Tuesday, April 5, 2011

Sakit

Assalamualaikum,

Ye saya sakit. Tapi masih gagah bekerja. Saya tahu saya seorang yang sangat gagah dan juga gigih. Bluwekk :P

Erm balik dari kerja petang semalam aku bawak Cik Bibab pegi car wash. Cik Bibab dah terlampau comot. After that terus balik rumah sebab badan memang dah rasa tak best. Kepala dah weng sikit. On the way balik akak aku call tanya kat mana. Dia ajak pergi Alamanda. Uhh masa tu dah tak larat. So aku cakap takpela, nak balik rehat je kat umah.

Sampai rumah around 6pm. Tukar-tukar baju terus naik atas katil berselimut litup. Badan panassss tapi aku terketar-ketar sejuk. Macamana tu? Entah bila masa terlelap, pukul 7.40pm tersedar. Ish bagusnye anak dara ni tido time Maghrib..

Pukul 8 lebih badan masih panas. Kepala makin weng weng.. Tak laratnya aih nak bangun. Perut menggelegak mintak diisi. Tapi tak lalu nak makan. Bukak peti ais ada sebungkus nasik lemak pagi tadi. Ingat nak panaskan pastu nak makan ubat. Tapi serius tekak tak lalu nak makan. Aku makan je ubat dengan perut kosong.

Lepas makan ubat demam, badan terus berpeluh. Lega je rasa. Maknanya demam dah kebah. Daripada berselimut litup, aku tolak ketepi selimut tu. Tidur bawah kipas dengan nyamannya.

Aku ingatkan sakit dah habis. Rupa-rupanya belum! Boleh pulak pukul 3 pagi tersedar, perut dah memulas-mulas. Terus masuk toilet melabur sepuas-puasnya. Uhh berpeluh-peluh haa dalam tandas. Ingatkan sekali tu je.. Tak sangka pulak pukul 5 tersedar lagi sakit perut. Pukul 7 sakit lagi. Last-last tak tahan.

So pagi tadi aku ke klinik... aku bagitau doktor aku demam pastu bila demam dah kebah cirit birit pulakk.. Takkanla sebab makan panadol dengan perut kosong leh cirit birit pulak. Doktor cakap, apabila demam awak boleh terkena cirit birit jugak. Oh ye ehh.. Tak tau pulak aku ehehe.. Tak pernah-pernah demam diikuti dengan berak-berak nih.. Then doktor cakap tonsil aku bengkak sangat-sangat dah. Sebab tu demam. Dia tanya aku, "tak nak buang ke???" Aku dah terkedu. Hanya mampu jawab, "nanti-nantilah doktor.." huhu padahalnya takut! Nak buang tonsil kena buat minor operation kan? Ish takut! Tunggu lepas kawinlaaa. Kang jadi pape tak terasa sangat sebab dah kawin! haha oke gedik..


Okey, serius ngeri! :(

Doc gave me 2 bags of antibiotics, ubat demam and lozenges for sore throat. Kenapa doktor tak bagi ubat cirit birit? huhu.. But luckily dah tak sakit sangat dah perut. Badan pun dah tak panas sebab tu aku gagahkan diri masuk keje harini. Kalau MC pun, bosan jugak duduk rumah saje-saje. At least dok ofis leh update blog dengan senang hati sebab line laju. Hahaha ada udang di sebalik megi rupa-rupanya. No lah... dok ofis lehla settlekan keje. Keje melambak ni!

Oklah uols, caucincau. Nak pegi lunch. Makan porridge macam Goldilocks. Yum!
Daa~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...