Friday, August 28, 2009

Saje Nak Bercerita....

Bulan puasa ni waktu masuk keje aku sedikit berubah. Kalau bulan-bulan biasa, aku masuk keje pukul 5.30pagi. Pada bulan luar biasa ni, aku masuk pukul 6.00pagi. Itupun setelah dapat kebenaran daripada keempat-empat boss aku (empat orang tuu boss akuuu)..

Setiap pagi, aku bangun pukul 4.00pagi (tipu-tipu, sebenarnya aku bangun pukul 4.30+++ pagi). Tapi tak tahu kenapa sekarang ni selalu sangat aku tersedar pukul 3.00pagi lagi. Tension tau. Sebab aku ni kalo dah tersedar, nak tidur balik tu susah sangat. Nak terus sahur pukul 3pagi rasa macam awal sangat.

4.30+++pagi bangun, sahur serba sederhana (macam hari ni aku makan megi jek uhuhu), iron baju keje (tak tak, hari ni pakai t-shirt & jeans jek,punyela malas nak iron ahaha), then mandi manda. Almost 5.45am aku dah siap-siap dah nak pegi keje. Aku ni tak reti nak bersolek, makanya kalo pegi keje tu memang sehabis sempoi dan sehabis selekehlah.. Tacap-tacap muka nih memang aku tak reti. Kang kalo pakai bedak, nampak cam tepung gomak lak kan.. So, aku play safe (don't play-play ya!), tak payah tempek ape-ape kat muka.. So, itu semua memendekkan masa untuk aku bersiap.. Tapi aku pelik, asal aku selalu lambat masuk ofis gak ehh????

Memandu pada waktu subuh sangatla menyeronokkan. Sejukkkkk... Tak ada kereta, jadis aya boleh merempit!!! Malah kalo nak berdrifting pun bolehlahh.. Kereta lain memang tak ade la kat atas jalan tu, esp jalan Putrajaya-Cyberjaya kan..

Tapi cuak gak drive waktu-waktu begitu. Aku takut kalau ada road bullies, ada penyamun jalanan ke (nauzubillah, mintak-mintakla dijauhkan). Pernah satu kali, aku berhenti kat satu traffic light yang memang sangat lama nak hijau. Masa tu dah ada satu trailer panjang berhenti kat depan CikBibab. Tetiba kan, boleh pulak pemandu trailer turun dan berjalan menuju ke arah aku. Hah, tow diaa, jantung aku bagai nak luruh. Ape kess lak driver trailer ni.. Aku masa tu takut sangat. Teringat duit dalam purse yang memang takde. Kang kalo dia nak duit aku takde duit nak bagi, dia mintak benda len lak.. Waaaa naye naye... Driver tu datang, ketuk-ketuk tingkap. Erkk, aku cuak! Aku bukak, sikittttttt je tingkap tu.. Aku tanya, "ada ape?" Driver tu muka serius jek. Then dia bersuara, "tumpang tanya dik, jalan ke Pulau Meranti mana ye?" Ehh tanya aku yang memang buta geografi ni memangla tak dapat aku nak tolongg.. Aku pun dengan sopan la bagitau dia, "maafla pakcik, saya tak tau. Ikut Dengkil kot, kalo nak pegi Dengkil, straight ni je.." Haa, suke-suki je aku bagi ajaran sesat kat dia hihih.. Maaf pakcik, saya memang tak tahuuu.. Pakcik tu angguk-angguk je. Then *tinggggg* traffic light hijau menyala, aku pun terus blah huhuhuhuhu.. Takut takut takut..

Aku masuk ofis pukul 6 pagi dan biasanya aku akan pulang ke rumah pada pukul 2 atau 3 petang. Ada orang kata working hours cam aku ni sangat bes. Bes jugakla hihihi.. Tapi nanti tidur rasa macam tak cukup jeeee.. Aku tak amalkan dan aku tak galakkan diri tidur petang. Sebabnya satu, nanti aku bangun time maghrib (tak elok, kang nanti masuk hantuu), dua, nanti malam aku sure tak boleh nak lelapkan mata. Tu yang paling tension. Tapi kan, petang-petang balik keje, kalau dah terlampau penat dan letih, kadang-kadang dengan sendiri pun boleh terlena. Hmm itu jele cons nye working hours macam aku ni, NOT ENOUGH SLEEP! But, ini punca rezeki aku, terima jelah dengan hati terbuka......

Dah lama aku tak cuti panjang. Raya ni, pulun haaa.. aku cuti seminggu nanti. weeehuuuu seronak seronak! Cuti ni bawak balik Cik Bibab kenal kampung halaman. Cik Bibab tak pernah balik kampung tauu.. Dah ada Cik Bibab ni bolehla aku pergi beraya rumah kawan-kawan. Ada satu wedding aku nak attend, dan macam-macam programlah hihi.. Weee, tak sabar nak berayeee huhuhuh..


Okeh, nak sambung bekerja (aaaaa, tak bahekkk tauu blogging time keje...)

8 comments:

  1. Okeh, nak sambung bekerja (aaaaa, tak bahekkk tauu blogging time keje...) p/s: pe ni?? sndiri wat sndiri pukul ni. xpe... ada kesedaran sivik. haha

    wanieeee.... sonoknyeee nak rayaaa. x sabar lak nak raya. raya ni kte cdg nak wat umah tertutup... eh, terbuka! jgn dtg erk.. hahaha x sabarnyeeee nak raya!!!!

    ReplyDelete
  2. ahahahahha anne darling!!!!
    itu maknanya ateh masih sedar diri la kan ahaha..

    oit oit, mana leh wat umah tertutuppp..ateh nak beraya kat perak tauuu thn ni hihihi..

    ReplyDelete
  3. Hah.. Blogging time kerja.. report kat boss1,boss2boss3 and boss4..

    BOSSSSS.........
    Mentang2 org kat bawah ekkk...!

    ReplyDelete
  4. Hah.. Blogging time kerja.. report kat boss1,boss2boss3 and boss4..

    BOSSSSS.........
    Mentang2 org kat bawah ekkk...!

    ReplyDelete
  5. aaaaa pakcik ayekkkk...
    janganlaa...bulan pose nihhh,bertimbang rasa la siketttt huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Dah cukup bertimbang rasa nie... Hohoho.. Awak awak banyak followers, leh tolong tak?

    ReplyDelete
  7. huh 2 kali kena sound ngan pakcik ayek neh, kecut perut dah rase huahua

    ReplyDelete
  8. banyak ke??doploh empat orang, tolak campur yang tak aktif, 10 orang je kot tinggal hehehe..

    tolong apeee??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...