Friday, July 31, 2009

Mengenangmu.....

Dah satu hari tak update blog! Rindu tak?hehehe.. Macam tak rindu je, tak ada orang pun datang menjenguk blog saya. Waa sedih sedihh....Sorry sorry, ter'emo' pulak..

Anyhow, last Wednesday saya busy yang amat. Pagi tu, macam biasa saya masuk keje pukul 5.30 pagi. Eh tak, biasanya saya masuk pukul 5.45 pagi hihihi.. Tak tahulah, buang tebiat ke ape, saya datang awal pulak hari tu kan.. On that day, pada jam 2 petang hingga 5 petang, kitorang ada Mid Year Update Meeting dengan Managing Director yang turun dari Australia. So, saya sebagai admin ni kenala setup auditorium untuk meeting and etc etc.. Pastu my boss bagitau dia nak saya datang untuk meeting malam jugak. To setup and etc etc.. Erk, saya rasa macam nak pitam-pitam gitu. Tetapi, demi kerja, saya kena datang la kan?

So Rabu hari tu, begini schedule saya:

5.30pagi - Masuk office
2.00 petang - Meeting
5.00 petang - Balik rumah, golek-golek sejam dua jam
8.40 malam - Ke office lagi sekali (masa ni gua bagitau lu, pale gua berat dah..)
10.00 malam - Meeting
12.00 tengah malam - Meeting habis dan saya cepat-cepat cabut balik

Haa dasyat tak?? Saya pun tak sangka saya mampu bertahan dengan keadaan itu.. Memang balik pukul 12 tu, kepala saya dah geylong geylong, ngantuk, penat, sakit kepala, semua ada laa.. Alhamdulillah, my boss bagi sedikit kelonggaran untuk datang lewat pada keesokan harinya (semalam, Khamis). At first, my boss tanya, "You nak datang lambat ke, nak take a day off?" Saya pikir punya pikir punya pikir, last last saya cakap, "Saya datang lambat jela boss.." Bagus tak?hahaha.. Kalo cuti pun best jugak, tapi sebab ada keje yang belum selesai, hati saya ni berat sangat nak cuti. Saya memang tak suke kalau ada keje yang tak siap, rasa macam serba tak lengkap huhuh...

Jadi, semalam, Khamis, saya masuk pukul 12 tengah hari dan pulang pada jam 3 petang. Bes kan jadi saya?hehehe.. Company ni memang best, working hoursnya very flexible. Pandai-pandai kitala nak mengatur masa..

Kawan-kawan, saya ada cerita sedih nak share.. Sobsob..

Rabu hari tu juga, sedang saya dan beberapa orang kawan breakfast, datang our GM, asking about an accident yang berlaku depan MDEC building, not really far from our office. Dia cakap ada sebuah kereta terbakar and she just wanted to make sure yang terlibat tu bukannya staff kami. Masa tu takde sape yang tahu sebab tak lalu kat situ. Then, datang kawan saya yang baru sampai. Dia bagitau dia nampak. Gen 2 terbakar. Dia kata tak tahu ada mangsa ke tak tapi dia nampak ramai je orang berdiri tepi jalan, menyaksikan kejadian. Dalam fikiran saya masa tu, mungkin tak ada mangsa, mungkin mangsa dah diselamatkan.

Tapi, rupa-rupanya.... ada mangsa.. Dan beliau meninggal dunia dalam kereta tersebut. Terkejut sangat bila saya dapat tahu. Mangsa seorang perempuan, dan baru je dapat anak. Aduh, lagi sedih.. Semalam, saya asyik teringat-ingat kisah dia.. Orang cerita, dia cuba nak keluar tapi tak dapat. Dia pergi seat belakang, cuba nak keluar dari belakang, tapi malangnya pintu belakang pun tak boleh bukak. Saya cukup terganggu dengan kisah dia. Semalam, saya Google, anything on that accident. I found a few forums and blogs yang bercerita mengenainya. Harian Metro juga ada menyiarkan berita mengenainya.

Satu blog yang menyentuh perasaan saya ialah, blog rakan arwah.
Aduh, kalau arwah rakan saya, pasti saya juga akan turut merasai kehilangannya...

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Norzihanie Shafiee. Daripada Dia kita datang, dan kepada Dia jua kita akan kembali. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

6 comments:

  1. ekceli....sblm paper kuar...my opismate pon on eway dr sana..dia smPt rakaM kat hp psl kejadiaN keta yg tlh dijilat api tue...yfg sdG dipadam oleH bomaba



    dia Pon ekceli xsangka ade owg kat dlm keta tue..dia nGk gak...tp xsanggup nk tgk ekceli....



    moga dicucuri rahmat roh beliau. Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. erm..innalillah..stiap insan ade hjg jln cerita..jln cerita kita ntah bgimana pengakhirannye..

    ReplyDelete
  3. 1.anda wanita bionik..uhukss..
    2.smoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  4. kak ina,
    yeke?
    kalo wani, wani x sanggup nak tengok video tu...

    ReplyDelete
  5. shi~
    btul tu...
    memang kita tak akan tahu bagaimana dan bila jalan cerita kita akan berakhir..

    ReplyDelete
  6. miki,
    1. bionikla sangat, skang batuk2 nih uhuk uhuk..
    2. Semoga roh arwah akan sentiasa dirahmati dan diberkati...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...