Tuesday, June 23, 2009

KISAH SEORANG BEKAS PEMAKAI BRACES

Lunch hour tadi aku jalan-jalan kat blog member-member. Singgahle kat blog Ms. [aroranurul] yang latest entry dia ada image sebaris gigi yang putih bersih... Rupa-rupanya beliau bercerita mengenai BRACES!!! Tetiba aku pun jadi teruja nak bercerita pasal braces ni eheh...

BRACES!
[source]

[Inilah rupenye braces tu.. Sebaris besi di atas gigi. Buruk ke??????]

[source]

[Ini diagram ringkas untuk kita paham komponen-komponen braces ni]


Kenapa alwaniamalini teruja nak bercerita mengenai braces? Sebab alwaniamalini ada sejarah dengan braces.

Ye...... 4 tahun yang dulu, saya adalah pemakai braces. Gigi saya memang bermasalah. Struktur tu tak betul. Gigi kat atas, yang tengah, dia masuk ke dalam. Gigi yang kat bawah pulak, juga kat tengah, masuk ke dalam juga. Nak kata berlapis, tak jugak, sebab tak ada gigi lain kat depan dia.

Masa sekolah rendah dulu, mak selalu suruh pegi klinik, buat braces. Aku masa tu memang benci+takut+tak suka dengan doktor gigi atau lebih tepat lagi dengan nurse gigi tu. Tahla, masa kecik memang macam tu kot. Ada satu perasaan fobia ataupun trauma dengan doktor gigi ni. Kalau time ada check dekat sekolah tu, huh ketar-ketar lutut aku ni haaaa...

Anyway, pada tahun 2000, I wasa Form 2 masa tu, aku ade la berkawan dengan 5 girls (yep, I'm from all-girl school, so member-member sume girls). 3 daripada 5 orang ni, pakai braces. Hari-hari aku dok mengadap dorang, bergosip, mengumpat sume. Entah bila, tetiba timbul rasa suka dalam diri aku ni. Suka tengok cara dorang bercakap. Lain tau cara orang pakai braces bercakap ni. Aku suka tengok.

Atas kesedaran itulah, aku telah membuat keputusan berani. Aku balik rumah, aku cakap dengan mak ayah aku, aku nak pakai braces. Esoknya juga, my daddy bawak aku ke Klinik Gigi Kota Bharu yang dekat Stadium Kelantan tu. Kitorang pegi kat Bahagian Orthodontik.

Proses yang diambil untuk memakai braces:

1. Daftar nama di Bahagian Orthodontik

2. Nurse tu suruh aku gi Hospital Kota Bharu kat sebelah klinik tu, buat X-Ray gigi. Masa x-ray tu aku kena gigit satu plastik ni, pastu nanti mesin x-ray tu pusing-pusing atas kepala..
3. Cabut gigi. Yep, nak pakai braces ni, you have to take out 1-4 teeth kat hujung belakang, atas dan bawah. Aku cabut satu gigi je. Kat bahagian atas, kanan. Sebab bahagian lain dah ada renggang. This is to give space to the band (rujuk diagram) untuk dimasukkan dalam gigi yang paling hujung.
4. Dah cabut gigi sume, appointment seterusnya ialah untuk membuat acuan gigi. Hah, prosesnye takla lama tapi menggelikan eeyuuuuu... Okeh, nanti akan ada satu besi yang boleh muat semua gigi. Dalam besi tu dia akan letak simen. Macam simen tapi aku tak tau ape benda sebenarnya. Then dia akan masukkan dalam mulut dan pastikan sume gigi masuk dalam acuan tu. Huh, the cement taste gross! Memang nak termuntahla aku. Imagine, ko tak boleh nak telan air liur sebab ada benda besar dalam mulut ni, pastu nak bernafas pon terpaksa bernafas ikut hidung huh... Memang sedikit azab untuk beberapa minit itu.....

Dah selesai proses-proses di atas, barula in next appointment, gigi aku dipakaikan braces. Mula-mula, doktor akan masukkan band di empat gigi hujung (2 gigi atas dan 2 gigi bawah). Kemudian, dengan bantuan sinar UV, gigi-gigi aku dilekatkan bracket (sila rujuk diagram lagi). Satu-satu bracket dilekatkan di atas gigi. Lepas tu dia letak arch wire. Yayy, kemudian aku pon sah bergelar gadis besi! hehehe....

Elastic band, power chain sume tu diletakkan pada gigi mengikut masalah gigi. Kalau gigi ke depan, dia akan pakaikan elastic band tu dekat gigi atas dan sambung pada gigi bawah. Nanti gigi tu akan bergerak ke belakang. Macam ke aku, untuk gigi bahagian atas yang masuk ke dalam tu, elastic band diletakkan pada gigi yang masuk ke dalam tu dan disambungkan dengan gigi sebelah. Gigi bawah yang ke dalam tu pulak disambungkan dengan power chain ke gigi sebelahnya juga.

Dugaan-dugaan memakai braces:

1. Hari first pakai, anda tidak akan mampu dan tidak akan boleh menggigit makanan yang keras. Even french fries yang boleh dikategorikan sebagai lembut tu pon tak boleh tau. Yang boleh anda makan ketika itu hanyalah bubur nasik. Itupun, anda perlu telan, tak boleh kunyah-kunyah. Mungkin berpunca dari daya tentangan besi tersebut (serius aku gagal Fizik) maka apabila anda cuba menggigit, ada satu kuasa yang menghalang anda daripada menggigit mahupun mengunyah. Sangat sakit!

2. Luka-luka pada mulut. Perkara biasa apabila anda memakai braces. Biasanya luka-luka ini disebabkan oleh hook (rujuk diagram) yang terkena pada mulut. Pecah-pecah mulut tu memang biasalah. Mula-mula memang sakit. Lama-lama anda akan terbiasa.

3. Apabila gigi mula bergerak, anda akan mengalami masalah menggigit dan mengunyah makanan lagi. Seksa memang seksa, but it's part of the process. Bawak bersabar!

4. Apabila anda memakai braces, anda akan terikat dengan appointment dengan doktor. Biasanya appointment ni setiap sebulan hingga 3 bulan sekali. Yang paling tak best ialah, anda mungkin kena duduk menunggu selama berjam-jam. Tetapi apabila dah masuk jumpa orthodontist, anda mungkin akan duduk di atas kerusi tu hanya selama 10 minit. Buang masa!huhu

5. Anda akan mempunyai masalah untuk mengawal air liur. Memang tersembur-semburla air liur ni bila bercakap hahah..

Setelah 3 tahun memakai braces, memang ada perubahanla pada gigi aku. Happy sangat-sangat bila tengok gigi yang dulunya tak teratur, kini tersusun kemas. Macam-macam benda jadi masa aku pakai braces ni. Kat SMKKL aku digelar Betty. Sebab masa tu kebetulan tengah ada telenovela Mexico, Yo Soy Betty La Fea yang sangat famous amos tuh. Masa tu juga, akulah satu-satunya orang dalam sekolah tu yang pakai braces. Percaya atau tidak.

2004 (lupa berapa haribulan), braces ditanggalkan dari gigi aku. Masa dah takde braces tu, aku rasa macam aku takde gigi! Pelik je rasa. But guess what, gigi aku betul-betul tersusun elok. Takde lagi gigi yang masuk ke dalam. Macam tak percaya pun ada jugak...

Dah buka braces, I still need to wear retainer. For one year aku pakai retainer. Fungsi retainer ni ialah untuk memastikan gigi tu kemas, takde longgar-longgar. Retainer ni time makan kena bukak. Kat bawah ni contoh retainer. Aku punya dulu colour pink ngeeee :D

[source]

Haaa...itulah kisah aku pakai braces dulu. Memang very the special. Berus gigi ada 3. Berus gigi biasa, V-shape orthodontic brush and interdental brush. Makan pun tak boleh ganas-ganas. Tapi aku dulu ganas je. Pernah arch wire aku (rujuk diagram) tu patah. Tak boleh makan chewing gum takut nanti terlekat kat braces tu. Susah nak tanggalkan huhuh.. Sampai sekarang walaupun dah bertahun-tahun tak pakai braces, aku dah tak makan chewing gum. Dah tak reti! Pastu, dentist aku dulu selalu pesan, jangan minum air gas banyak sangat. Takut nanti gam kat bracket tu tertanggal. Tak taula betul ke tak, tapi memang aku tak minum air gas. Sekarang pun jarang-jarang.

SEBELUM:

[tipu, ini gambar latest]

Sebelum pakai braces, aku malu nak senyum nampak gigi. Malu sangat-sangat. Yela, gigi kan tak tersusun. So, senyum pun, nak tak nak je. Masa tu, my self esteem was ver very low. Sangat teruk. Nak berhadapan dengan orang pun segan. Bila orang ajak bergambar, aku mesti tolak.Sebab aku rasa senyuman aku tak cantik dan pasti akan memburukkan gambar..

SELEPAS:

Namun kini, setelah 4 tahun memakai braces, aku memperoleh gigi yang yang kemas dan tersusun. Aku dah suka bergambar! Senyum pun ala-ala kerang busuk gitew.. Masih ada rasa segan nak bercakap dengan orang, but at least I have one sweet smile to give them hehehe..

---Amal: Kecantikan adalah satu benda yang sangat subjektif. Terpulang pada setiap inividu untuk menafsirkannya. Bagi aku, senyuman adalah satu kecantikan yang paling indah. Ada orang nampak cantik dan manis sangat apabila tersenyum biarpun giginya berlapis! As fo me, I'm glad I chose to wear braces, endure the pain of it for 4 years, and finally have this beautiful teeth. Dan yang paling penting, semangat aku sedikit pulih. Alhamdulillah.......

57 comments:

  1. nk pki mende nih
    x pki2 smpi skang
    xD

    ReplyDelete
  2. eazy!~
    pakaila..kang dah tua, gusi keras hehehe

    ReplyDelete
  3. bru brangan nk pkai benda alah ni even gg ok je cuma saje nk mengade2 pakai. hehe pas bc n3 ni cancel la niat tu.. hohoo

    ReplyDelete
  4. olooo lemonade...
    asal nak cancel uhuuuu...
    sakit sikit jekk..
    tp dia punya hasil tu walahhhh.. mabeles hehhe

    ReplyDelete
  5. rai penah pkai!

    br taun lps, tak sakit laa...(org kuat iman tak skt pny..hahaha)
    tp buat ngn swasta, yang besnye:

    1) kna layan baik sbb kte dh bayo mhl.
    2) appoinment xplu tgu2, trus leh msuk.
    3) doc tu lemah lembut n xrs skt pn ms tuka getah die

    yg tak bape bes tang nk bayo dwet laa...hahahha...

    retainer die je len skit...=)
    cam plastik transparent yg cover keliling gigi tnpa melibatkan gusi.

    bes2 pkai braces...
    everybody should try, skng dh mcm trend kan?=)

    ReplyDelete
  6. seriously rye???
    skarang pakai lagi x?
    bes kan pakai hehehe...

    haa btul2, private dia punya layanan terbaekkk punyela.berbaloi dengan bayaran dia..

    retainer skang dah lawa2, zaman2 dolu xbape lawa huhu..

    yep, skang dah jadi trend...braces mmg worth it la..nanti senyuman pun manis je :D

    kan kan?hehehe

    ReplyDelete
  7. yerp, ade entry psl ni kat blog rai tp xigt dh kat mn...

    rai pkai setahun je n pakai gigi atas je.
    memang untuk betulkan susunan je, bukan utk alignment atas bawah. hehehe...
    gigi bawah dah cun ms tu...=p

    ReplyDelete
  8. o0Oo...
    pakai sekejapla ni..
    skang ats bwh dah cun kan..senyum pun sweet je ehhehe...

    ReplyDelete
  9. saya mula pakai braces last year bulan 12...sye x tau ape msalah sye..sye dah 2 kali tertelan bracket..especially bracket yg hujung2...sedangkan sye x makan keras2,manis...sye x tau knp selalu tertanggal..tp doktor ckp x apa sebab bila buang air bracket tu akan keluar sendiri..sye nak tny kpd semua yg pernah ada pglmn pakai braces adekah korg pon pernah mgalaminya mcm sye alami...sye jadi trauma pakai braces...rase mcm nak bukak cepat2..

    ReplyDelete
  10. waaa,bestnya pengalaman mcm ni..

    esok sy appointment pkai braces dah..hik2

    ReplyDelete
  11. anonymous,
    4 thn saya pakai xpenah lak jadi camtu huhuh

    adilahamzah,
    mmg bes! dah pakai blom? :)

    ReplyDelete
  12. sy nak pakai..awal bulan 11 ni nak jumpa dr..nk buat kat private sbb govrnment lambat sgt nak tunggu...umur sy 15 thun..takut la nak pakai...tpi nk pakai gak..hehe..

    ReplyDelete
  13. anonymous,

    bagus2! :) govt mmg lmbat n leceh sket process dia. swasta better tho a bit pricey. yg pnting comfortable :) 15 thn muda lagi tuuu.. saya dlu pon pakai umo 15 gak ehe..jgn takut2, x menakutkan pun..good luck! gigi dah cantik nnt, senyum2la selalu :D

    ReplyDelete
  14. nk tnya sket boleh..lepas buka braces n after pakai retainer setahun, gigi k.alwani mmg x de relapse sket pun ea?mmg gigi tu xbrgerak ke tmpt asal balik ea? k.alwani mmg pakai retainer setahun je k?lepas tu xpkai apa2 dh?

    ReplyDelete
  15. anonymous,

    after dah bukak braces and pakai retainer mengikut tempoh yang ditetapkan, gigi tak sepatutnya bergerak lagi dah. sebab ruang2 longgar tu dah takde.. gigi kan dah tersusun rapat, dia dah xde tempat nak gerak. tp macam saya kes nye lain. sebab after few yrs free from braces n retainer tu, gigi geraham saya rosak dan terpaksa dicabut. punca rosak tu sebab masa mula2 nak pkai braces tu doc salah cabut gigi. dia cabut yg elok dan tinggalkan yg dah rosak. mula2 memang x sakit, lama2 baru sakit.. gigi memang amik masa untuk betul2 rosak. then, saya cabutla gigi tu. now dah ada gap kat blakang. after that i do notice ada movement. ke tahla, maybe perasaan ke. x penah consult doc plak..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. akak, saya sekarang baru j lepas x ray gg. Kiranya, saya perlu menunggu lagi la untuk memakai braces 2?
    akak, saya juga nak tanya, kenapa kita kena amek xray gg? adk saya x perlu amek xray pun. Adakah kerana struktur gg, rahang o gusi saya y lain drpd y lain? kalau boleh saya harap akak dapat membantu saya menjwb persoalan saya ini. Akak boleh emelkn ke lovegrass_57@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. anonymous,
    normally a week ke camtu after dah x ray dia akan panggil untuk buat acuan gigi pulak. depends pada appointment yang dah ditetapkanla. pasal x ray tu tak sure la pulak kalau ia bergantung pada struktur gigi. nanti saya google google cari pasal ni k. :) selamat memakai braces!

    ReplyDelete
  19. hai,
    i br cadang nak pki bracess..
    anggaran kos bracess ni berapa ek?

    ReplyDelete
  20. anonymous
    erm masa saya buat thn 2000 dulu di klinik kerajaan, kosnye dalam RM300 shj. Sekarang ni rasanya dah mahal dah. Govt mungkin RM500 ke atas. Private, lebih mahal daripada tu. sekarang ni teknologi macam-macam, so harganya pun boleh tahan la :)

    ReplyDelete
  21. owh gitu...
    sy pun dok area KB,
    jd dok nak try survey area2 sini jgk,
    cume xtau tempat..

    ReplyDelete
  22. ooo dok KB ke. cubala tanya klinik gigi kota bhru kat stadium tu berapa ringgit kalu nak buat. tapi buat kat klinik kerajaan ni paham2la dia punye prosedur, proses menunggu etc.. kena banyak bersabar. kalo private, rsnye banyak klinik gigi kat kb tu. bolehla try tanya..

    ReplyDelete
  23. sy br check kat forum, katenye rawatan kat klinik kerajaan hanya utk yg berumur 18thn shj...

    ReplyDelete
  24. oh yeke.. xtaula pulak saya ada had umur macam tu

    ReplyDelete
  25. tengs..

    anonymous,
    normally a week ke camtu after dah x ray dia akan panggil untuk buat acuan gigi pulak. depends pada appointment yang dah ditetapkanla. pasal x ray tu tak sure la pulak kalau ia bergantung pada struktur gigi. nanti saya google google cari pasal ni k. :) selamat memakai braces!

    sy skarang da pakai besi dlm gigi.. org pggil sarung gg x silap.. mybe dlm bln 12 ni sy pkai braces.. huhu

    ReplyDelete
  26. anonymous
    ouh.. pakai bracket kat gigi hujung tu eh?

    ReplyDelete
  27. yup2..huhu soe lmbt reply.. duk sibuk ngan final exam.. =)

    ReplyDelete
  28. Salam.. kak buat kat klinik kerajaan or swasta? bayarannya pulk??

    ReplyDelete
  29. anonymous
    wsalam.. saya buat di klinik kerajaan pada tahun 2000. masa tu kos x mahal sangat. dalam rm300. sekarang saya x sure plak berapa harga..

    ReplyDelete
  30. snok bce ur post psl braces ni..coz ur story ada lbh krg sme cm sy..im wearing braces too..kdg2 rse best..kdng2 bosan..xtau la bile leh bkk..neway nice info!=)

    ReplyDelete
  31. Blh tau x, klinik swasta mna dkt area kb blh wt braces eh? Sbb stahu sy, xsmua klnik swasta ad wt braces kn? Brp kos? N kalau kt gov, brp lma kna tgu? Sy da umo 20 taon ni. Tq.

    ReplyDelete
  32. Blh tau x, klinik swasta mna dkt area kb blh wt braces eh? Sbb stahu sy, xsmua klnik swasta ad wt braces kn? Brp kos? N kalau kt gov, brp lma kna tgu? Sy da umo 20 taon ni. Tq.

    ReplyDelete
  33. izzati ii
    ermm saya pun x sure la klinik swasta mana yg ada buat braces ni. sy pernah pegi klinik gigi dr fatma, belakang bangunan mara.. bleh cuba tanya kat situ.. klu private kos mungkin mahal sketla.. klu govt mmg lama jugakla sbb ramai n doc x ramai.. maybe izzati bleh ke klinik gigi kota bharu and tanya dorang :) umo 20 tahun pun bleh pakai braces. takde masalah ;)

    ReplyDelete
  34. sy ade niat nk pkai gk tp sy ade gg yg rosak kt bhgian dpan..klu nk pkai braces die nk gg yg elok je ke?

    ReplyDelete
  35. Akma
    saya pun x sure. awak kena tanya klinik gigi :)

    ReplyDelete
  36. Br je pakai..day 4 ..sakit nye..makk aiii..rase nk lempang org... np kn nape eh, lepas gosok gg , gg rase skit bedenyut2..so far makan bubur jek...xtaw bile boleh makan mknan lain..
    sobsobsob..:(

    ReplyDelete
  37. bella chintaku
    haha biasala tu. sy dlu pun camtu jugak.. awal2 tu makan mmg x kunyah, telan terus!

    ReplyDelete
  38. Hari tu bila doktor check gigi saya,doktor tu kata semua gigi saya cantik,xder lubang pon.Sekarang nie dah xray (xray dekat tmpat lain sbb klinik tu xder xray ) ,takut la pulak dia nak cabut gigi yg mana serius akak saya takut nak rasa kesakitan dia.~T_T~

    ReplyDelete
  39. Hari tu bila doktor check gigi saya,doktor tu kata semua gigi saya cantik,xder lubang pon.Sekarang nie dah xray (xray dekat tmpat lain sbb klinik tu xder xray ) ,takut la pulak dia nak cabut gigi yg mana serius akak saya takut nak rasa kesakitan dia.~T_T~

    ReplyDelete
  40. Hari tu bila doktor check gigi saya,doktor tu kata semua gigi saya cantik,xder lubang pon.Sekarang nie dah xray (xray dekat tmpat lain sbb klinik tu xder xray ) ,takut la pulak dia nak cabut gigi yg mana serius akak saya takut nak rasa kesakitan dia.~T_T~

    ReplyDelete
  41. silent gurl
    hee jangan takut2.. it's part of the process. kejap je sakit tu :)

    ReplyDelete
  42. akak tau tak, 4 teeth saya kena cabut sakit sgt :-(

    ReplyDelete
  43. anonymous
    hehehe sekejap je sakit. yg penting pasni gigi cantik :)

    ReplyDelete
  44. akak pun tgh pakai braces ni..nak masuk 3 bln :) xray tu dipakai sekiranya ade gigi bongsu yang tumbuh senget dan melintang, so doc boleh nampak and advise kite utk remove gigi2 tu..akak kena cabut 8 btg gigi..4 btg gigi bongsu belakang (sbb tumbuh separuh dan melintang - yg ni kena operate kt hospital) and 4 btg lagi gigi blkg taring (nak bg space utk pergerakkan gigi - cabut biase kt klinik gigi)..skrg ni akak kena hati2 time makan sbb smlm archwire tu dah tercabut dari bracket..hehe ganas sgt time makan..nasib baik la archwire tu boleh masuk blk dlm bracket..cume ade rase longgar2..nak kena tunggu 18hb ni baru g jumpe ortho..lambat sgt..kena sopan2 makan..huhu

    ReplyDelete
  45. Akak kena check dulu ke gigi tu? Or kita pergi ke kaunter cakap nak baut braces? Sy nk buat kat klinik gg kb akak hiho :)

    ReplyDelete
  46. Replies
    1. Sy buat kt klinik gomen x kena denda as in kena byr ke ape. Foc. Plus kena bebel jela hehe

      Delete
  47. salam kak. kalau gigi kembali ke posisi asal cane eh kak? saya tak pakai sebulan retainer sbb rasa rimas time nak brbual ngan kawan hehe. agak agak kan kena pakai semula ke braces. hadui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. not sure plak. Kena ty dentist la mcmana nk buat klu gigi beralih ke posisi asal huhu

      Delete
  48. Assalam kak, saya baru 3 hari bukak braces and now pakai retainer, saya ade 2 doktor ,doktor z kata pakai retainer malam je tp saya was was la masa tu sbb kak sepupu saya pakai jarang2 gigi dia bergerak ke posisi asal ,saya trauma la dgr kisah dia. Then lepas 2 hari saya call doktor A.. dia kata kena pakai selalu retainer selama 6 bulan-1tahun jangan hukak 24 7 kecuali waktu sukan, makan and nak gosok gigi sebab saya pakai rrtainer yang transparent tu so benda tu kan mudah patah huhu. Just nak share pengalaman btw lama akak pakai huhu saya 2 tahun je pstu kakak kata dh tak cool dh bukak braces hahaha yes i admit yang braces ni memang cool ,terutamnya bila kita je satunya manusia pakai braces hahahaha even weird kan hahah dan paling penting kita inspired kawan lain pakai braces jugak kkekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dik. Alahai x perasan pulak ada byk komen baru. Pakai braces mmg cool hehe

      Delete
  49. Retainer tu..doctor ambil semula ke?ke kita simpan?

    ReplyDelete
  50. Gigi saya dh ada gap dkt depan..nk buat mcm mna ye?

    ReplyDelete
  51. Saya baru 2 hari pakai braces.hehe..
    Tpi gigi saya dah memaksa saya untuk cari comment2 orng tntg braces.Sebab gigi saya rasa sakit...Gigi saya tanya,agaknya berapa lama sakit dia akan hilang/ berkurang?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...