Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat, Selangor - Rumah Anak Yatim Ranap

Assalamualaikum,

Terkejut bila baca post blog kawan-kawan mengenai kejadian tanah runtuh petang tadi yang meranapkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungau Gahal, Hulu Langat. Tengok gambar-gambar menyayat hati macam kat bawah ni lagila buat hati rasa sedih. 



Sumber gambar

Setakat 11 minit yang lalu, NST melaporkan 12 orang telah meninggal dunia, 9 dimasukkan ke hospital dan 4 orang lagi masih hilang. Tertimbus dalam runtuhan. Operasi mencari masih diteruskan.




Marilah kita sedekahkan ayat suci Al Fatihah buat mereka yang terkorban. Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama orang yang soleh dan beriman.

Buat yang tercedera, diharap mendapat rawatan yang terbaik dan segera sembuh.

Yang masih hilang, marilah kita sama-sama berdoa mereka selamat dan segera dijumpai. Semoga mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Amin... 

4 comments:

  1. hu3...sedey tgok berita tadi..
    rasa nk ngis..
    sayu je tgok...
    semoga mereka yang telah pergi ditmptkan dikalangan mereka yg beriman. dan yg tercedra berada dlm keadaan selamat...
    amin.....

    ReplyDelete
  2. alinac lover
    memang sedih sangat-sangat. dahla masa kebanyakan budak2 lagi. anak yatim plak tu :(

    nor suhaiza
    amin.. semoga mereka selamat :(

    ReplyDelete
  3. Allah swt lebih sayangi mereka... ape2pun, mmg tragis...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...