Wednesday, April 1, 2009

:: Aduhh..sakit kepalaaaa ::

Assalamualaikum pembuka bicara..

Ye. Kepala saya sakit. Bangun je dari kerusi, terasa macam berada di awangan. Berpusing-pusing gitu.. Bila ngadu kat kakak Timah, buleh pulak dia cakap, "Haaa Waniii, ape abang dah buat niii.." Haishh, ngarut je kakak Timah ni tauuuu... Dia berada beribu-ribu kilometer jauhnya dari saya, ape dia bleh buat??hehehe (Oh suddenly aku rindu dia sobsob)..

Haa ni ada kisah 1 April nih, selendang colleagues aku hilang. Ada sape2 sengaja amik x?? Ish3, tak paham aku. Kata kawan aku ni, dia letak selendang tu kat kerusi dia then dia balikla umah. Datang pagi ni dah takde. Dia tanya aku sebab dia takut kalau2 ada night shift staff yang amik. Aku macam tak berapa nak setuju la. Tah,aku pikir orang yang educated, orang yang dah berfikiran matang, orang2 ni aku percayai, takkanla selendang tu dorang nak curi? Dahla terletak elok kat kerusi. Dah sah2 ada tuan punya. Lainla kalau selendang tu kat atas lantai ke, kat mana2 ke yang tak mencerminkan ia berpunya. Takpela jugak kalau nak amik. Hmmm..nak kata acik2 cleaner ni yang amik, xnakla tuduh2 kan. Iskk..sape tah yang amik. Selendang je ponnn... Kalau barang kemas berjuta2 ringgit aku pahamla kenapa dia nak amik huhu.. Doniaa doniaaa, aku tak pahammm... Bahagiakah hidup kita dengan memiliki barang yang bukan hak milik kita??? Saya tidak bahagia, saya takut, nanti tak tau nak jawab apa di hari perhitungan nanti..

Lagi..lagi..ape lagi cerita 1 April ni ye..Haa, pagi2 lagi ada orang bikin hati aku panassSSss...Ade ke orang itu kata handbag aku besau???Dia kata itu handbag makcik2 je tuh..Aihhhhh sukee sukiiii je mulut tu ye..Geram betul, pagi2 dah nak naikkan darah aku. Aku geram,aku cakap, "You jangan xtauu, beg I ni besar, duit banyakkkk...Mana leh pakai beg kecik2, x padan dengan duit I yang banyak nii.." Pastu lagi satu, dia bebel2 cakap biskut yang aku bawak turun tak sedap. Eeee makan jela yang mana ade. Nak memilih2 tu napelaaa..Nasib ada biskut nak makan time lapo2, orang kat zon perang, kat mana2 yang mengalami krisis makanan tu, ulat pon dorang sanggup makan tau..Minum pun minum air kencing sendiri. Ini orang dah bagi makanan (ko suka ke tak suka) makan jela. Kalo betul2 x suka, xpayah susah2kan diri nak makan. Ko carila makanan sendiri. Tak bagi salah, dah bagi pon salah.eee...huhhhh,nyampohss aku dengan orang yang mulut takde insurans nih. Tengok, tak pasal2 alwaniamalini dah membebel2 macam nenek tua.

Ape je yang best hari ini? Owh, aku dapat souvenirs from my colleagues yang sorang, pegi Australia for training (beshnyeee dia. Baru masuk dah pegi training kat Australia. Admin tak nak hantar training kat Australia gak ke?uhuu~~).. Pastu sorang lagi baru pulang dari Padang Besar. Actually dia konvo hari tu kat UUM, so sesambil tu jalan2la kat Padang Besar kan. Terima kasih sangat2 =) (Sejuk sket hati aku yang panasssSS nihhh).. Nak upload gambar tapi x sempat. Malam nanti aku upload.

Kenapa aku masih di ofis waktu begini???? Biasalah, aku kan pekerja berdedikasi..
Dan selepas ini aku nak ke Alamanda. Apee??shopping???Tidakk tidakk..Kena pegi beli air kotak untuk Training pukul 6.30pg esok. Aduh, tetiba rasa cam nak nangis. PENAT PENAT..SAYA PENAT..SAYA NAK BALIK TIDO...sobsob..dan pagi esok aku kena masuk awal. Pukul 4pg mungkin. Tinggal 12 jam lagi nak pukul 4pg. Adeh, leh mati aku.. Apo dayoo...aku hanyalah kuli yang makan gaji. Kerja yang diberikan akan aku laksanakan seikhlas dan sebaik mungkin. Aku tak nak makan gaji buta. Tak bahagia hidup aku nanti huu~~~

Baiklah, enough all the s**t talking. Masa untuk aku menjalankan tugas seterusnya. Daaaa~~


---amal: Caffeine caffeine..I need caffeineeee....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...