Monday, May 16, 2011

Kembali Sendiri - Saya Rindu Mak Saya :'(

Assalamualaikum,

Sobs sobs.. sedih.. mak dah balik kampung. Tinggallah aku, kakak and anak buah kat Putrajaya yang permai nih.. Lainnya rasa bila mak takde.

Pagi-pagi kalau mak ada, sebelum pegi keje breakfast kat rumah dulu... And then sebelum masuk kereta, salam cium tangan mak...

Petang balik keje, mak ada kat rumah tengah relax-relax kat ruang tamu. Aku pon ape lagi, tumpang golek kat sebelah mak. Nak manja-manja.

Malam dinner dengan mak. Makan nasik dengan lauk yang mak masak. Memang marvellous. Walau lauk simple macam telur goreng je tetap sedap. Lain daripada yang lain.

Malam nak tido, tido bawah ketiak mak. Sembang-sembang dengan mak macam-macam hal sampaila aku tertidur.

Weekend, bawak mak jalan-jalan. Pergi kedai DIY kat Jusco Equine. Mak suka pegi situ. Beli baja untuk pokok bunga mak..

Bila mak ada, hidup tak penah sunyi. Yelah, mak banyak benda nak bebel. Pesan tu pesan ni. Semuanya untuk anak dia yang sorang ni. Yang selalu buat hal huhu..

Sobs sobs.. saya rindu mak saya. Saya nak mak :'(

2 comments:

  1. nor suhaiza
    betul betul.. mak is my everything :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...