Tuesday, May 14, 2013

Buggy Shaheem dah Rosak! Grrrr...

Assalamualaikum,

Rasanya baru haritu aku bercerita pasal betapa excitednya aku membeli umbrella fold stroller/buggy untuk Shaheem. Entry ini ---> http://amalini.blogspot.com/2013/01/shaheems-new-ride-d.html

Beli bulan 1. Bulan 4 punah jahanam! Bukan salah kami tapi salah orang lain. Tu yang buat hati sangat sakit. 

Alkisahnya, nak balik kampung hujung bulan 4 haritu, aku suruh hubby je bawak stroller tu. Kitorang kan naik flight asing-asing. Hubby balik sorang, aku pulak balik esoknya berdua dengan Shaheem. Susah nak bawak stroller bila berdua je so aku suruhla hubby yang bawak. Hubby cerita masa check in bag kat KKIA (naik MAS), hubby bagitaula staff MAS tu, stroller nak bawak naik atas. Then staff tanya, baby ada bersama tak. Hubby cakapla tak. Disebabkan baby takde dia tak bagi bawak naik atas. Takut tak lepas masa security check nak masuk departure hall katanya. Dia suruh masuk dalam kargo. Hubby macam reluctantla sebab risau stroller tu patah nanti. Paham-paham sendirila macamana dorang ni handle luggage. Main baling je biasanya. Tapi staff tu cakap dia akan lekatkan sticker FRAGILE kat stroller tu. Hubby still tak confident. Staff tu YAKINKAN hubby, dia cakap, "jangan risau encik, STAFF SAYA TAU BUAT KEJE.. " So hubby pegang la cakap dia.. 

Selepas terbang 2 jam 30 minit, sampaila ke KLIA. Pegi tuntut bagasi dan stroller, dan jeng jeng jenggggg, the not so big surprise, stroller datang dengan keadaan seperti dalam gambar di bawah

Handle dua-dua patah

Besi dua-dua bengkok.
Dah memang tak bleh bukak dah stroller ni

Sticker fragile yang tak berguna langsung
STAFF YANG TAU BUAT KEJE tu tak nampak kot sticker kecik ni???

Sakitnya hati bila tengok stroller Shaheem jadi macam ni. Stroller ni baru lagi tau. Baru pakai beberapa kali. Aku geram nak maki hamun orang jugak bila tengok stroller ni jadi macam ni. Kalau takde sticker fragile tu lainla kan. Ni ada sticker siap, kenapa dorang tak jaga elok-elok?? Apa gunanya letak sticker kalau macam ni jadinya. Bertambah sakit hati bila ingat staff kat KKIA tu cakap staff dia tau buat keje. Tau buat keje kepala hotakk dia. Haa geram ni...

Kitorang dah buat report dekat MAS. Tapi lambat gile respond. Suruh kitorang email. Dah email lambat pulak nak balas. Memang aku akan push sampaila dapat balik ganti rugi. Senang-senang je rosakkan barang orang, Tak kirala buggy ni murah ke mahal, yang penting dorang ni kena sedar, jangan suka suki nak jahanamkan barang orang.

Anyway, kalau aku jadi hubby la kan, aku mintak tolong je kawan dia yang ada anak kecik, yang terbang sekali dengan dia, bawak stroller tu. Nanti sampai KLIA amikla.. Tapi hubby kata, susahla, nanti jalan tak sama la.. Grrrr geram jugak. Hmm ok ok takpelah, benda dah jadi kan huuu.. Cuba untuk redha. But MAS, YOU HAVE TO PAY ME! Tak kira!!

7 comments:

  1. Ehh..teruknya servia derang u..hmm..kalau saya pun memang marahla..haru haihhh

    ReplyDelete
  2. huh! sgt berapi kalo barang kite jahanam atas kecuaian org lain.. rezeki buggy baru la shaheem :)

    ReplyDelete
  3. mintak ganti yg lg mahal. teruk nyer diorg ni. main baling2 je. haish..

    ReplyDelete
  4. Chekgu Azrine
    Haa tula pasal. Memang teruk! Naik flight dia mmgla best, dpt makan sume. Tapiii, tak pandai jaga brg org. Geramnyeee

    Ciknaa
    kann huhu.. buggy baru tu xde dlm perancangan lagi. tunggu ganti rugi yg ni dulu huhu

    fiqkbe
    mmg tgh mintak ganti rugi double dari harga asal. tp xtaula dapat x cos until now email x berbalas. sakit hati lah!

    ReplyDelete
  5. claim balik..jgn x claim..huhuhu

    ReplyDelete
  6. ish, trs sakit ati lak tgk buggy yg rosak tu. kalo silap kita x pe la gak kn, ini silap org ln.. mmg bengang. huhuhu.. kalo xde respon emel, adu je kt tribunal tuntutan pengguna msia..

    ReplyDelete
  7. eamy
    nak claim la ni tp mas x bg respon ape pun. sakit hati!

    ariza
    itula pasal, mmg bengang sangat ni. so far dah 2 minggu email x berbalas. kalau xde jugak mungkin akan report la ke tribunal pengguna. x puas hati betul

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...