TV Popular? huhu.. Ouh mungkin sebab cerita Nur Kasih kot. Dia famous kat TV. Sam kan famous dengan filem je :D Bravo Sam! Suke suke suke.. Eh ni dah lari dari tajuk asal blog ni ahaha..

Jadi begitulah pengakhirannya cerita aku ke majlis kawin Nisa & suaminya, Shukri. Selamat pengantin baru buat kalian berdua. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga bertemu dengan kebahagiaan yang diimpi-impikan dan semoga mendapat anak-anak yang comel, soleh dan solehah.. Aminn..

Tahniah!!
:)

2 comments:

  1. selamat pengantin baru buat niza .. cute jew kecil molek orgnya :)

    ReplyDelete
  2. kak ieda,
    hehe itula pasal. kecik je. saya berdiri sebelah terus nampak macam king kong hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...