Saturday, April 9, 2011

HOP

Assalamualaikum,


Semalam tengok cerita HOP ni dengan my sis and her kids. Macam biasala kan ehehe.. This few months banyak sangat movie movie best kat cinema. So, aku pon joinla sekaki... Lokasi menonton macam biasalah, GSC Alamanda yang dekattt aje dengan rumah.

Ok ok.. cerita ni pasal Easter Bunny. Alah mat saleh kan ada celebrate easter nih. Aku tak naklah cite easter ni pasal ape.. But anyway, during this time, salah satu aktivitinya ialah budak-budak cari candy, chocolates and easter eggs yang disorokkan. Easter Bunny ni lah yang bawak benda-benda ni dan sorokkan malam sebelum Easter tu. Esok paginye, budak-budak bangun dan cari... Fun activities. Budak-budak sukala tu :)

Cerita HOP ni pasal E.B yang sepatutnya ditabalkan jadi Easter Bunny, mengambil alih tempat bapak dia yang dah tua. Tapi E.B tak nak. Dia ada impian lain. Tak nak jadi Easter Bunny, nak jadi pemain dram yang terkenal di seluruh dunia... 
E.B dan bapaknye
Bapak dia of coursela tak bagi kan. So, dia amik keputusan untuk larikan diri dari tempat tinggal dia di Easter Island dan pergi ke Hollywood untuk mengejar impian dia tu.

Dah sampai Hollywood, dah ditakdirkanla dia berjumpa dengan Fred O Hare yang terlanggar dia. Terkejut si Fred ni bila jumpa dengan talking rabbit ehehe.. Start dari situla macam-macam benda jadi. Hilarious things of course. Nak tahu last-last E.B jadi Easter Bunny ke tak, silalah tengk sendiri ehehe..

E.B ni ada satu keistimewaan yang best. Dia berak keluar jellybeans! haha.. Comel gila muka dia masa nak berak tuh. Oh ada part, kakak Fred makan jellybeans yang E.B berak tu. Bluweekk.. geli!

Tadaaaaa.. tengok saya berak kuar gula-gula. Nak rasa???

Yang membawa watak E.B ni ialah Russell Brand. Husband Katy Perry yang sexy lagi gorgeous tu. Aku suka British accent dia. Comel! :)


Dan watak Fred dilakonkan oleh James Marsden yang hemsem tu.. awwwww... Love him ehehehe.. 

oh hot hot hot!

So u guys pergilah menonton cerita ni di pawagam yang berdekatan ye. Memang best, kelakar, sesuai untuk hiburan sekeluarga. 

But please please, if your children not really into this type of movie, tolongla jangan bawak dorang ke panggung. They will just disturbing others. Yelah, kalo dorang tak suka cerita macam ni, they will sure make noise. Menjeritla.. berlarila.. melompatla.. Itu tandanya dorang tak nak tengok. So buat rugi beli tiket dan tak pasal-pasal dah menganggu orang lain. Jadi sebelum bawak anak tu, tanya dorang dulu nak tengok ke tak nak... Kalau tak nak,ada baiknya beli je DVD tengok kat rumah...... Tu pendapat aku jela. Cos I was annoyed last night dengan budak-budak yang buat bising. Annoyed dengan parents yang membawak tu jugak huhuhu.. Oh another thing parents, if u have small little baby, please don't bring them masuk panggung. Kesian! Dahla sejukkkkkk... pity pity them. Kalau mak bapaknye nak sangat tengok movie, tinggalkanla anak kat rumah dengan sape-sape. Kalau takde orang nak jaga, beli ajela DVD nanti ye? huhuhuhuh.......

Ok dah membebel.

Tata~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...