Sunday, October 16, 2011

Petua Untuk Dapat Anak

Assalamualaikum,

Ada la 2,3 orang kawan aku dok bertanya apa aku buat dapat baby cepat ni? hehehehehe... Seriously, aku takde jawapan.. Aku buat apa yang sepatutnya suami isteri buat la kan ehehe..

Sebenarnya, anak ni rezeki Allah. Insyaallah, semua pasangan suami isteri akan dikurniakan anak, bila-bila lepas kawin. Sooner or later, tu semua keje Allah. Keje kita hanyalah berusaha dan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT.

I googled for some tips yang boleh korang cuba untuk dapatkan anak.



Source: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/03/5-petua-untuk-anda-dapat-anak.html


1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.


2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.


3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.


4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.


5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.

Source: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6249.0

Petua oleh Dr. Mohd Ismail Tambi

UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.





Selamat mencuba! :) Jangan sesekali putus asa untuk mencuba dan terus mencuba. Harini aku dapat berita daripada seorang rakan. Dia sekarang sedang hamil anak kembar setelah hampir setahun mencuba. See, Allah pasti akan menganugerahkan rezeki yang paling baik buat hambanya yang sentiasa bersabar. Keep on trying ya. Insyaallah, Allah will help you :)

5 comments:

  1. Semua petua di atas dah cuba, dan dah bermacam cara kami cuba selama hampir 2 tahun ni, tp yela mungkin belum rezeki kan.. ;)

    ReplyDelete
  2. myra jay
    jgn putus asa k :) cuba lagi sampai berjaya

    ReplyDelete
  3. wah best bgus petua nie..saya dah setahun lebih kahwin tpi masih belum rezeki lagi..sy baca post sis nie baru sy paham..sy selalu lepas bersama suami kaki mmg akan luruskan n ttup peha..insyallah sy akn cuba petua nie..terima kasih sis..:)

    ReplyDelete
  4. wah best bgus petua nie..saya dah setahun lebih kahwin tpi masih belum rezeki lagi..sy baca post sis nie baru sy paham..sy selalu lepas bersama suami kaki mmg akan luruskan n ttup peha..insyallah sy akn cuba petua nie..terima kasih sis..:)

    ReplyDelete
  5. Reen Wan, saya doakan sis dan suami akan dikurniakan anak2 yg comel, soleh dan solehah. aminnn :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...