Wednesday, April 8, 2009

16 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang alwaniamalini

--- ye, saya alwaniamalini ---



Perkara Satu
Lahir pada 28 Julai 1985, jam 12.55pm dengan berat 4.75kg. Tolong jangan terkejut. Ye, saya seberat itu semasa mak saya melahirkan saya. Sayalah baby giant pada hari itu. Mak cakap kecoh satu spital (ape lah jakun sangat dorang ni..). Aku sebesar itu bermakna aku sihatla kan? Hebat kan aku, time baby pun dah obes waaa...Sekarang, aku maintain besar. Bes ape jadi orang besar?? Aku ada tengok video yang dia payah gile nak culik orang berbadan besar. Untungkan aku. Aku bangga aku sebesar ini.........And by the way, my p******g mantap okehh...


Perkara Dua
Aku sangatla hitam. Kalo diletakkan muka aku sebelah bontot kuali hitam legam itu, pasti wajah aku yang tenggelam. Korang akan perasan kehadiran kuali tu dulu daripada aku. Aku kecik2 dulu, kuat derak (terjemah: merayap). Suka round satu kampung, naik basikal BMX abang aku. Pastu suka lari2 g kedai runcit yang dekat dengan rumah aku, beli megi ngan asam. That's whyla i gelap dan hitam. Letak foundation banyak2 pon tak guna. Wat muka aku bertompok ade laaa..Orang selalu ingat aku ni asal Penang. Anak Mami. Hellooooo, aku asal Kelate. Anok mok dehh.. Asal gelap je anak mami...asal gelap je....ahh lu pikirla sendirikkk..


Perkara Tiga
5 tahun dulu pernah pakai braces. Gigi aku sangatla tak teratur. Kicik2 dulu malu nak senyum. Masuk Maahad, ramai member pakai braces. Aku pun dengan beraninya nak pakai jugak. Padahal masa tu takut gile nak jumpa dentist. So, sejarahnya, tahun 2000 aku stat pakai braces. Sampaila tahun 2004, braces dibuang, pakai retainer plak. Huh 4 tahun pakai, seksa wa cakap lu..Mulut sure slalu berdarah...Air liur selalu tersembur2 masa bercakap..Wire penah patah sebab aku makan kopok keras pastu sekali lagi patah sebab aku gigit tulang ayam dengan rakusnya. Pernah diejek, BETTY masa kat SMK KL. Sampai skang aku ingat muka budak tuh. Balasannya dia ditibai dengan hebatnya oleh member aku, Fahmi. Pastu tak pasal2 pulak aku kena panggil ngan cikgu disiplin. Cikgu tanya aku, 'awak dengan Fahmi ni ada ape2 ke sampai dia sanggup belasah orang sebab awak?" Hoh, tebal muka aku. Maluuuuu....Pastu, aku dah tak tego Fahmi. Aku malu. Dan semuanya kerana braces.cehss..Ape2hal pon, masyeh ye Fahmi hehe.. Sekarang gigi dah bebas braces, dah berani senyum, in fact suke sangat sengih cam kerang busuk skang nih. My self confidence is higher compare dulu2..Banyak dah berubah, kecuali satu. Air liur ku masih tersembur2 bila aku bercakap. Jadi kalo nak cakap ngan aku, jarakkan diri sket ye eheh..



Perkara Empat
Pernah belajar di sekolah arab tersohor di Kelate. 4tahun je,tapi macam2 aku belajar. Tapi yang kurengnye, aku x reti langsung bahasa Arab. Rugi kan???


Perkara Lima
Pernah belajar taekwondo. Sampai blue belt. Pastu dah kuar dari Maahad x join dah. Masuk UPM join balik. Ingat bleh sambung je blue belt dulu, leh trus naik red..pastu black (eceh berangann..). Tapi tak boleh, kena amik white balik (cehss..)..Mula2 rajin, dah lama2, dah masuk 2nd sem malas dah. So sampai tahap yellow je masa kat UPM. Tah kat mana dah baju aku sume. Belt pon tah ke mana2.Padahal beli mahal tuu huhu..Jadi jangan wat jahat ngan aku ye. Aku bagi turning back kick kangg...



Perkara Enam
Sayang kucing. Suka kucing. Gilakan kucing. Suka bercakap2 dengan kucing aku. Aku gelarkan diri aku mummy mereka hehe.. Aku sanggup buang najis mereka, sanggup buang muntah mereka. Sanggup riba mereka walaupun mereka berkurap. Aku sayang kucing, suka kucing, gila kucing..



Perkara Tujuh
Benci tikus. Tak suka tikus. Geli dengan tikus. Erghhhh, makhluk inilah yang paling aku tak suka. Serius. Dulu, kini dan selamanya. Geli, ekor dia yang panjang tu, eeeyuuuuu..Nasib tak berapa baik mungkin, rumah kat kampung banyak tikus. Selamba tikus je dia lalu depan kitorang masa tengah syok2 tgk tv. Menjeritla akuu..eeeeeeeeeeeeee....Kucing aku pun wat bodo je ngan tikus2 tu. Punyela tak energetic punya kucing. Pnat bagi makan ikan berkilo2.Mypumpkin tau aku x suka tikus jadi, masa birthday aku last year, dia bagi tikus sekor. menjeritla aku.Huh wat malu jekkkk...Dan balasannya, aku cubit dia secukup dan sesedap rasa..


Perkara Lapan
Adehh..baru perkara lapan ke? Lapan benda lagihh saya kena fikir..


Perkara Sembilan
Anak nombor lima. Mak ingat aku bongsu. Sekali adilaamilin lahir ke dunia ini, merampas title anak bongsuku. Tapi takpe. Saya sayang adik saya. Dia teman sejati saya.


Perkara Sepuluh
Sekarang tinggal di Putrajaya bersama kakak dan anak2nya. Dulu aku pengasuh mereka, sekarang aku dah keje, dah x larat nak mengasuh dah huhu...Terus terfikir sejenak, macamana nak jaga anak sndiri nanti?? Balik keje penat.. So, saya terpaksala jadi suri rumah tangga sepenuh masa dah kawin nanti lalala~~

Perkara Sebelas
Kat UPM blajar Env Sc. 3 tahun.Tapi skang keje jauh terpesonggg dari bidang tersebut.

Perkara Dua Belas
Saya belum iron baju nak gi kerja lagi. Malas.



Perkara Tiga Belas
Saya bahagia dengan hidup saya walaupun banyak onak dan duri perlu saya tempuhi. Keluarga saya bermasalah but yet we are strong together. Aku dan mypumpkin hubungan kami jalannya sukar. Tapi kami pilih jalan ini dan kami akan tetap melaluinya. Masa depanku belum dapat kuramal. Aku tidak mahu meramal masa depan. Datanglah apa jua dugaan, akan aku jalaninya dengan hati yang terbuka. (Ahh ape aku merapikk nehh)..



Perkara Empat Belas
Ade ke orang baca ni? Saya konfius.



Perkara Lima Belas
Saya dah tak sabar nak tunggu Perkara Enam Belas



Perkara Enam Belas
Saya dah takde perkara yang nak dikongsikan.



Itulah serba sedikit perkara mengenai alwaniamalini. Sekian, terima kasih..




--amal: ....... tak tau nape aku taip sume nihh..

2 comments:

  1. ape ni amal..?
    kate semangat nk wat tag..pastu wat camni lak..?haha..ape2 jek le amal ni.. :p

    ReplyDelete
  2. hahhaha shi~~~
    ini namanya semangat yang hilang hehe..jap2, tgh siapkan tag yg shi baru bg td =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...