Thursday, April 14, 2011

Gaji Dah Masuk! Yeayy! :)

Assalamualaikum,

Notis pemberitahuan hihih

Alhamdulillah, penat lelah aku bekerja dari 16 Mac hingga 14 April dah terbayar. Dah dapat upah! Macamle keje penat sangat ehehe.. Padahalnye, duduk depan pc.. Duduk dan duduk dan duduk. Melebarkan punggung  hikhik..

Ermm.. gaji dah masuk. Dalam kepala ni macam-macamla dok pikir nak habiskan duit tu macamana and nak beli ape....
$$__$$

1. Pencuci muka dah abes.. dah penat dah picit-picit..

2. Dedorant pun dah habes. Kantoi pegi keje tak pakai deodorant muahahaha

3. Flat shoes! Haihh.. tak sukanya nak kena pilih-pilih kasut ni. Nak mengetest lagi. Nasib baikla saiz kasut saiz universal (5/6). Dibuatnya kaki besar kan susah. Tapi saiz universal ni la selalu takde stok kan? Haihh..

4. Barang-barang hantaran - Sogo ada card member sales weekend ni. Sape ada kad? Pinjam!!!

5. Baju baru... seluar baru... dah bosanla dok pakai baju yang sama pegi keje.. Orang tengok boring, aku lagila boring.......

6. Ada orang suruh aku pergi spa & facial.. sebagai persiapan untuk hari bahagia nanti. Er perlu ke?

7. Saham Bank Rakyat ada lagi tak? Nak pegi beli lahhhh :P

8. Nak beli DVD/VCD. Bosanla malam-malam. Nak download pun line cam harem.

9. Tengok wayang!!!!

10. Simpan simpan simpan... bukan ke menyimpan wang tu amalan yang terpuji? :D


Ahhh.. berangan je lebih. Esok duit gaji tu potong buat bayar kete, bayar insurans, bayar bil, bayar sewa umah..last-last tinggal cukup-cukup makan aje. Ada hati nak shopping. Dok umah mopping lantai jelah kau!

3 comments:

  1. hehe..selagi di belenggu hutang...susahlah nk berfoya2 dengan tenang..

    ReplyDelete
  2. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...