Wednesday, May 4, 2011

Tak Usah Memilih Kerja

Assalamualaikum,

Perbualan di antara 2 pekerja di sebuah kantor:

"Nanti ko tolong bawak kotak ni pegi tingkat 2 eh. Troli ada kat dalam stor."
"Haa... ko nak aku bawak kotak? Tolak dengan troli? Depan staff staff lainn?? Ko gile ape. Jatuhla standard aku..."

Aku cukup tak berkenan dengan orang yang terlalu memilih kerja. Dia tak tahu ke zaman sekarang ni susah gile nak dapat keje. Ada orang bertahun-tahun hidup menganggur, terpaksa bergantung harap dengan mak bapak sebab nak survive. 

Tapi ada orang yang jenis tak bersyukur macam dalam perbualan kat atas, bila dah dapat keje, memilih-milih pulak. Tak nak buat certain keje yang kononnye menjatuhkan standard. 

Aku betul-betul tak paham dengan attitude orang yang konon nak bekerja ni. Dah dapat jawatan dalam company tu, apa saja kerja yang diberikan ko kena buatla. Tanpa banyak songeh. Unless keje tu memang keje haram macam kena pegi kelab malam berdangdut ke, kena minum air setan tu ke, kena menipu orang ke, kena buat benda-benda tak elokla. Yang tu memangla ko tak payah buat. Boleh terus hantar notice 24 jam je. Tapi kalau dah keje yang diberikan tu memang position ko yang kena buat, kenapa perlu ada bunyi-bunyi jatuh standard?

Hina ke keje fotostat kertas? Hina ke keje tolak troli? Hina ke keje angkut-angkut kotak? Hina ke keje-keje macam betulkan lampu? Lap-lap lantai? Keje cuci tandas. Hina ke?

Entahla aku tak paham. Bila jumpa orang macam ni, satu je yang aku boleh simpulkan, dia nak keje bukan dengan niat ikhlas. Dia nak keje hanya sebab nak mengejar kekayaan di dunia. Yelah, aku pun memangla keje sebab nak ada gaji bulan-bulan. But at the same time, kena la ada niat lain. Contohnya niat untuk mendapatkan pengalaman, niat untuk belajar sesuatu yang baru, niat semoga rezeki kita tu dapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah.

So my friends, jangan terlalu memilih kerja. Selagi kerja yang kita kena buat tu tak menyalahi norma hidup kita, buat jelah ye.. Takdenyela jatuh-jatuh standard. Dah tu memang keje kita. Buat aje kalau tak nak kena buang keje ehehehe...

2 comments:

  1. hu3...ptot bsyukur la yg dpt keje.jd pengganggur mmg xbest...

    hik3...

    ReplyDelete
  2. nor suhaiza
    tula pasal kan huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...