Tuesday, March 24, 2009

Peace y'all..


Kawan2, jangan kita bergaduh........jangan kita bermasam muka...jangan kita bertegang lidah....
Sama2lah kita muhasabah diri...kita fikir secara terbuka..kita fikir positif..kita kan dah lama berkawan..buangkanlah perasaan benci..hapuskanlah hasad dengki....tinggalkan prasangka buruk...xpenat ke membenci orang?x penat ke membenci sikap orang? apa kebaikannya???apalah salahnya kalau kita belajar, kita ambil iktibar daripada apa yang kita tidak suka itu..apa salahnya juga kalau kita cuba menerima dia seadanya dia..mungkin itu cara dia. mungkin itu sikap dia. suka atau tidak, dialah sahabat kita, ketika suka dan duka.
Nak menegur sikap dia, mungkin sukar. Ada orang boleh menerima sebarang teguran. Ada orang langsung tidak boleh. Tegur sikit, dah melenting. Ada orang, katanya, "tegurlah saya, saya menerima segala teguran." Tapi bila dah ditegur, wahhh,melentingnya mengalahkan orang yg tidak boleh menerima teguran td. Jadi, untuk keselamatan diri tak usahla kita tegur. Tak usahla kita jolok sarang tebuan itu. Biarlah dia sendiri yang muhasabah diri, mengenali diri sendiri.
Kawan2,berkawan, biarlah seribu..berkawan pula janganlah sekadar untuk menerima. cubalah untuk memberi. Nikmatnya, hasilnya dan kemanisan bersahabat itu pasti berganda2.. Apabila berkawan, kita perlu berani, kreatif, memandang ke hadapan. Janganlah kita mengharapkan sebelah pihak sahaja. Kita cubalah mendekatkan diri dengan mereka. Cuba menyelami minat mereka. Cuba jadi sebahagian daripada hidup mereka. Ketepikan diri buat seketika. Kawan, buat baik dibalas baik. Buat jahat, paham2lah sndiri. Sanggupkah kita hidup bersendirian? Jangan terlalu pentingkan diri. Tak kemana2 kita nanti..
Aku penat sebenarnya. Penat menjadi hipokrit. Penat menjadi seorang yang talam dua muka. Penat melayan kerenah orang. Penat menipu orang dan penat menipu diri sendiri. Aku dah muak, sudah jelak dengan semua ini. Aku nak jadi neutral. Tidak memihak kepada sesiapa. Biarlah orang itu mengerti sendiri apa silapnya, biarlah orang itu menilai sendiri dirinya. Dan aku terima dia seadanya. Dulu, sekarang dan sampai bila2. Kerana dia kawan aku. Apa jua kesilapan dia pada aku, aku maafkan. Aku dah x ingat dan aku dah tak nak fikir lagi. Apa jua kesilapan aku pada dia, aku harapkan yang sama. Agar dia memaafkan aku dan tidak sekadar di situ..tidak sekadar memaafkan tapi juga menerima aku seadanya aku.
Kepada semua kawanku, rakan seperjuanganku, tulang belakang aku, terima kasih kerana sentiasa bersama aku. Waktu susah dan waktu senang. Aku hargai setiap pertolongan korang dan setiap detik dan saat kita bersama. Sesungguhnya semua itu sangatlah berharga. Tidak boleh ditukar ganti dan tidak boleh dijual beli. Hampir 3 tahun lebih kita berkawan..Macam2 kita dah kongsi.. Sayangilah persahabatan ini...Dan, aku sayang kamu semua...............
--amal: xnak dengki dengan orang, nanti diri sendiri yang rugi --

6 comments:

  1. wanieeee
    bersabarlah...
    ALLAH akan sentiasa bersama mereka yang bersabar...

    ReplyDelete
  2. sama2lah kita bersabar ye yana...
    dugaan bersahabat huhuhu

    ReplyDelete
  3. salam..heheheh saje nk komeN...biase ler manusia...mmG kita susah nk pHm..ape2 pUn sabar jer yG terbaIK... (",)

    ReplyDelete
  4. enasan~~

    xpe, komenla, sy ske hehe..
    btul2,nk phm org ni susah..
    biarlah dia phm diri dia sndiri..
    kita layan jelaaa adeii penin2..

    ReplyDelete
  5. betul betul betul...

    for me, klu kawan rapat nk tegur bleh tp klu br kenal nk tegur2...hmm xdpt la jack! hehe

    ReplyDelete
  6. mc'eja~~

    klu kwn yg btul2 rapat dan dia tu plak yang boleh menerima sebarang teguran sure ok.
    tapi kalau kawan tu rapat juga (tapi mungkin x rapat sangat2),
    tapi x leh nak terima sebarang teguran mmg xleh wat apela.

    bila kita tego, dpn kita dia kata phm, tapi belakng kita dia merajuk.dia ckp kita xsuka dia la..mcm2lah..so nk elak benda2 camtu, kita x usahla bermain api kan.biarlah dia.biar dia phm sndiri.

    huhhh ati masih panasss ni hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...