Thursday, May 26, 2011

Cerita Aku Hari Ini

***Arghhh internet slow!!***

Assalamualaikum,

Ye saye berada dalam keadaan tertekan. Ayik tertekan je tuan rumah ni kan haha.. Sori sori. Bukan tertekan ape pun, tertekan dengan internet yang macam harem ni je. Lampunye biru.. Signalnye HSDPA tapi hampehs. Slow jugak. Biasanya EDGE aje yang slow. Lampu kaler ijau. Lampu biru pun slow jugak???? Err lampu hijau lampu biru, macam ada unsur-unsur politik pulak di situ. Choyyy, blog aku suci dari cerita politik okkay. Takde pekdah sume tu. Membahayakan kesihatan je.

So how was your day today?? 

Mine was..... tiring! Sibuk mengobserve temp staff yang akan ganti aku time aku cuti nanti. Sibuk jugak mengajar dia itu dan ini. Banyak jugak rupanya keje aku bila dah ajar-ajar orang ni. Penat!! And bila mengajar kenala sabar kan. You cannot expect orang tu terus paham bila kita ajar. They may take time. Tapi kalo dah puluh-puluh kali ajar tak paham jugak boleh sakit otak aku. Huhu sabar sabar.. Risau pulak nak tinggalkan keje. Risau kalo dia buat salah. Keje aku plak takleh salah-salah. Huhu... *risau* Semoga budak tu dapat faham apa yang aku ajar and dapat buat keje dengan baikla time aku takde. Jangan dok call aku time tengah akad nikah tu dah laaa hehe...

Siang tadi call ahkak bridal yang tolong jahitkan manik untuk baju yang  aku beli kat PKNS Bangi tempoh hari. Aku tanya akak tu ape progress. Gelak aje dia huhuh.. Dia kata mamat yang nak tolong jahit tu promise Ahad ni siap. So saya benar-benar harap dia pegang pada janjinya. Kalau Ahad siap, Isnin kawan aku leh tolongkan courier, then Selasa or Rabu sampai. Kan kan kan? Harap-harap everything goes as planned. Tolong hambaMu ini Ya Allah!

Ohh.. I got my first wedding present today! *big grin* Terima kasih banyak-banyak buat rakan di opis yang pakat-pakat bagi hadiah tu. Banyak lak tu. Haih terharu saya. Terima kasih!! Hadiahnya berupa voucher Jusco and ada 2 bungkusan hadiah lain. Amount voucher tu banyak sangat. Terkedu kejap saya. Terima kasih banyak banyak. Lepas ni aku boleh shopping kat Jusco sepuas hati ehehe.. I might buy a microwave using the vouchers :)

Haa cakap pasal wedding gift ni, ada kawan aku, kawan opis jugakla, suruh aku post kat Facebook my wedding wish list. List hadiah yang saya nak. At first I thought of doing it, tapi bila pikir-pikir balik, tak naklah. Cos actually hadiah ni up to the guest la nak bagi ke tak kan. And ape pun yang dia bagi, saya terima dengan hati yang terbuka. Bukan senang nak beli hadiah untuk pengantin ni kan. So I welcome any gifts :) Kalau takde pun takpe, yang penting doa dan kehadiran dorang ke majlis aku. Cuba bayang kalau takde sape datang majlis aku? Huh sadis.. Takde hadiah takpe lagi ehehe.. Hatta kalo nak bagi jugak, tak nak datang dengan tangan kosong, bawak susu gula pun aku terima. Lagi bagus tu. Boleh buat stock sampai setahun dua ehehe.. 

Apa yang pentinggggg.. kerjasama tu memangla.. Yang penting lagi, doa kalian buat aku dan my pumpkin. 

Thanks all :)


3 comments:

  1. boleh plak mintak list hadiah...hehe

    ReplyDelete
  2. zura
    zura, kawan wani tu chinese. maybe that's their style. pastu dia kata nanti takdela kita dapat hadiah yang sama. macam dia, dia kata masa wedding dia tu, dia dapat 4 cofee maker huhu.. so kalo ada wishlist, snangla org nak bg hadiah ape :)

    ReplyDelete
  3. eloklah takde wishlist...nanti ada member2 kecik hati...lagipon bkn budaya org melayu ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...