Tuesday, March 11, 2014

Penghibur Hati

Assalamualaikum,

Harini nak cerita pasal Saif Shaheem yang macam-macam perangai dah sekarang. Kadang-kadang bnda yang dia buat tu, buat aku rasa nak marah je. Tapi bila pikir-pikir balik nak tergelak pun ada. Aduiyai.. Anak oh anak, penghibur hati mama!

Pakai helmet abah. Nampak je terus cakap, "kai akaii.." (Read: pakai pakai)
Bila abah dia pakaikan terus dia naik basikal dia tu. Dua tiga kali nak jatuh ke belakang tuannya. Kes helmet lebih berat daripada tuan yang memakai haha..

Suka susun barang. Tak kira apa barang. Ni kat kedai. Susun kacang pun bolehh hehe

Yang ini kesukaan nombor satu. Susun car. Pastu panggil mama, "maa maa.. cantik takkk?"

Haa tengokkkk.... diambilnya periuk belanga mama kat dapur pastu dia buat macam roller blade. Habis bercalar tile huhu. Nasiblaa duduk rumah kerajaan nak oii, kalau rumah sendiri mama piat dah haha
Pastu satu lagi kan, dia sukeee sangat tengok tv dekat macam ni. Haihhh letih dan berbuih dah mulut mama suruh dia kebelakang sikit. Tapi dia tak pahammmmm... Hmmm...

Ni tengah main masak-masak. Susun periuk. Susun sudu. Pastu macam biasa dia akan tanya, "cantik takkk?"

Yang ni kejadian terbaru. Aigooooo habis patah berus gigi dia kerjakan.

Haa yang ni tak tau nak marah ke nak gelak. Dia mintak nak makan roti. Mama pun bagila. Tak lama pastu dia panggil, "maa maaa.. cantiknyaaa totii..." Allah.. tepuk dahi jap. Grrrrr... Tak taula apa yang dia bayangkan haha.. Sabar jela anak oh anak..



3 comments:

  1. banyak nye periuk! hahaha.. siap masuk kaki lg. kembang rambut mcm ciknaa tak amal? bahahaha.. shaheem..shaheem :)

    ReplyDelete
  2. kena beli helmet jgk kat Luth..
    budk2 bukan faham kalau larang2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...