Thursday, December 5, 2013

Bermula Hari-hari Yang Sibuk

Assalamualaikum,

Allahuakbar, dah masuk bulan 12 dah pun kita ni. Tak lama dah nak masuk tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu! Aku takut betul bila mengenangkan masa yang cepat berlalu ni. Takut sebab ianya adalah salah satu tanda kecil hari kiamat. Takut memikirkan banyak lagi yang tak lengkap dalam hidup aku ni. Akhlak aku, ilmu aku, amal aku... Semoga Allah memberi aku rezeki masa untuk melaksanakan semuanya.. Insyaallah amin amin...

Alhamdulillah, bulan November berakhir dengan baik. Disember juga bermula dengan baik. Bermula dengan sibuk? hehe.. Sibuk kenapa ni? 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, semalam bermula lah perniagaan baru kami suami dan isteri. Rasa macam mimpi pun ada. Sebab semuanya berlaku dengan sangat pantas. Persiapan dibuat dalam masa seminggu je! 

Inilah perniagaannya.......

PENANG CHAR KUEY TEAW!
Tapi di Sabah hehehe..
Kawan husband tengah buat persiapan setup gerai semalam..


Bisnes ni sebenarnya bisnes my husband. Asalnya, bos dia yang ajak. Bos dia dah lama dok meniaga burger bakar kat tepi restoran ni. Memandangkan ada satu lagi gerai kosong dia pun ajakla encik husband daku ni. Agaknye dia tau husband aku ni gila bisnes cuma tak tau nak jual ape je.. Hasil perbincangan dengan kawan-kawan, dorang bukakla gerai ni. 

Memang seminggu je dia amik untuk beli peralatan memasak macam kuali, tungku dapur, pinggan, sudu garfu dan macam-macam lagi. Bahan untuk masak lagi. Hari Ahad haritu kawan dia, cook Navy datang ajar macamana nak buat pes char koay teaw ni. Haa siap chef datang ajar tu haha.. Nak harapkan aku reka atau cari resepi sendiri memang tak tau bila boleh start bisnes ni ekekeke...

Hari Selasa malam, berketung ketang daku dan husband masak kat dapur. Pukul 1 pagi kot baru settle. Bangun esoknya mata panda, mata raccoon masing-masing. Lakiku tu sampai takleh tido ha, nervous! haha.. Berapa kali dia dok ulang tengok cara-cara menggoreng CKT kat YouTube huhu. Maklumla, orang takde pengalaman. Memang zero betulla ni..

Semalam, Rabu, malam pembukaan atau perasmian gerai. Sempena pembukaan ni husband bagi makan free. Air je bayar sebab air kena order dengan restoran hehe.. Alhamdulillah ramai jugak yang datang. 49 pinggan husband cakap semalam orang order. Kalau berbayar lebih kurang RM300 dah tu. Alhamdulillah juga ramai yang bagi feedback yang baik.

Suasana sempena pembukaan semalam :)

Alhamdulillah la ada sambutan yang agak menggalakkan. Tapi tu mungkin sebab free dan orang pun baru nak try. Malam ni baru start jual betul-betul. Semoga ada rezeki buat husband dan kawan-kawan beliau. Amin....

Haa.. penyediaan pes macamana? Sape nak buat?? Encik husband kan kerja?? Haaaaa.. here come my part! HAHAHAHA.. Believe it or not eh, bermula hari ini untuk bisnes setiap malam, aku lahh yang kena sediakan pes tu setiap pagi. Kihkihkihkih.. percaya tak percaya tak?? Percayalahhhhh.....

Memula kitorang cadang nak buat pes tu 2 hari sekali. Means sekali buat tu buat banyak. Untuk 2 malam terus. Buat banyak pastu simpan dalam peti ais la. Tapi bila kupikir-pikir, kucongak-congak. tak bolehla buat macam tu. Sebab satu, macam tak fresh pes tu. Takut tak sedap. Takut orang sakit perut makan yang simpan 2 hari ni. Walaupun simpan dalam peti ais kat tempat beku sekalipun. Sebab dua, peti ais rumah aku kecik. Jadi takde tempat nak simpan. So, aku pun bagila cadangan kat suami, kita buat lah hari-hari. Biar sayang yang buat. Abang balik keje, semua dah ready. Kihkihkihih.. Bila lagi kan aku nak cabar diri aku sendiri??

Jadi awal pagi tadi selepas encik suami dah selamat ke tempat kerja, aku pun berketung ketang la kat dapur. Kalini rasa macam dah well prepared. Malam yang masak dengan husband tu tidur pukul 1 pagi sebab masa tu tak betul-betul susun kerja. Sekarang dah tau okla sikit kan. Air rebusan udang aku dah buat siap-siap sebelum tidur semalam. Rebus lada kering pun semalam jugak. Kopek bawang pun semalam jugak. Pagi ni tinggal nak blend, nak masuk dalam periuk je. Alhamdulillah Shaheem tido lena jadi tak menganggu konsentrasi aku buat keje...


Rupa dah ada (kot)
Rasa tak tauu hahahaha
Kena encik husband balik dulu baru bleh tahu.. 

Ni contoh sepinggan CKT yang dah siap dimasak. Tapi masa buat ni takde taugeh & kucai. 
Jemput makan hehehe..


Doakanla bisnes kami ni berjalan dengan lancar ye :) Lepas ni bermulalah juga episod kena tinggal malam-malam huhu.. Takpe, aku redha, Aku tak kisah. Dah cakap dengan husband, sayang redha abang keluar malam-malam untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Janganla keluar malam, cakap nak cari rezeki tapi cari 'benda' lain. Haaa tu memang nak kena cepuk huhu.. Nauzubillah. Semoga Allah sentiasa melindungi suamiku tak kira di mana dia berada dan semoga Allah permudahkan juga urusan serta murahkan rezeki dia dan rakan-rakannya. Amin.....

Kawan-kawan di Sabah kalau terasa nak makan Char Koay Teaw bolehla ke Alamesra ye :)

15 comments:

  1. wahhh...sedapnya.......gd luck sis n family....

    ReplyDelete
  2. baru smlm ciknaa p makan..

    semoga bisnes lebih maju yer amal :)

    ReplyDelete
  3. menarik!!husband pernah try masakkn utk yumie dlu.sdp gak die buat.haha.harap bini die,tah bile.ekeke

    ReplyDelete
  4. gud luck amal...
    nanti kita balik sabah, insyaAllah kita try ye...
    amal kat tuaran kan..?

    ReplyDelete
  5. Wahhhh. Tahniah korang!~

    All the best. Semoga dipermudahkan.

    Hugs!

    ReplyDelete
  6. Umi Qi rasa bangga sbb dpt kawan gan mama amal tau...bangga sgt2 bertuah je rasa sbb amal nih rajin org ye...suka bantu suami cari wang lebih....terliur tgk charkuew tiau tuh....heaven ye

    ReplyDelete
  7. aduhhh terliur pulak rasa.gud luck untuk amal dan suami.kalo g sabah lg.leh rasa pulak.hehehe

    ReplyDelete
  8. goodluck amal, moga rezeki bertambah :)

    ReplyDelete
  9. wowwww...nampak sedap dh tu amal..good luck bebeh.. :-)

    ReplyDelete
  10. good luck...bestnya char kuey teow ..kalau dekat ..tetiap malam datang...hehe

    ReplyDelete
  11. good luck... moga rezeki meniaga makanan ni melimpah ruah... amin....

    ReplyDelete
  12. nampak sedap tu wani.... terliur kot... semoga berjaya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...