Sunday, October 9, 2011

Happy 20th Birthday My So-Not-Little Sista! :)

Assalamualaikum,

7 Oktober yang lalu, adik bongsu aku genap berusia 20 tahun. Goodbye belas belas and welcome puluh puluh ehehe..

Alah baru 20. Muda trang tang tang. Tak matang sepenuhnya lagi tuh. Masih budak hingusan! 

Tapi cepat jugak masa berlalu.. Aku rasa macam baru je tengok dia masa lahir dulu, masa dia kecik. 

Masa mak nak lahirkan dia dulu, aku and abang aku tunggu kat rumah. Kitorang tunggu ayah balik. Ayah balik bawak uri dia. Tanam kat bawah pokok jambu belakang rumah. Aku ikut je ayah. Then pegi hospital.

Masa dia baby, rambut dia lebat!!!! Huh rambut kembang semangkuk hihi.. Ok you were so adorable. Pipi labuh, mata kuyu haha..

Bila dah besar sikit, mula mendatangkan masalah pada aku kihkih.. Kitorang beza 6 tahun. So bila agak-agak dia dah pandai kaco kaco orang tu aku dah sekolah. Haa time aku buat homework mulala nak menyebok. Nak jugakkk baca buku. Berjalan pun tak reti lagi. Ada hati nak baca buku..

Haa adik aku ni pandai ngelat kalo orang nak ajar dia ABC. Masa dia umo bape tah, ayah aku ada record dengan video cam, aksi aku mengajar adik aku ABC. Memula je rajin gile ikut aku sebut ABC. Last last dia lari tah kemana. Penat aku.

Adik aku ni garang sejak azali hikhik.. Masa kecik kecik dah pandai marah orang. Aku penah kena sebat dengan dia. Sakit wooo.. Yela yela aku yang kaco dia dulu. Tapiiii kalo nak marah sekalipun janganle sebat aku dengan dawai langsir tu. Sakit hokkayyyy! Abang aku pun penah kena kejar dengan senduk haha.. Apa tah abang aku buat kat dia. Abang aku lari nyorok dalam bilik. Kunci pintu. Dia datang bawak senduk, diketuknya pintu kuat kuat dengan senduk tu sambil jerit, "bukakkkk bukakkkkkk..." Adoi garangnye weh budak kecik nih. Abesla kawin esok. Gaduh dengan laki nanti tah dibalingnya lesung batu tu hahahaha...

Penah jugak sekali tu dia tengah tengok tv. Aku tukar channel lain. Dia marah dibalingnya gelas kat skrin tv tu. Berkecai gelas tu pecah. Ganasla kamu nih!!!!! Haa penah sekali tu dia gaduh dengan aku. Pastu nak pukul aku dengan penggelek kayu tuh. Besar woo benda tu. Aku lari kat mak untuk perlindungan. Sekali dibalingnya jugak, terkena mata mak. Adussss bengkak tau mata mak! Donno u still remember this or not. Nanti mintak maaf dengan mak tau huhuhu... Banyak minggu jugakla nak boleh surut bengkak tu..

Laling, dah besar ni, please control your temper ye. Jadi gadis ayu sket eh. Oh you memang dah ayu sebenarnye. Aku selalu geram kalo amik dia kat sekolah. Masa ni dia sekolah menengah and aku dah masuk matrik kot. Penahla gi amik dia kat sekolah. Halamak aihhh ayunye dia berjalan. Lemah lembut... Jalan bersusun. Sopan santun gile. Lambat beno langkah tu nak sampai kat kereta. Tension aku weh! haha... Adikku ayunyeeeeeeee :P

Bagusla ayu ayu, lemah lembut, tapi janganla sampai orang pijak pijak kepala dan amik kesempatan. Pandai pandaila jaga diri k laling!

Hmmm you're the youngest in the family. Siblings yang lain semua dah ada keluarga masing-masing. Mak ayah dah tua. Kalau umo dorang panjang, dapatla dorang tengok laling pun ada keluarga sendiri. If let say, mak ayah pergi dulu, you will always have your siblings ni. Especially me darling. I'll always be with you! :)

Dengar cakap mak ayah. Dengar cakap kakak kakak, abang abang. Pikir baik buruk sebelum buat sesuatu perkara. Jangan terburu-buru dalam membuat apa jua keputusan untuk diri. Pikir juga kesannya pada orang lain.

Laling, I love you. Betul. You're my only little sister. Kecik kecik memangla you ni sangat menjengkelkan ahaha tapi bila dah besar ni, if you takde, I'll feel sad you know..

November ni kita spend time together ye :)

Love you sis & happy belated birthday!!!

When she was just a little toddler

She's all grown up!
Cantik tak adik aku? Macam aku jugakla rupa dia hahaha
Ni gambar lama. Nampakla cantik.
Sekarang cam dah kurengg haha *jeles*


Read her 'very gedik' blog ehe: http://dilamilin710.blogspot.com/

5 comments:

  1. lawa lawa lawa...boleh ngorat..hehe...

    ReplyDelete
  2. salam amal..mase belek2 entry lame kat blog, jumpe comment dr amal..wife org kapal jugak ye?salam kenal..

    ReplyDelete
  3. zura
    lawa macam wani kan ahaha.. nak ngorat utk sape tu? :P

    dila milin
    hemoh hemoh.. bangga tak org cakap u comel?? bluwekk :P

    mama noriz
    ye sy tau, lawa macam saya hahaha *nak jugak*

    ummi
    salam ummi :) a'ah wife pelaut jugak ni ehe.. salam kenal juga :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...