Sunday, October 16, 2011

Entry Larut Malam

Assalamualaikum,

Ehem.. dah tengah malam tapi mata masih tak mengantuk. Harini ada dinner kat umah kawan sekeje aku. Balik tadi, mandi mandi terus segar badan dan mata.

My friend buat dinner tu sempena aku nak pegi Sabah sebenarnye.. sobsob.. sedihnye nak tinggalkan kengkawan. Tinggal bape hari lagi nih nak keje!

To be honest bila orang tanya aku ape perasaan nak pegi Sabah? Aku tak tau nak cakap ape..

Yes, I can't  wait to reunite back with my husband. Rindu sangat sangat dah. You guys should know also la. Banyak gile kot entry jiwang kat blog ni lately haha *cowi* Tapiii... kepala otak aku tengah serabut dengan hal keje ni. Banyaknya la aih keje aku. Sume benda pun macam tak jalan. Macam tak settle settle je. Kena pulak dengan kejadian yang menimpa boss aku, buat aku rasa berat hatinye nak tinggalkan keje, nak tinggalkan team aku. Sedih tau. Sebak pula rasa bila pikir. It will be hard for them bila aku takde. Replacement aku 8 Nov baru masuk. Tu pun nak kena train and monitor ape sume dulu. Mana lagi dorang nak buat keje dorang sendiri..

Tapi apa boleh buat kan. Aku tetap kena pergi. Sekarang ni aku cubala settlekan keje yang mana boleh settle dulu. Harap-harapnya, newbie tu nanti quick learner la. Senangla sket keje...

GM ada offer jadi freelancer until end of this year. Aku dah agree. Nak tolong team aku di samping tambah duit poket sendiri (boleh beli CD banyak-banyak huahua..). Tapi tak tahula lagi jadi ke tak benda ni. Haritu cakap-cakap je. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi, takpela. Dah memang takde rezeki... (Moga-moga jadilaaaaaa).

Malas dah nak pikir. Nak tido jela.. Hopefully, semuanya dipermudahkan nanti, insyaallah.

Nite everyone!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...