Tuesday, May 17, 2011

Cerita Lama: One Day Trip to Lumut

Assalamualaikum,

Happy holiday semua! :) Harini aku pegi piknik kat FRIM, Kepong dengan kawan-kawan ofis. Kata dorang outing last sebelum aku menamatkan zaman bujang hehe.. Syiok sangat pergi sana. Tapi aku tak nak cerita pasal pergi FRIM. Aku nak cerita pasal pergi Lumut 2 minggu lepas. Heh cerita basi yang dah lama sangat aku peram. Tak nak cerita macam rugi. Esok tua-tua boleh baca balik pasal ni. Yelah kan, first time bawak parents pergi sana :)

Okay okay.. mari mulakan cerita.

Mak, ayah and adik aku sampai di Putrajaya on Saturday. Dorang bawak kad kawin aku and a few for my pumpkin as well. Aku saje jela ajak-ajak parents aku pergi Lumut. Konon-konon nak pegi jalan-jalan sambil bagi kad kat my pumpkin ehe.. Mana tahu mak aku setuju. Dia pulak yang bersungguh-sungguh. Aku cakap je haha.. Sebab bila pikir balik memang tiring kalau nak drive pergi Lumut balik hari macam tu. Tapi dah mak kata ok, aku on aje! :)

So on Sunday we went.. Bertolak dalam pukul 7.30 pagi macam tu. Aku drive sebab aku yang familiar dengan jalan. Ayah aku pun tak penah pegi Lumut nih. Sepanjang perjalanan tu ok jela. Mak ayah tak tido, menikmati pemandangan. Yang tido anak buah akula. Budak kecik kan, masuk je dalam kereta wajib tido. Gambar dalam perjalanan takde sebab tukang amik gambar iaitu adik aku, pon tido! :P

Kitorang sapai kat Lumut jam 11.30 pagi. So perjalanan amik masa dalam 4 jam. Itupun my pumpkin terkejut bila aku cakap aku dah sampai depan gate base navy tuh. Dia kata aku bawak laju sebab cepat sangat sampai haha.. Well, saya tak sabar najk jumpa awakla nii.. Sebab tu drive pun laju jek :P Oh my pumpkin duty haritu. So dapatla tengok dia pakai uniform eheh...

Memula kitorang pergi makan dulu. My pumpkin bawak makan kat Restoran Silaturrahim dekat simpang masuk nak ke Teluk Batik. Kat situ ada macam-macam lauk. Jenuh nak memilih. Harga pun berbaloi la. Terima kasih my pumpkin belanja kitorang sekeluarga :)



After makan, my pumpkin bawak kitorang round dalam base. Nak tunjuk kat ayah aku tempat keje dia actually. So kitorang berpeluang jugakla tengok kapal dia.









Dah puas berjalan dalam tempat keje dia, my pumpkin bawak kitorang pergi kat pantai dalam base tu. Er actually bukan pantai pun. Tempat tu tempat orang belajar kapal layar. Ape tah nama dia haha.. Nantila tanya my pumpkin. Since dah malas nak pergi Teluk Batik yang for sure ramai orang, kitorang pun melepak kat situ jela.





Kat tempat tu ada banyak monyet. Kata my pumpkin, petang-petang sket ramaila geng dia turun. Carik makan. Pernah ada monyet naik atas bumbung kereta pastu rosakkan kereta sebab nak makanan. So solutionnya, orang-orang yang selalu pergi situ bawak sekor harimau letak atas kereta. Barula monyet-monyet ni tak turun sebab takut dengan rimau ehehe.. Harimau patung je ye.. Bukan yang real. Masa kitorang dok kat situ ada la sekor dua ekor monyet datang dekat. Ayah aku yang memang suka dengan haiwan ni, selamba je bagi dorang makan. Aku plak yang cuak-cuak. Bukan ape, takut dorang ni main kasar. Tak pasal-pasal cederakan ayah aku ke. Tapi nothing happened alhamdulillah..

Monyet jinak




Kitorang duduk melepak kat situ lama la jugak. Sedar-sedar dah pukul 4 petang. Pergi solat kat Masjid dalam base tu lepas tu kitorang gerak ke Marina Wing kat Lumut. Beli durian 3 bijik, kitorang berkelah kat situ :) Beli ABC for my mum.. konon-konon sempena Mother's Day hehe..

Ayah posing dengan KD Rahmat.
My pumpkin cakap kapal ni nak dijadikan restoran.
Durian beli tepi jalan nak ke Teluk Batik.
Ok ok jela
Mak menikmati ABC :D

ABC spesel.
 Budak laki yg buat ABC tu sambil buat sambil nyanyi lagu Madah Berhelah kuikui..
Nasib baik sedapp

Lebih kurang pukul 6 petang, kitorang bertolak balik ke Putrajaya dan selamat sampai jam 10.30 malam. Penat memang penat tapi puas hatila dapat bawak parents aku jalan-jalan kat Lumut. Dapat kenal tempat keje bakal menantu ehehehe...

And finally.. here's me and my pumpkin :D

Aku terlebih cahaya di situ. Pehal tah cerah melampau-lampau.
And my pumpkin sangat kurus! Urghh
But anyway, so handsome *haha*

3 comments:

  1. amboiii...seronoknya dpt jmpa en.tunang ek...
    hu3...

    ReplyDelete
  2. aummss.... eh mude2 mr pumpkin dh pakai pegawai waren ek....=)

    ReplyDelete
  3. nor suhaiza
    ehe.. jarang2 jumpa sure seronok :)

    eamy milea
    alhamdulillah rezeki ehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...