Wednesday, October 19, 2011

Baju Nikah & Sanding & Sambut Menantu

Assalamualaikum,

Haritu aku share hantaran nikah and sanding aku kan.. Now nak share baju yang aku pakai pulak.

Aku pakai 4 helai baju..

Masa nikah 1, masa sanding kat umah aku 2 dan majlis menyambut menantu kat umah my pumpkin 1. Daripada 4 baju ni, satu je sewa, yang lain hak milik sendiri :)

Baju nikah

Sorry, takde gambar full yang clear. Ni je kot paling clear?
Aku pilih colour lilac for nikah sebab masa sanding nak pakai putih (yang tak berapa nak putih sangat).
Kain satin, alas dengan lace. Beli kat Kedai Kain Honyi, KB, total RM300++
Upah jahit lupe dah bape. Tapi tak mahal sangat rasanya.
Aku buat baju kurung moden, kain duyung sahaja. Senang boleh pakai balik pasni.
As for my pumpkin, baju melayu tu beli yang dah siap. Alhamdulillah syukur nikmat, dapat jumpa baju melayu with the same colour. Penat aku cari. Baju ni beli kat Pasar MPKB kat KB. Dah pindah dah pun pasar tu. Pegi Bazar Tok Guru pulak. Harga baju err, RM80 kot? Lupe dah ihihih.. Saiz ialah saiz S ye *keciknye laki aku*
Sampin beli kat pasar MPKB jugak. Harga err RM50 kot? Aiyark dah lupa hihihi.... Beli sampin kaler cream cream sebab nak pakai lagi sekali masa kat umah my pumpkin pulak.... Senang, reused je ehe

Tudung nikah plak.
Tudung nikah dibeli secara last minute dan kelam kabut ye tuan tuan dan puan puan kekeke
Beli kat Pasar Wakaf Che Yeh malam sebelum hari kejadian.
Murah sajo, RM10. Nak cari tudung bawal tapi takde. Sadis betul. Sekarang berlonggok tudung awning tu je. Dan aku bukanla peminat tudung tersebut. Dah tudung bawal takde, aku rembat la tudung chiffon nih. Last piece. Pedulikkk.
Memula risau tudung ni susah nak bentuk, tapi alhamdulillah, ok je.
Veil pulak sewa dengan bridal. Alhamdulillah dorang ada veil kaler purple yang sesuai dengan baju n tudung aku.



Baju Sanding:

Baju Satu

Ekekeke sorile, takde gambar full la.. Kalo ada pun, aku nampak gemuk. Wajibla takleh share kat sini kan? haha..
Baju ni, baju sewa.. Hmphh, aku main bedal jugak ni. Cos semua baju kat bridal tu kecik kecik. Aku nih plus size memang takde harapangla nak pakai baju kecik. Tema ialah putih ye. Tapi baju ni tak putih pun. Macam cream gitu. Masa pilih aku tak perasan pon kaler tu tak putih. Veil, tudung semuanya dari bridal.

Baju ni ada banyak beads. Meriah giteww. Tapi tang lengan dengan baju jela.
Kain takde. Kain ala ala songket. Actually baju ni, baju kebaya pendek.
Rasa macam tak sesuai je dengan aku. Urgh whatever, majlis dah selesai haha!

Ok, reason sebenar kenapa saya pilih putih ialah kerana my pumpkin nak pakai baju nombor satu dia.
Tapi tapi tapi, as I said earlier, baju saya bukan putih, tapi cream. Nampak sangat kan kontranye???? Cehs.. Nasib baik masa majlis tu aku tak perasan sangat. Dok sebok senyum kat orang je, tak sempat nak check baju sama kaler ke tak. Kalau aku perasan time tu, sure takde mood. Ni dah lepas kawen baru perasan, tak de ape la boleh dibuat ekeke.. Peduliklah!
Eh aku nyampoh la tengok gambar ni. Aku nampak gemok gileeeeee..
Haih~

Baju Dua

Ni persalinan kedua masa sanding kat rumah aku. Baju ni, aku beli kat PKNS, Bangi. Dengan harga sobsob agak mahal juge :( Tapi takpelaaa.. Then ada tambah manik manik sket kat bawah tu, tapi tak nampak kan??? Takpela...
Baju ni aku beli last minute sebab supposedly aku sewa satu lagi baju dengan bridal, tapi last minute pulak dorang bagitau aku, baju yang aku nak tu actually dah ada orang punye *hampagas betul*
So aku belila baju ni, pejam mata je masa bayar huhuhuhu..
My pumpkin pulak pakai baju nombor 5. Dia la paling bes, semua baju sendiri, kerajaan bagi. Tak kuar sesen pun! 
Erm, tudung, aku beli dengan akak ipar aku. Ok, my first tudung awning. Amacam? Ok ke aku pakai tudung ni? Tak seswai kanssss.. Veil sewa from bridal juga.


Baju Sambut Menantu:

Hehehe biru kan kamiii :P
Baju ni yang kat atas dulang hantaran tunang tu.
Alahai besar betul baju melayu my pumpkin. Dah saiz S dah tu.
Apa bleh buat, tuan empunya badannya kecik. Tak macam bininye! haha
My first kebaya +__+
Macam SARUNG NANGKA BUSUK hahaha
Tudung beli kat Pasar Wakaf Che Yeh. Secara last minute juga ye..
Veil pakai balik veil baju sanding yang pertama.



Jadi kawan-kawan, itula dia baju-baju yang aku pakai masa nikah, masa sanding dan juga masa majlis sambut menantu. Simple simple saje laaa.. Biar sesuai dengan diri ehehehehe...

4 comments:

  1. i like!!! sweeeeeeeeeeeeeeeeeet sgt... hehe

    ReplyDelete
  2. nak match dgn baju army mmg kena pilih putih kan...

    takpelah amal, berseri tu, amal antara insan terpilih dpt sanding dgn army...hihi

    eh, sekali tengok macam fasha sandha la...cun!

    ReplyDelete
  3. zura
    lawa la sangat kan ehehe.. simple2 aje.

    l.r
    hahaha tengs darling!

    mama noriz
    a'ah supposedly kena pakai putih jugakle. tapi tahla, p amik cream lak. pduliklah eehe..

    hahahahahahaha fasha sandha????? yeke.. ke fasha sendat?? hihih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...