Sunday, May 1, 2011

1 May - Kenduri Kahwin Tini

Assalamualaikum,

Selamat Hari Pekerja semua!!! :)

Entry entry kat bawah tu semuanya scheduled entry. Sebabnya hari Sabtu, aku and member-member PCD keluar pegi Alamanda beli hadiah untuk Tini. Pastu aku tido umah kawan aku. Nak mengelakkan blog dari berabuk berdebu, aku buatla auto publish entry..

Ape cite korang harini? Pegi jalan-jalan dengan family? Dating dengan pakwe makwe? Atau cuma tido tergolek kat rumah? Kalo saya takde apa aktiviti nak buat, saya dah sah-sah tido tergolek kat umah je hari ni ehehe...

Tapi harini saya dan rakan-rakan berjalan jauh. Ke Telok Panglima Garang. Jauh jugaklaaaa.. Turun pukul 10.30 pagi dari Serdang, sampai di sana jam 12 tengahari. Lama kan kan kan? Pergi ke sana dengan tujuan nak meraikan pasangan pengantin Muhd Fakhri & Hartini Yahya. Tini, is my best friend at UPM. One of the PCDs. Dia PCD pertama yang kahwin.. Kenduri kat rumah Tini di Mukah, Sarawak kitorang tak dapat nak attend sebab jauh sangat. So kitorang pergila kat umah lelaki ni. Jadi wakil keluarga Tini sebab dorang tak dapat turun dari Sarawak.

Terima kasih banyak-banyak keluarga Fakhri sebab layan kitorang dengan baik. Dapatla renjis-renjis pengantin. First time woo buat hihihi.. Makanan pun memang marvellous habis. Penuh pinggan dengan lauk. Tak pernah lagi aku pegi kenduri yang hidang banyak lauk. Ada ayam, ada daging, ada kerabu ada macam-macamla. Dan saya makan semua! hehe.. Tak cukup dengan tu, kena invite makan kat meja pengantin pulakkk... Dapatla makan lauk sedap-sedap. Ish, makan banyak. Tak sedar perut dah membuncit huhuhu

Penat nak bercerita panjang. Tengokla gambar 3 keping nih. Cilok dari FB Tini ehehe...



Us, PCDs :)

4 comments:

  1. cantiklah baju pengantin tue..kelabu..

    ReplyDelete
  2. wowww...jauhnya...
    org sarawak....!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. cuti2 nie ramai gak yg kawin kan ..
    cantik tema pengantin uu .. warna perak . :)

    ReplyDelete
  4. zura
    betul2.. simple tapi cantik sgt

    nor suhaiza
    yup, dari sarawak :)

    kak ieda
    tunggu cuti sekolah bulan 6. laagi ramai ehehe.. yup, mmg cantik :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...