Monday, May 23, 2011

Duit Mengalir Macam Air

Assalamualaikum,

*haih*

Ee tak senon mulakan entry dengan mengeluh. Tapi saya memang dalam keadaan bersusah hati ni. Hadui, bilala hati nak senang. Aku tahu bila! Bila semuanya dah selamat dan selesai! Lambatnyee huhuhu..

Semalam habiskan masa sehari di Bangi mencari baju ganti. Singgah dua tiga bridal jugak. Mak aih, mahalnye nak sewa selai baju pompuan je. Rata-rata quote harga RM250-RM450. =(

Last-last aku beli satu baju kat PKNS, Bangi . Puas hati! Tapi mahalunnnnnnn... Dah terdesak apa boleh buat. Then hantar untuk jahit manik. Sekarang dah kopak dah :( Kisah nak hantar jahit manik tu pun panjang jugak kisahnya. Ingat senangla nak cari tukang jahit. Sekali takde. Kalau ada pun dia takmo hamik sebab dah suntuk sangat masa. Aku nak by this Friday, 27/5. Memangla tak sempat kan? huuhuh

Nak dijadikan cerita, terjumpa satu bridal di Precint 15, Putrajaya. Main redah je masuk. Tawakal ajelah bridal ni boleh tolong jahit manik. Alhamdulillah, Allah tolong aku. Dia pertemukan aku dengan bridal ni. Akak owner sanggup menolong. Dia kata dia sendiri memang dah busy, so dia tolong tanya kawan-kawan dia. Adalah sorang yang sanggup menolong. Tuhan je yang tahu perasaan aku. Happy tak terkata. Nak nangis pon ada gak ehe.. Though upahnya agak *telan air liur* mahal, aku on aje lah. Malas dah nak pikir-pikir. At least baju tu hak milik kekal aku. Takdela terasa sangat nak berbelanja mahal. Boleh pakai balik time ada dinner ke, if muat lagila masa tu haha.

Erm terima kasih sangat-sangat kat akak tu dan kawan dia. Saya tahu benda ni terlalu risky, tapi apa boleh buat, saya terdesak huhu.. Risky sebab aku hantar hari Ahad 22/5, aku nak siap by 30/5 la paling lewat. Aku dah balik Kelate dah time tu so aku mintak tolong kawan aku amikkan and then courier ke rumah aku di Kelate nanti. Hopefully sampai on 31st or 1st June. That is a couple of days before my wedding. Very risky kan? Hmm takmola pikir benda bukan-bukan. Moga-moga semuanya baik-baik. Bagai dirancang. Ya Allah bantulah hambaMu ini!

Nor & Dina
Credit to my 2 lovely friends, Dina & Nor sebab teman aku seharian semalam. Tolong carikan baju, tolong bagi pendapat, tolong carikan kedai. Aku penat, dorang lagila penat. Terima kasih sebab berpenat seharian untuk saya. Allah saja dapat balas jasa baik korang berdua. Love love love!

Eh tak masuk cerita yang ada sangkut paut dengan tajuk lagi ni tapi dah panjang gila membebel haha..

Serious I tell you, nak kawin ni banyak gila duit pakai. Kita ingat kita nak buat simple simple je. Tapi tak kirala simple ke tak you still need to spend quite a lot. Tho maybe not as much as majlis yang grand grand. 

Catering, door gift, deco, photographer, etc.. Semuanya perlukan duit yang banyak. 10 grands may not be enough. Betul! 

Duit aku ni aku rasa macam laju gila mengalir. Baru je simpan dah kena keluarkan lagi. Nak bayar macam-macam. Deposit tu deposit ni. And now, dah kering kontang :( Walhal banyak lagi nak kena settle ni *haih* Terdengar pulak minyak nak naik, barang nak naik ape sume terus gelabah jadinye. Terus niat nak puasa direct seminggu ni ehehe.. Gaji May dah habis, gaji Jun 15hb baru masuk :(

Apa apa pun, I am glad I have family yang sudi membantu. Aku ada 5 orang adik beradik, dan each of them ada sponsor sikit-sikit. Oh serius rasa nak nangis. I love them. Terima kasih sebab ingat lagi kat adik korang yang banyak menyusahkan korang ni. Aku akan balas jasa baik korang nanti. *PROMISE* Mak ayah lagi banyak sponsor. Sob sob I love you mak ayah!

So to all brides and grooms to be, simpan duit banyak-banyak. At least setiap sorang kena ada RM10k. Groom kena lebihla sket sebab nak bagi duit hantaran/mas kahwin lagi kan. Jadi bersediala awal-awal. Sebab when the time comes, duit korang akan mengalir lajuuuu je. And rancang elok-elok, jangan sampai over spend. Ok? *Talking from the experience*

psst.. memandangkan beg duit saya dah takde duit sangat cuma berisi resit saje, makanya korang tolong-tolongla klik iklan nuff aku tu ye hihihihih *malu* 

Duit duit duit.. di mana ko duittt.... isk tetiba rasa macam mata duitan pulak!


$__$

3 comments:

  1. hu3...yunk..
    awk amik risio la Currier baju tu...

    ReplyDelete
  2. hu3...yunk..
    awk amik risio la Currier baju tu...

    ReplyDelete
  3. wani ok dah ke skrg? biasa la tu bila nak kawen, sypun dah habis hampir rm15k. $_$ kawen skali je setahun, eh silap. sekali je seumur hidup. rasanya ok kot.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...