Sunday, October 2, 2011

Hantaran Tunang & Akad Nikah

Assalamualaikum,

Petang-petang Ahad ni tetiba la pulak mood nak blogging datang. So masa ada mood ni lah kita kena update blog!

Aku nak share pasal hantaran tunang dan akad nikah aku 4 bulan yang lalu kihkih.. Not too late lagi kan. Ala, bila-bila pun boleh cerita betul tak? Blog aku, suka hati aku la hehe..

Ok ok back to the story. Aku tunang dan nikah pada hari yang sama iaitu 4 Jun 2011. Hantaran untuk tunang dan akad nikah ialah sebanyak 5 bekas berbalas 5 bekas jugakla. Senang. Tak payah nak ganjil ganjil, genap genap huhu.. Tak adil je bunyinya kalo yang laki dapat banyak, perempuan dapat sikit erk? Mak aku cakap, ore Kelate tak buat macam tu. Kalo yang perempuan dapat 10 bekas, laki pun dapat 10 bekas jugak. Barula adil dan saksama ehe..

For me, from my pumpkin :)

Sireh junjung dan cincin.
Yang dalam bekas kaler gold tu cincin tunang. Dalam bekas merah pulak cincin kawin.
Aku takde rantai mahupun gelang. Cincin je sume. Senangggg dan murah sikit. Jimat kos hehe..

Tafsir Al Quran

Sepersalinan baju. 
Baju ni dipakai masa majlis menyambut menantu belah laki.
Kainnya aku beli kat Jalan TAR. Murah sajo, RM30 kot kihkih..
Then jahit buat kebaya. My first kebaya!
And last maybe. Sekarang dah tak muat +__+

Album berisi duit mas kahwin sebanyak RM dot dot dot hehe

Kuih penderam eh ke ape nama standard dia? hehe
Aku panggil kuih telinga keling je huhu
Bukan racist eh. Dah memang panggil nama tu.

For my pumpkin, from me :)

Cincin tunang. Perak+sapphire.
Pilihan aku sendiri. Tapi sayang cincin ni longgar.
Beli tak ikut saiz jari my pumpkin. Sebab saiz ni je last ada. Aku tak suka batu lain. Aku suka sapphire je huhu..
Rembat jugakla. Lain kalila pegi alter saiz eh sayang?

Towel

Sepersalinan baju Melayu. Untuk dipakai di majlis menyambut menantu belah laki.
Ye, kami beli baju Melayu ni di Nagoya, Jalan TAR. Tengok kaler baju lebih kurang sama dengan kaler baju kebaya aku tadi. So terus je beli. Malas nak cari tempat lain. Nagoya pun Nagoya lahh hihi

Kek buah mak saya buat!

Buku pemberian ayah saya. Aww so sweet :)

Simple simple je hantaran kami. Bagi yang termampu sahaja. Macam aku, kotak-kotak hantaran tu sume recycle abang aku punye dulu. Dah barangnya masih elok, guna ajelah. Kalau tak, berhabuk macam tu je. Lagipon benda ni sume bagi aku untuk main-main je. Adat je kan. Yang paling penting sebenarnya ialah, kesempurnaan akad nikah dan mas kahwin tu. Itu yang wajib :)

Nanti aku share hantaran masa sanding pulak eh :)

2 comments:

  1. ye, shi pun panggil kuih tu kuih telinga keling..hahaha.. :D dulu sangat tak suka kuih tu..sebab rasanye yg pelik..tp sejak duk jauh ke utara n susah nk dapat kuih tu, terus jatuh cinta..

    p/s : manusia macam tu le..dah susah nak dapat, baru nk hargai kan..? adoi~

    p/s/s : cpt wat entri hantaran sanding plak mal.. :)

    ReplyDelete
  2. shi,
    hehe kan kan memang tu namanye kan. tula, belah utara mmg byk kuih ni. tak sangka kat kg hubby amal pun byk kuih ni. walhalnye di timur eheh..

    p/s: ala besela tuuu shi. manusia kan hihi

    p/s/s: dah buat dah. sila jenguk :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...