Friday, April 22, 2011

Cerita Hari Pertama di Kampung

Assalamualaikum!~

Aku sekarang berada di kampungku yang tercinta :) Flight dari LCCT jam 6.15 petang tadi. Maka pagi tadi gigihla bangun awal pagi. Masuk keje pun awal gile sebabnya nak balik awal ehehe.. Balik pukul 3ptg, berkejar ke LCCT. Naik teksi dari rumah pergi Putrajaya Sentral. Kena la tambang RM5.70 padahalnya dekat aje dengan rumah. Saje tak nak jalan kaki sebab panas sangat and aku takut beg yang aku bawak tu putus tali dia. Then dari Putrajaya Sentral naik train ke Salak Tinggi pastu naik shuttle bus straight to LCCT. Very convenient! Murah pulak tu :)

Sampai LCCT baru pukul 4.30ptg. Boarding pukul 5.30ptg, so lepak-lepak dulu kat luar. Duduk bertentangan dengan sekeluarga mat saleh ni. Mak, bapak, anak perempuan sorang, anak laki 4 orang. Anak laki 2 orang gagah perkasa, 2 orang lagi macam kecik lagi, ala ala Justin Bieber gayanya. Yang menarik perhatian aku of coursela yang gagah perkasa tu. Huhhh sasa gila badan ahahaha.. Yang sorang tu siap bertatu penuh satu badan. Sorang lagi senyappp jek.. Uhh suka mak tengok hahaha *oke gedis* Dapatla aku cuci cuci mata sebelum boarding hikhik..

6.15ptg, kapal terbang berlepas. Alhamdulillah cuaca baik, takde hujan, takde ribut, smooth aje. Perjalanan pun sekejap je, about 50 minutes. Pukul 7.10ptg sampai kat Airport Sultan Ismail Petra. Syok gile naik kapal terbang. 50 minit je! Cuba bayang kalau naik bas atau kereta kalau nak ke KB, maunye 8 jam! 50 minit tu kalo ngan kete, dok lam KL lagi, jam punye pasal huhu.. Ada duit lebih bolehla naik flight balik kampung. Kalo takde, bas Transnasional la yang jadi pilihan :)

Sampai airport tadi daddy tercinta and adik busuk datang jemput. Ah terubat rindu. Ayah siap sapu minyak atar kat tangan dia, so bila salam cium tangan, melekatla bau dia ehehe.. Ayah and minyak atar, memang tak boleh dipisahkan.

Sampai rumah dah maghrib. Mak baru selesai solat... Alhamdulillah dapat jumpa mak, salam cium tangan, peluk, cium pipi mak. Syukur mak dah beransur pulih. Dah bleh gerakkan tangan. Cuma tak boleh lasak-lasak lagi. Tunjuk kat mak hadiah yang aku and akak aku belikan sempena anniversary mak and ayah tempoh hari. Mak kami belikan tudung, ayah pulak kami belikan kemeja. Terus sarung haa ehehe.. Then tunjuk dekat mak barang-barang yang aku and my pumpkin beli haritu. Mak suka kain yang kitorang beli untuk majlis menyambut menantu tu. Abang, mak cakap, pandai abang pilih kain ehehehehe.... Tak tau lagi nak buat baju ape dengan kain tu. Oh by the way mak cakap baju akad nikah aku pun tukang jahit tak jahit lagi huhuhuh.. Baru ingat nak try test pakai.......

After that cari kucing. Oh Spark just gave birth to 3 cute lil babies. Bulat bulat, montok, gebu, tembam! Kaler pun cantik. Mak cakap maybe tu anak Yenn sebab penah nampak Spark and Yenn berasmaradana. So tak mustahil lah kan? Kucing-kucing yang lain pun sihat walafiat, gemok-gemok.. Kalo ada kamera aku snap-snap la gambar. Masalahnya takde kamera la huhuhuh...

Tu jela cerita kat kampung pada hari pertama. Seronok dapat balik dengan kapal terbang. Dapat luangkan banyak masa dengan keluarga. Kalau balik naik bas, malam ni dok dalam bas jelaaaaa...

Ape cer esok? Esokla aku cite :)

Oh, thanks to those yang sudi follow blog busuk aku ni *big grin* Later aku visit eh. Internet ok cos akak aku pakai streamyx so takde masalah nak blogwalking nanti. Just that I may have limited time to online. Yelah, balik ni sebab ada macam-macam hal nak settle. Lagipun takkanla balik kampung nak ngadap pc aje. Kang apela orang tua cakap kan? Tak senon!!!

Okla, selamat malam uols :)


p/s aku cuti dari 22/4 hingga 26/4

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...