Saturday, May 21, 2011

Saturday Updates

Assalamualaikum,

Harini pergi Alamanda. Beli hadiah untuk Chan Chan yang akan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei ni :) Hadiah ape kitorang beli taklehla cakap. Cos Chan Chan kekadang baca gak blog aku ni. Kang kantoi, tak surprise pulak ehehehe.. Hadiah tu ikhlas dari kitorang tau Chan. Harap ko suka lah :)

Aku tak dapat pegi wedding Chan Chan nanti cos hari dia kawin tu la aku balik kampung. Dah tak boleh postpone to another day dah balik kampung tu sebab aku pon banyak lagi hal tak settle. Kena balik cepat-cepat. Sorry ye Chan. Tapi saya doakan ko dari jauh. Semoga sentiasa bahagia dengan Daus :)

After beli hadiah lepak-lepak jap dengan Dina, Nor and cousin Dina kat foodcourt Alamanda tu. Plan nak tengok Nur Kasih tapi mak aih orang ramai. Every showtimes sume penuh. Ramai betul yang nak  tengok ye. Ni nak try beli ticket online. Tapi hampa jugak... sampai malam sume time penuh. Macamana ni??? Kempunan nak tengok.. Huh ramai betul peminat cerita Nur Kasih ni ye ehehe.. Aku takdela layan sangat drama dia dulu. Tengok skip skip.. Movie ni nak try gakla tengok. Baca review pun best best. Katanya, lagi best dari cerita Kongsi tu. Cerita Kadir Bhatia memang selalu best kan. Banyak bermain dengan emosi. So rasa macam tak nak lepaskan peluang tengok. Tapi kalo dah penuh macam ni, takde chance la nak tengok kan huhuhuh... Takpela. tunggu aje CD :) Or maybe download secara haram je nanti kihkihkih *ada hati nak donlod. line slow macam siput babi. cane nak donlod?!*

Erm esok nak ikut Dina pegi Bangi. Nak cari baju.. ganti yang orang dah amik tu. Eeee bencinye bila ingat-ingat balik. Harap-harap ada la baju yang okay and harga pun munasabah. Kalau harga dalam RM400 huh sekian terima kasih jela. Aku pakai baju kurung bese je nanti time majlis. Tengokla nanti huhuhuhuhuhuh *Seteresssssssssssss*

Dah dah jangan sebut hal tu. Kang BP naik sape nak bertanggungjawab...

Klah.. nak buat wishlist.. Hadiah kawen apa saya nak hahahahaha.. Senang sket orang nak bagi hadiah kat saya kan kan kan :P

Nyte all :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...